Cynthia : Aku bukan teddy bear.
Karen : Apa maksud kau dengan, ‘aku bukan teddy bear’?
Cynthia : Aku bukan teddy bear yang selalu perlu bersedia di bilik tidur, memenuhi ruang kamar
untuk nampak indah; dan tubuh aku yang gebu hanya akan didakap bila tuan aku berasa
sunyi.
Karen : Tapi… kau tak macam tu. Maksud aku, kita tak macam tu!
Cynthia : Tak macam tu kau kata? Cuba kau perhatikan, kita tinggal di dalam sebuah rumah agam
yang diperbuat daripada kaca kepunyaan pengasas syarikat majalah pornografi terbesar di
dunia. Kita selalu bersedia di bilik tidur kepunyaannya, menanti dia untuk pulang setiap
malam hanya untuk mendapatkan satu pelukan hangat.
Pause.
Karen : Kita memang teddy bear.