Soul Eater Logo

Monday, May 30, 2011

AVATAR (special) - Save The 12th LPAC

Korang pernah tonton filem live action Avatar The Last Air Bender? Bukan filem makhluk biru Avatar karya James Cameroon tu...tapi filem bertajuk The Last Airbender adaptasi daripada siri kartun Avatar karya si penghancur  filem - M. Night Syamalan. Ya! watak utamanya bernama Aang yang mempunyai kuasa unsur2 bumi. Tak perlulah kita perkatakan betapa WTF nya MNS menghancurkan filem live action tu...tapi kat sini aku nak korang tonton satu episod khas anime Avatar yang tak pernah disiar di mana2 kaca televisyen di dunia ini.
Haa...ini Avatar karya James Cameroon

Ini pula Avatar karya WTF M.Night Syamalan

Ini pula Avatar versi anime

Episod ini dibuat khas untuk sebuah organisasi sosial yang bernama Lay Park Aliy Crew (LPAC) sempena ulangtahun pertamanya.  Director bagi anime khas ini ialah Noor Rizuwan B Zolkepli atau RIZ (guess who???).  Episod khas ini menceritakan kisah Aang (atau nama Melayunya, Aliy)  perlu  bertarung habis-habisan menentang Fire Lord yang ingin mengetahui kedudukan Ahli Agung LPAC yang keduabelas, RIZ (RIZ The 12th) setelah kesebelas ahli LPAC yang lain ditangkap Fire Lord (loser gila ahli2 yang lain tu). Adegan lebih berkisar tentang pertarungan Aliy @ Aang dengan Fire Lord yang berakhir dengan sengit sekali. Episod yang berdurasi 10 minit 29 saat ini menampilkan pelakon-pelakon alih suara terkenal seperti N.Riz sebagai Aang @ Aliy, Riz U Want sebagai Fire Lord, dan juga riZ sebagai bunyi efek angin, letupan, pukulan dan sebagainya. Lagu Mencari Konklusi karya Hujan dan Kelibat Korupsi karya One Buck Short dipilih sebagai sountrack. Anime yang menelan kos sebanyak RM 0 ini menyelesaikan penggambarannya dalam masa 3 hari  sahaja  di dalam studio gerak.  Perisian yang digunakan adalah Nokia 3620 Classic video editor. Format anime ini ialah MP4.
3 bintang dari 5 bintang - kata editor majalah The Teett...

                                                          SAKSIKANLAH . . .

Sunday, May 29, 2011

THE PAST - THE FUTURE

Bila tengok pic diri sendiri baru aku perasan. . . ya, aku dah dewasa rupanya; seorang lelaki dewasa dalam pic itu adalah aku. baru aku sedar macam ni rupanya jadi dewasa. persoalan yang selalu bermain di minda aku semasa berumur 12 tahun terjawab... "macamana rasanya jadi orang dewasa?" - itulah soalannya


dari dulu lagi...aku sentiasa fikir ke hadapan. berimaginasi, apakah yang akan berlaku pada tahun-tahun seterusnya...berangan.

"macamanalah rupa isteri aku nanti?"
"aku kerja apa ek bila dah besar nanti?"
"aku akan tinggal kat mana bila dah dewasa?"

inilah antara persoalan2 nya...kadangkala ia berbentuk cerita, atau angan2...
yang kadangkala mendatangkan ilham hinggakan terbentuknya idea-idea komik, skrip, lukisan, lirik dan sebagainya. and guess what... toilet lah tempat aku selalu dapat ilham.haha!

kadangkala, ianya macam deja vuu. misalnya, pada umur aku 12 tahun, berlangsungnya World Cup 2002 (Piala Dunia)  yang masa tu kalau tak silap aku, Brazil yang menang. semasa detik-detik enjoy menonton piala dunia tu... aku terfikir,,, World Cup ni hanya berlangsung selama 4 tahun sekali. Jadi, next worl cup akan berlaku pada tahun 2006 - so, masa tu umur aku akan jadi 16 tahun! jadi, aku pun mulalah membayangkan kehidupan aku di umur 16 tahun tu dan cuba membandingkan adakah aku di umur 16 tahun nanti masih menikmati rasa yang sama menonton world cup macam waktu sekarang ni (masa 12 tahun).
then. . .
masa pun berlalu pantas... 
2006...world cup kat German tak silap aku,,,yang jadi champion masa tu pun German. jadi, semasa world cup 2006, aku menonton match2 tu la...dan seumpama deja vuu,,,aku merasakan kembali apa yang aku rasa masa 4 tahun lepas- masa berumur 12 tahun. dan aku berkata dalam hati- "owh,,,macam ni rupanya rasa tengok world cup bila dah berumur 16 tahun." umpama mission accomplished akibat melalui mesin masa - aku berjaya merasai satu rasa dan pemikiran yang sama pada masa yang berbeza : the past, and the future...biarpun jarak kedua-dua tempoh itu untuk dicapai amat lama masanya.namun,bila kita sudah set satu pemikiran...dan pemikiran itu dapat dicapai...ianya satu perasaan yang sangat aneh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...