dulu masa aku kecil aku seorang yang rendah diri
tak banyak bergaul sangat - adalah juga kawan2 sepermainan
kawan-kawan yang ditemui di sekolah juga ada
shahida, shuhada, asri, ramadhan...
kawan-kawan chilhood aku - masa darjah 1 ke darjah 2
(yang sekarang sudah bertebaran entah ke mana, aku ada juga jumpa diorang dalam FB; tapi masing2 dah xkenal... gila kau (!) dah bertahun kot terpisah)
zaman kanak2, tentu seronok aje.
main, sharing, caring. =)
tapi macam apa yang aku cakap tadi,
aku ni seorang yang rendah diri
(yeah... my cikgu tadika kata I'm quite talkative sampai disuruh masuk pertandingan pidato masa umur 6 tahun dulu but the truth is, aku memang jenis rendah diri gila)
ada banyak faktor kenapa aku rendah diri - kawan ada robot, kita xde... mak cakap mak xcukup duit nak beli. kawan langgan komik Dragon Ball tiap2 bulan pos sampai ke rumah... aku kumpul duit belanja 2 minggu untuk beli satu komik Dragon Ball RM 3.90 jilid ke 39 dan satu majalah misteri : Wawancara cerita pasal isteri durhaka kena sumpah jadi anjing pasal tak hormat azan. Kawan gi tadika bawa 50 sen... aku bawa 20 sen aje, nak beli Paddle Pop pelangi belang2 50 sen kena save sampai esok pastu minta mak lagi 10 sen pasal nak cukupkan 50 sen beli aiskrim tu.
Inilah antara faktor2 yang membuatkan aku rendah diri... even a naive child like me masa tu tahu apa perbezaan antara orang kaya dan orang miskin. tapi aku xkisah sangat pasal ni masa tu coz mak selalu cakap macam ni :
"mak xde duit; simpan... nanti nak sekolah xde duit. diorang tu orang kaya, biorlah."
aku still boleh accept dan tak pernah meminta2 sebab aku dimomokkan orang sekeliling yang hidup kat K.L masa tu memang kos sara hidupnya tinggi. jadi aku amat memahami dan boleh terima alasan mak tu.
jauh di sudut hati aku... memang rasa rendah diri bila tengok kawan ada mainan mewah.
TAPI TAK APA (!) COZ AKU NAK BELAJAR PANDAI2 DAN BELI MAINAN2 TU SUMA BILA DAH BESAR NANTI!!! -bila berkata macam ni dalam hati; aku akan jadi o.k (!)
tapi ada satu benda yang xboleh mempositifkan hati aku bila ianya berlaku,
bila orang ejek pasal fizikal kita - and dalam kes aku, kulit.
ya (!) kulit aku bewarna hitam manis. sedikit gelap berbanding adik beradik aku yang lain dan aku pun xpernah tanya kenapa (why!) - tapi of course ia faktor genetik walaupun ibu bapa aku berkulit cerah, tapi dengar kata arwah datuk aku dulu warna kulitnya iras2 macam aku. no wonder.
tapi now who even care about warna kulit rite (?) and aku pun dah tak terannoyed sangat bila ada orang ejek warna kulit aku yang hitam manis (for me, i called it perang = gold... = p haha... )
tapi masa tu... zaman kecil2 kan, memanglah terasa gila.
...and benda ni berlaku bukan hanya masa zaman kecil2 je, tapi zaman besar2 pun ia berlaku - the saddest thing its still happen even u are in intellectual environment like university. (yeah... it happen here but its not a big case to me coz like I said before aku dah tak mudah butthurt; tapi case yang jadi ni involve orang lain dan pada pandangan aku - dia memang terasa dengan orang yang ejek ni tadi. the worst part, dia tak anggap yang benda tu gurauan!)
ahaha... macam2lah dulu diorang ejek aku zaman kanak2. aku pun dah tak ingat. tapi yang still terpahat di ingatan aku ialah satu label from this fucking bastard yang still aku kenal sampai sekarang... dia panggil aku tar, how shit was that? (and this one memang aku still butthurt sampai sekarang coz peristiwa ni jadi masa bukan zaman kanak2; tapi masa form 2 di mana pada aku masa tu aku rasa masing2 sudah dalam kondisi remaja dan sudah tahu apa maksud respect kepada orang lain. tambah butthurt sebab yang cakap tu bukan budak2 xberapa bijak, tapi dalam kalangan bijak pandai juga.) ... dan ada bezanya antara mengejek dan gurauan. gurauan mungkin si mangsa boleh terima, tapi ejekan... jarang orang boleh hadam. sebab tak boleh hadam tu lah aku still simpan apa yang mamat tu buat kat aku dan sedikit sebanyak buat aku disrespect dia sampai sekarang. but i already maafkan dia... (yeah i know, aku pun bukan baik sangat and ada juga ejek orang zaman2 dulu sampai la ni kadang2... tapi aku jarang troll pasal rupa fizikal orang sebab aku tahu benda tu Allah yang buat, so xboleh nak ubah (kecuali obest, obest boleh ubah).
aku dok cerita pasal warna kulit ni pasal semalam baru terdengar remix lagu Hitam Manis versi RAP. sounds pretty good jugalah, dengar kat XFM. then, suddenly aku teringat pasal satu artikel pasal diskriminasi warna kulit yang berlaku di Malaysia - artikel dalam sebuah majalah bulanan keluaran beberapa tahun yang lalu. satu benda yang aku kelakar dalam artikel tu when a chinese girl kutuk seorang indian girl in university about warna kulit indian tu - dia cakap kat budak india tu :
"kenapa kulit awak macam ni, tak boleh putih lagi sikit ke?"
hahaha... (WTF) aku cakap masa baca artikel tu, how suppose you said like that to your friends..? its called genetics (!) genetik mana boleh ubah melainkan kau pergi buat rawatan genealogy ke apebenda. haha! the saddest part is... yang bercakap tu budak university 1 Malaysia. haha...tak sensitif langsung kan (...?)
actually, tu lah stereotypic orang berdasarkan rupa fizikal. perkara ni menjadi salah satu faktor aku jadi seorang yang rendah diri masa zaman kecil-kecil dulu.... and like Freud said, 80% of adult psychology is based on their childhood experience. aku percaya apa yang jadi kat aku dulu2 tu ada efek psikologi sikit kat aku bila dah besar ni. sometimes rasa rendah diri tak pasal2 - mostly perkara yang libatkan physical appearance. dari itu jugalah aku belajar untuk menilai orang bukan dari paras rupa. sampai sekarang pun; bila ada orang tanya :
"si polan si polan tu cantik atau tak?"
aku still akan menjawab :
"aku tak tahu, aku tak kenal dia."
Sebab kecantikan yang aku tahu datang dari peribadi seseorang itu dan setiap tutur bicara yang keluar dari mulut, jadi pengukurnya. =)
*but still aku xboleh denied yang lelaki memang visual based on evaluating something. so, bila kau tanya nora danish lawa ke x... dengan pantas aku akan cakap lawa (!!!) walaupun xkenal dia. (its happen to certain persons) : p
Glitches
you live, you die
you spend your life in between
wondering why you been through
what you have been
you win, you lose
you even pay for other's sins
but you must always adore the
skin you are in
* from 'The Roots' - a classic novel about black man slavery
No comments:
Post a Comment