Soul Eater Logo

Monday, June 17, 2013

RIZ UNTOLD LOVE STORY (EPISODE 2) - Sebuah Skrip Komik



Tok! Tok! (Pintu diketuk)
Dia buka pintu, senyum.


Riz : Ada apa kau panggil aku datang pagi-pagi ni?

Dia : Masuklah dulu. Kita minum kopi.

Riz : Tak naklah aku. Auntie mana?

Dia : Mama dah pergi pasar.

Riz : Kau tak pergi pasar?

Dia : Saya malas nak tolong mama hari ni. Lagipun, cuaca mendung pagi-pagi macam ni memang sesuai untuk sambung tidur. (Tarik riz masuk rumah)

Riz : Dasar budak pemalas… Dah tu, apasal tak tidur je? Yang panggil aku datang ke mari kenapa?

Dia : Jom lah tidur sama! (Sengih)

Riz : Gila!


Ada kucing tepi tingkap.
Riz renung kucing dan lontar pandangan ke luar.


Riz : Macam nak hujan… Aku balik dulu.

Dia : Petang ni jumpa saya. Atas bumbung Hadi CC. Pukul 2.00 petang.

Riz : Kalau hujan? (Riz depan pintu yang terbuka, nak keluar)

Dia : Hujan atau panas.


Berita kaji cuaca di televisyen. Skrin tertulis: Petang -  hujan.




*Ini adalah skrip in making komik pendek aku, "Riz Untold Love Story". Hari ni aku letakkan skrip episod 2 daripada 3 episod penuh. Episod pertama (6 page) aku dah siap lukis dan inking. Just tinggal lukis episod 2 ni dan kemudian develop skrip episod 3. Dialog dalam komik ni mudah-mudah, visualnya juga simple-simple tapi aku pilih untuk pemaknaan yang paling tepat untuk jalan cerita maju ke depan. Plotnya backwards... Means, episod 1 adalah episod pengakhiran & episod 3 sebenarnya adalah permulaan. Cerita juga simple, aku ambil premis kisah cinta aku yang lepas-lepas dan cuba fantasikannya seliar mungkin. Sebab tu lah aku memilih untuk letak nama watak dengan nama sendiri. Aku harap bila komik pendek ni dah siap kelak, aku boleh kongsikan di sini. Juga tengah memikirkan cara yang paling sesuai upload komik-komik lama aku tanpa diplagiat di laman maya ni. Kalau siapa tahu caranya, boleh kongsikan kot? :)

Barehands, wet ink pen & marker pen, June 3 2012.

Friday, June 14, 2013

AKU BUNUH SEMUA YANG KU SUKA

sayu…
ku bunuh…
rasa…
binasa

bila sudah tiba masanya
aku bunuh semua yang ku suka
langkah kanan
tarik belakang
hunus depan
tikam belakang

bila sampai waktunya
aku buat semua yang ku rasa
hancur badan
pukul rata
injak tanah
pecah sama

deras stamina






Ratib Rindu

Ratib rindu :

Berat hati menunggumu
Kasih hilang di lautan
Tak ku sangka sementara, kita…

Aku sanggup menunggumu
Sambil nyanyi ratib rindu
Semoga kau dapat pulang, jua…

Akan ku dakap hangat tubuhmu,
Akan ku jaga seluruh hidupku (uuu~)
Kembali pulanglah segera
dan nyanyikanlah ratib rindu kita…


*Ini adalah lirik lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak dalam skrip terbaru aku : Melodi Cinta Rapsodi. Aku harap boleh rekod lagu ni suatu hari nanti sebab ianya dimainkan secara akustik sahaja. Juga boleh pentaskan drama Melodi Cinta Rapsodi (MCR) ini secepat mungkin.





Thursday, June 13, 2013

Tanda (Sign) - Sebuah Video Pendek Gedik

O.K... Hari ni nak letak video pendek je kat sini.
Kalau tak dapat play... memang gagal lah video ni di upload.







sambal sotong versi jepun

hari ini adalah sarkis
cerita-cerita indah komedi cinta khayalan bualan nukilan manusia rekayasa saja-saja buat dunia
Fugue dalam C Minor dan lagu-lagu piano
entah apa erti klasikal janji tertawa
ada satu khemah muzik sufi terhenti
batal caci maki tanpa sebaran berita khalayak tak pasti

kura-kura mencari cinta
biar lambat tapi abadi
cintanya lembab tapi kukuh
buat sang isteri pasti terasa hangatnya dalam rumah yang dakap hangat bersama bahagia

ia bukan ilusi
ia adalah janji

saat sang pangeran robot cuba cari-cari cinta bidadari rock,
dia sudah lama sebenarnya tahu yang bidadari itu juga asalnya manusia
cuma dipuja-puja jadi dewi saja

cerita dewa juga tidaklah terkesan sangat
sudah dua malam tapi ceriteranya hampir berjuta abad

ada anak melayu lelaki cuba jadi cina,
oh ya... jadi perempuan juga
kejap, jepun mungkin.

tertawa aku bersama-sama...senyum lebar bahagia dah lama tak dirasa
sahabat.



Saturday, June 8, 2013

Aku Dari Kota Lama



Dari Kota Lama
aku catitkan tinta
melukis kenangan mencatat peristiwa

Dari Kota Lama
aku palitkan rasa
sejuta cinta dan juga cita

dari bodoh kian haus
jadi pandai macam luncai
dari sakit berpanas azab
jadi bebal sedingin besi

kalau ada satu rasa yang mahu diluah
pastinya rasa dari kota lama yang akan ku ludah

saat nak tinggalkan kota baru ini
saat seperti aku tinggalkan jejak pada kota lama

hidup aku bukan untuk dikenang
jejak aku bukan untuk diikut
langkah aku takkan jadi tempat berpaut
hanya parut yang akan tersangkut

cerita dari kota lama tinggal cerita dari kota lama

aku dari kota lama biarkan saja tinggal di kota lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...