Soul Eater Logo

Sunday, November 12, 2017

Cara orang kita sayang anak lain macam.

Cara orang kita ni sayang anak lain macam :
Hantar anak ke sekolah sebab nak bagi pendidikan sempurna.
Supaya jadi orang berguna bila besar nanti.
Itu baik! Tapi...

Cara orang kita ni sayang anak lain macam :
Hantar anak ke sekolah naik motosikal, anak tak diberi pakai topi keledar.
Tambahan, si bapa langgar lampu isyarat merah.
Kalau terjadi kemalangan, anak tak sempat besar...
Si bapa kesal pun tak berguna.

Kalau tak terjadi kemalangan, anak berjaya besar jadi orang berguna.
Orang berjaya yang rasa tak salah melanggar lampu isyarat merah.

Cara orang kita sayang anak lain macam.


Pepatah Jepun kata; "memerlukan seluruh kampung untuk membesarkan seorang anak."
Pembelajaran bukan hanya di sekolah.

Anekdot Barang Naik

Cerita Barang Naik

1. Minggu ini para menteri mengumumkan harga petrol naik lagi, walaupun dua tiga minggu lalu telah naik. Peningkatan berganda! Maka dengan itu, apabila mengisi penuh tangki motosikal aku, ada penambahan ringgit sebanyak RM 1.25! 1.25 yang tak patut wujud sebelum ni!


2. Air cedok bungkus besar di pasar malam harganya RM 1.50. Selalunya aku beli dua - jadi RM 3.00. Aku jenis yang sediakan duit kecil cukup-cukup. Semalam, apabila nak hulurkan RM 3.00, aku lihat harganya jadi RM 4.00! Peningkatan RM 0.50 setiap satu bungkus! Oh? Ada tanda harga baru yang aku tak perasan! Aku yang terkejut mengeluarkan cetusan "Eh!?", lantas didengari kakak peniaga air tu.

           Tanpa dipinta, dia menjelaskan : "Harga barang naik dik. Yang hari tu naik pun akak tak naikkan harga. Kali ni memang tak boleh." - Harga barang yang dimaksudkan itu entah gula, entah perisa, atau buah-buahan yang digunakan bersama air... aku tak pasti. Tapi aku positif merasakan ada sebab munasabah dia menaikkan harga walaupun nilai RM 0.50 itu agak keterlaluan.


3.  Aku punya teman Pemuda yang juga admin page FB 'Kami Sokong Tun Mahathir Muhammad', beberapa ketika dahulu. Beliau merupakan cybertrooper dan keyboard warrior upahan kerajaan (atau wakil kerajaan). Siapa pemodalnya, sama ada wakil rakyat tertentu atau badan kerajaan... aku tak pasti. Yang pasti, konten rekaannya harus menyokong kerajaan tanpa prejudis - biarpun terpaksa mencipta konten palsu dan fitnah!

           Ketika GST diumum beberapa tahun lepas, dialah antara barisan hadapan yang mempromosi sistem percukaian itu. Tidak cukup ke bengkel, perbentangan, dan forum mengenai GST (untuk difahami), beliau teruskan langkah dengan pemahaman info GST yang dia perolehi dari kelas itu untuk disebar kepada rakyat umum. Menapaklah dia ke kedai-kedai dan warung kampung menjelaskan kepada mak cik pak cik. Tak cukup dengan itu, isi bualnya di kedai kopi hanya GST semata. Berdegang-degang macam pakar ekonomi lagaknya. Tak cukup lagi, masa senggangnya dihabiskan bersilat di laman muka buku dengan akaun palsu dan sebagai admin - memerangi puak-puak anti GST.

Akhirnya cukai itu terlaksana... dan dia menang! Dia puas sendiri dengan angan-angan yang kononnya 'kebenaran akhirnya terlaksana' - kerana penentang GST kalah sebab cukai itu dilaksanakan juga walau mendapat pelbagai tentangan.

           Beberapa tahun berlalu... Tun M yang diagung-agungkan beliau sampai jadi nama untuk page nya sudah bertukar haluan dan jadi pembangkang. Tun M juga ada bersuara tentang ketidakadilan GST. Lantas dia turut bertukar angin. Kini tiba-tiba dia jadi musuh GST nombor satu! Diulangi, nombor satu! Menjadi penentang habis-habisan tetapi tidak pernah dan tidak mahu mengaku yang suatu ketika dulu dia jugalah pendukung nombor satu GST!

Aku jadi berharap, kalau aku ada peluang mempertemu si dia dari masa dulu yang nombor satu penyokong GST, dengan si dia yang sekarang penentang nombor satu. Ingin aku melihat mereka berdua bersilat. Sama keras! Sama baghal!


4. Melayari laman muka buku, terhenti di saat paparan wajah Ahmad Maslan tersenyum. Ada kapsyen menyakitkan hati tentang kenaikan harga barang di bawahnya. Hempas telefon!

Beli telefon pintar baru, melayari laman muka buku... Pengumuman harga minyak naik lagi! Hempas telefon!

Menteri : Rakyat disaran tidak membazir terutama golongan muda dengan pembelian yang tidak  
                perlu seperti telefon pintar.


5. Harga petrol dan barangan ni, naiklah seberapa banyak mana pun... Selagi naiknya tidak setinggi yang mampu mengusik poket kau; kau akan kata "Tidak apa!".
             
Sebab poket kita lain-lain dan kau tak akan pernah kisah dengan sakit orang lain.

Tapi tiba saat naiknya esok mencuit nilai dalam poket kau, barulah kau akan melenting dan 'play victim'. Sedang orang lain dah lama memekik melolong meluah rasa tak puas hati - Yang saat itu kau masih setia dengan penguasa sebab poket kau belum bocor lagi.

BN menang, rakyat senang!
My Ass!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...