Soul Eater Logo

Friday, December 30, 2016

Cerah

Hari ini memang cerah.

Tapi tak secerah hari-hari saya bersama senyuman awak.

Wednesday, December 21, 2016

ok!

ramai yang hipokrit menyembunyikan perkara yang tak patut atas nama ego takut jujur memusnah nama yang dibina plastik semata-mata walau tiada siapa yang kisah mereka gundah bayang-bayang sendiri berlagak dewa

...o.k!


21 Dis. 2010
4.50pm

kecam

atas kecaman rakan-rakan kawan-kawan yang mereka takutkan bukankah baik jujur pada hati jiwa bukannya jasd mata yang memandang tanpa tahu apa kerana pada akhirnya semua ini adalah antara dia dan dia

21 Dis. 2010
4.53pm

*tiada tajuk*

bukanlah kecaman yang aku lemparkan kerana ini antara dia dan dia
dia dan dia juga hanya bebola ini menjadi cctv pemerhati hipokrasi yang kau layarkan atas nama hati cinta kononnya
padahal kita merasa benda yang sama bukan kau adam pertama tiba di dunia.

... o.k!


21 Disember 2010

*tiada tajuk*

Saya memang bukan Adam yang pertama,
tapi mungkin yang terakhir.

Saya mungkin gila,
tapi tak pernah gilakan awak.

Awak memanglah tak hodoh,
tapi kemungkinan besar cuma bodoh.


21 December 2010

*tiada tajuk*

mimpi mungkin lebih panjang
lebih indah
atau diganggu anasir luar
entiti bangsat
aku hanya mengharapkan sang tenuk berlari
pada bintang-bintang
tiada apa
jika sukar kau cerca makilah si babi hipokrasi
buat pandai belang tinggi
egois siri perempuan gondolan


20 December 2012    5:07 a.m

Tikus Makmal

"Tukar kepada subjek B atau C; subjek A dah tak menarik lagi."

"Tapi subjek A, dia..."

"Atau kau dah mula rasa sayang pada dia?"

"Bukan, cuma..."

"Bunuh! Ini satu arahan."


Aku pun menyuntik racun ke pangkal leher tikus makmal itu bagi 'menidurkannya'.


"Selamat malam Cinta... Ini kali terakhir kita bersama."


Makmal itu sunyi sekali lagi. Tiada lagi decit Cinta dan tawa Riz yang geli hati melihat keletah tikus putih itu.

Sunday, December 18, 2016

Sendiri

Perpisahan itu biasa
Menjadi sendiri itu juga biasa
Mati juga sendiri.

Keterbiasaan ini akhirnya lewat memakan aku.
Menjadi seorang yang bisa sendiri
walau apa pun jua lingkungannya.
Meski kesunyian hampir pasti tidak pernah wujud dalam kamus hidup ini;
adakalanya
ketika sakit dan sedih, aku mahu juga
ada seseorang di sini.

Kerana sebenarnya aku takut;
akan kesunyian yang memakan ini.

Hilangkan aku dari manusiawi.


10.12 a.m, 18 Ogos 2016 - Hari aku sakit mata.

Sunday, December 4, 2016

Infiniti

Tuhan itu infiniti, tak terbataskan.
 Tapi cinta kita?
Tidak.

Monday, November 21, 2016

Koleksi Kata-kata Hikmah Hyung

1. Menunggang motor di Penang, kau perlu ada skil mencilok seperti mengelak jatuhan batu dari langit oleh burung Ababil.

2. Cinta hanya ada hitam dan putih, tiada kelabu. Ia hanya antara 'ya' atau 'tidak'. Sebab kalau kau dan dia memilih untuk berada dalam zon kelabu, apabila salah seorang antara kamu dah menjumpai hitam atau putih dahulu; nescaya kamu akan tinggalkan yang kelabu itu. Keseorangan lah dia dalam kelabu selamanya.

Thursday, November 3, 2016

titiskan warna pada setiap hembusan nafas

terlepas segalanya
selamanya; yang indah nyata bukan milik kita
lupakanlah
tinggalkan lah kisah2 kelabu
kerna langit dah tak secerah dulu
pergilah angin ribut tinggalkan puing2 cinta semalam.
sendiri.

ungu - warna kesukaanmu
pernah juga kau pinta hijau
hingga aku terlupa seketika melukis langit2 warna hidupku - hitam
terbang kupu2 di kejauhan, terhuyung ditiup bayu

perginya kau di tangan yang mungkin lebih selamat,
tetap aku tak akan berhenti
titiskan warna pada setiap hembusan nafas
agar setiap bunga yang kau hinggap -
ada warna aku.

Semalam Saja

Semalam saja aku benarkan
kau singgah inap ke hati ku

Dan hati ini, tiada apa
Tak dimiliki siapa-siapa

Ucapkanlah selamat tinggal
Aku tak mahu, kau ada lagi
di sini...

Tuesday, August 23, 2016

You are the worst, brat!

