Soul Eater Logo

Saturday, April 27, 2013

satu daun terup merah berbentuk hati - perjudikannya atau kekal simpan ?

kalau tak boleh jaga hati kita untuk orang yang kita sayang,
jangan harap orang yang kita sayang akan jaga hati kita

aku memang tak suka main permainan hati
aku suka hidup yang simple & selamat
kalau kau nak juga main permainan hati
apa kata kita main permainan yang mudah?

aku lebih sukakan partner yang selalu bersama dengan aku
jatuh bangun bersama
try error dan perbaiki bersama
aku tak nak memimpin atau dipimpin
aku lebih suka kita buat segalanya bersama

mungkin hari ini kau nampak aku macam useless
tapi mungkin esok kau akan sedar yang aku ada

aku memang tak pandai bercakap bahasa cinta
sebab aku tahu yang cinta itu persoalannya tentang buat
tak guna aku bermadah berjela kalau hati pada kau tidak kuat



Sunday, April 14, 2013

bercinta dengan perempuan yang tak wujud

bercinta dengan perempuan yang tak wujud
dulu aku pernah bercinta dengan perempuan yang tak wujud
dia wujud sebenarnya dalam dunia nyata
tapi bukan untuk aku

perempuan yang tak wujud itu
dia cantik
manis
ayu
comel
paling ideal seluruh dunia
dia memahami
tak pernah merungut
rajuknya adalah syurga
tawanya adalah impian

perempuan yang tak wujud itu
sering juga bertukar
mengikut kadar perlunya

perempuan yang tak wujud itu

aku dah hilang dia

bukan kerana dia memang tidak wujud dan tidak akan wujud
kerana apabila ia benar-benar wujud
kita sedar yang dia sekadar mimpi
wujudnya akan membunuh mimpi-mimpi kita tentang wujudnya dia dalam ketidakwujudan

mungkin juga perempuan yang tidak wujud itu tidak akan pernah wujud
dan seeloknya begitu

aku pernah bercinta dengan perempuan yang tidak wujud
kini tidak lagi


Sunday, April 7, 2013

Seharusnya Aku


masalahnya bila aku berlaku romantik ia seperti kadangkala aku rasakan yang aku sedang menipu diri sendiri kerna aku tahu yang realitinya tak seindah begitu
jika benar aku berlaku romantik pun itu bukan atas perancangan aku atau memang dah sifat aku semulajadinya begitu

atau sebenarnya terpulang saja pada orang yang mentafsirkannya
aku hanya bereaksi sebagaimana seadanya aku
aku tak tetapkan bila masa dan harus di mana aku harus berlaku romantik

aku sedar yang perempuan mahukan layanan yang baik2 selayaknya seorang wanita
aku juga sedar yang sebagai lelaki harus juga aku memiliki rasa seperti itu
tapi secara jujurnya rasa yang benar yang hadir itulah yang paling ikhlas tak dirancang
mengingatkan kembali kepada frasa "aku terima kau seadanya"

hal jadi kalut ribut bila mana dia mahukan aku jadi seindah bulan mungkin
atau sesempurna pria perkasa
mungkin juga bukan ilhamnya begitu,
tetapi bila telah ditetap acuannya; tekanan pasti dirasa

aku manusia
aku biasa

aku sedar kadangkala indahnya bulan yang aku janji atas luar sedarku
halusinasi atas mimpi2 bersama
tetapi bila pijak tanah yang basah ini,
mimpi cinta kita tak sebegitu

aku masih punya beban yang harus dikejar
punya gunung yang harus didaki
punya mimpi yang masih diikuti - dengan pejam mata - berpandu tali

ada kata yang aku lelaki : kejar mimpi itu utama
jadi aneh bila mimpi itu bukanlah kau isi utama di dalamnya,
kini...
aku juga rasa aneh
sedangkan dulunya memang begitu

aku berubah atau masa sememangnya mahukan begitu?
aku rasa aku tak berubah,
tapi prioriti dalam hidup sering bergilir mengikut usia
dulu aku perlu kamu
kini aku masih perlu kamu
esok juga aku masih perlu kamu

tapi takkan aku nak luahkan hari2 dan pahatkan pada dinding sejati?
aku cinta kamu
itu yang kau harus tahu
aku tahu kau tahu
aku tahu
kau tahu

sememangnya satu dunia tak tahu
tapi dalam dunia kita, semua orang tahu.
kau dan aku
suatu hari nanti...

Jadi
Apakah Seharusnya Aku
?

Tuesday, April 2, 2013

Kuih - Muih


sedetik lalu aku cuba pujuk kau dan jadi sahabat terbaik
cuba elak kau titiskan air mata walau tahu ia terlalu murah bagi kau
aku bukan simpati tapi aku rasa tak perlu
kau harus rasional,
 waktu tu aku fikir.

aku jadi medan yang duduk di tengah
antara dua kutub yang bertelagah
tarik sama kuat
yang satu emosi, yang satu rasional
walau aku tahu dua-dua pun tiada kepentingan
untuk aku
atau aku untuk mereka

nak bunuh ego kau sangat tinggi
aku kesian yang kutub satu lagi
kesian dalam krisis waktu tu
walau aku juga membenci
hakikatnya
aku juga plastik
nak bungkus ego keduanya
agar keseluruhan produk dapat berjalan

kini kau muncul lagi
dengan drama baru
atitud lama bermuka-muka
mungkin satu siri atau ada sambungan
aku harap satu musim mati
terakhir selamanya

penat melayan watak sebegini
bukan antagonis atau prota
Cuma cebisan yang buat hara

hidup ni tanpa drama tak indah kan?
jadi aku telan sajalah dengan pasrah

dah lega meluah
sabar dah diperah
mari mulakan hari dengan indah!!!




Jung yang Kata...


Jung kata dalam diri manusia itu ada 2... satu yang mengejar matlamat & impian. Satu lagi yang memuaskan matlamat dan impian orang lain di sekelilingnya.

Jung kata diri dia ada dua, No. 1 & No. 2 … 
No. 1 yang puaskan hati bapa dia. Pergi sekolah hari2 dan belajar agar bapa dia tak kecewa. Walaupun dia tak suka.          
Yang No. 2 pula akan buat apa sahaja yang dia suka dan bebas. Macam masa dia bina sebuah kubu askar di atas menara hanya untuk bersendirian.

Jung kata diri dia mungkin dua. Satu dia yang sedang duduk atas batu. Atau dia adalah batu yang diduduki oleh ‘dia’. Masa dia 15 tahun, dia cakap ni.

Jung kata diri dia ada dua…     
Jung yang cakap.

Aku?        
Aku belum cakap apa-apa lagi.
Belum nak cakap.                                                                                                                                         





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...