Soul Eater Logo

Friday, December 30, 2016

Cerah

Hari ini memang cerah.

Tapi tak secerah hari-hari saya bersama senyuman awak.

Wednesday, December 21, 2016

ok!

ramai yang hipokrit menyembunyikan perkara yang tak patut atas nama ego takut jujur memusnah nama yang dibina plastik semata-mata walau tiada siapa yang kisah mereka gundah bayang-bayang sendiri berlagak dewa

...o.k!


21 Dis. 2010
4.50pm

kecam

atas kecaman rakan-rakan kawan-kawan yang mereka takutkan bukankah baik jujur pada hati jiwa bukannya jasd mata yang memandang tanpa tahu apa kerana pada akhirnya semua ini adalah antara dia dan dia

21 Dis. 2010
4.53pm

*tiada tajuk*

bukanlah kecaman yang aku lemparkan kerana ini antara dia dan dia
dia dan dia juga hanya bebola ini menjadi cctv pemerhati hipokrasi yang kau layarkan atas nama hati cinta kononnya
padahal kita merasa benda yang sama bukan kau adam pertama tiba di dunia.

... o.k!


21 Disember 2010

*tiada tajuk*

Saya memang bukan Adam yang pertama,
tapi mungkin yang terakhir.

Saya mungkin gila,
tapi tak pernah gilakan awak.

Awak memanglah tak hodoh,
tapi kemungkinan besar cuma bodoh.


21 December 2010

*tiada tajuk*

mimpi mungkin lebih panjang
lebih indah
atau diganggu anasir luar
entiti bangsat
aku hanya mengharapkan sang tenuk berlari
pada bintang-bintang
tiada apa
jika sukar kau cerca makilah si babi hipokrasi
buat pandai belang tinggi
egois siri perempuan gondolan


20 December 2012    5:07 a.m

Tikus Makmal

"Tukar kepada subjek B atau C; subjek A dah tak menarik lagi."

"Tapi subjek A, dia..."

"Atau kau dah mula rasa sayang pada dia?"

"Bukan, cuma..."

"Bunuh! Ini satu arahan."


Aku pun menyuntik racun ke pangkal leher tikus makmal itu bagi 'menidurkannya'.


"Selamat malam Cinta... Ini kali terakhir kita bersama."


Makmal itu sunyi sekali lagi. Tiada lagi decit Cinta dan tawa Riz yang geli hati melihat keletah tikus putih itu.

Sunday, December 18, 2016

Sendiri

Perpisahan itu biasa
Menjadi sendiri itu juga biasa
Mati juga sendiri.

Keterbiasaan ini akhirnya lewat memakan aku.
Menjadi seorang yang bisa sendiri
walau apa pun jua lingkungannya.
Meski kesunyian hampir pasti tidak pernah wujud dalam kamus hidup ini;
adakalanya
ketika sakit dan sedih, aku mahu juga
ada seseorang di sini.

Kerana sebenarnya aku takut;
akan kesunyian yang memakan ini.

Hilangkan aku dari manusiawi.


10.12 a.m, 18 Ogos 2016 - Hari aku sakit mata.

Sunday, December 4, 2016

Infiniti

Tuhan itu infiniti, tak terbataskan.
 Tapi cinta kita?
Tidak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...