Dunia ni terbahagi kepada dua :
Sebahagian untuk  pengecut (lalang yang tak boleh buat keputusan sendiri, hanya mengikut kata putus orang lain)
Sebahagian lagi untuk hipokrit (orang yang berlagak tahu, alim, dan berilmu padahal punya agenda peribadi yang tersendiri, berubah mengikut situasi).

Dan kau!
Berdiri di atas garis antara keduanya.

Monday, August 22, 2016

Rangga in real life.

Sebenarnya,
rasa hati kau dipermain diri sendiri lebih perih daripada orang lain mempermain hati kau.

Rindu cakap tak rindu.

Sayang cakap tak sayang.

Jaga cakap tak jaga.

Selepas itu kau menidakkan perasaan sendiri. Dengan alasan yang bukan-bukan. Yang pada akhirnya melukakan orang di sana.
Selepas itu kau menunggu keajaiban dia menyapa kembali.

Dan apabila disapa dia. Kau ulangi lagi perbuatan bodoh itu : mempermain hati sendiri.
Lalu dia pun pergi...

Riz, kau ni betul-betul Rangga in real life!
Jahat!

Tuesday, July 19, 2016

I miss you my bro.

Hujan lagi.
Hujan lagi lagi.
Lewat ini hujan membasahi bumi...

Basah.
Aku kebasahan.
Persis kebasahan ditimpa hujan waktu subuh beberapa tahun lepas.
Waktu itu anak muda ini bangun seawal pagi
untuk ke kilang - ladang. Demi sesuap nasi.
Dalam berkira-kira antara mahu pergi atau tidak itu,
aku berdiri di tepi tingkap memerhati hujan - berharap reda;
sambil ditemani secawan kopi dan dibungkus tuala - lilit di kepala

Gigil
Gigil kesejukan;
kerna sebelumnya meredah hujan itu menyelamat motosikal dari kebasahan.
Yang sebenarnya telah lencun dari tengah malam dibiarkan tanpa lindungan.

Dan sewaktu inilah bait-bait :
'Hujan turun lagi...
Pada pagi ini, membasahi bumi...
Melewati hari...'
dan rangkap-rangkap seterusnya tercipta.

Menangkap momen itu.
Momen yang diterjemah ke dalam lagu;
yang kemudiannya digubah sama dengan teman paling rapat ketika itu pada malamnya,
setelah hujan reda.
Lagu yang sering kami nyanyikan bersama gitar dan keyboard.
Sambil bergelak tawa dalam kedinginan malam - atmosfera basah dek hujan.

Kawan itu...
Al - Fatihah.

Sunday, July 17, 2016

Kita Hidup dalam Kotak

Kita hidup dalam kotak
Di mana dalam kotak itu hanya ada kau - dan aku.
Kita duduk pada satu sudut masing-masing...
bertentang.

Hanya ada kita,
tapi sepatah pun tidak kita ucap.

Kotak kita senyap sunyi - vakum.
Hanya ada dua jiwa yang kosong.
Lohong.



Syawal 4, 2016.

jujurnya

jujurnya,
sewaktu menunggang motosikal,
aku masih lagi buat bunyi vroom vroom atas motor tu.

Walaupun motor memang dah ada bunyi.

apa punya sakai

Friday, July 15, 2016

bual

setan berkelana
malam-malam buta
mencari teman bual - bicara
aku kata; "tidak apa!"
mana mungkin aku mahu ikut serta
menurut saja aku tak mahu
"tinggalkan aku sendiri"; kataku
dia faham
pergi.

Saturday, July 9, 2016

Ukir

Oh!
Pahlawan hati yang tak pernah tumbang
Lukiskanlah senyuman yang paling indah
di bintang
Selamanya...
Selamanya.


Monday, May 9, 2016

Mungkin Lagi?

ruang antara kita semakin terbungkam
titik pertemuan antara pengalaman dan perasaan
walau terbekas harus lupakan sahaja
atau aku yang harus mengundur setapak ke belakang?

bulan terbit di celahan bukit
sebagai petanda setiap kali yang waktu kita semakin menjauh
sampai tika saatnya kita akan kembali asing - completely asing
walau ada bayangan mu dalam silam yang terbekas
mungkin nanti hanya tinggal sisa

sisa yang perit

mungkin juga indah

kau

I

L

Y

Mungkin?


Lagi?

Friday, March 18, 2016

I dun gif a fuck

Mac 2016

2016.
Mungkin ianya baru sahaja bermula.
Belum bermula.
Atau lansung telah habis.

Aku pun dah tak kisah.

Semenjak arwah Abah kepergian menemui Illahi.
Dia bawa sama cita-cita aku yang tak kesampaian.
Sampai satu saat itu - hingga kini - aku dah tak punya apa-apa mimpi lagi.
Cukuplah sekadar hidup, kataku.

1. Aku dah tak boleh bangkit.
2. Aku dah selesa hidup di lembah bawahan.
3. Aku benci diri aku yang optimis dulu. Realitinya, dunia ni tak adil.
4. Menunggu seseorang tarik aku ke atas keluar dari zon ini.
5. I don't give a fuck.

Walau apa pun hipotesisnya, aku lebih selesa dengan yang ke lima itu.

IDGAF.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...