Soul Eater Logo

Monday, November 21, 2016

Koleksi Kata-kata Hikmah Hyung

1. Menunggang motor di Penang, kau perlu ada skil mencilok seperti mengelak jatuhan batu dari langit oleh burung Ababil.

2. Cinta hanya ada hitam dan putih, tiada kelabu. Ia hanya antara 'ya' atau 'tidak'. Sebab kalau kau dan dia memilih untuk berada dalam zon kelabu, apabila salah seorang antara kamu dah menjumpai hitam atau putih dahulu; nescaya kamu akan tinggalkan yang kelabu itu. Keseorangan lah dia dalam kelabu selamanya.

Thursday, November 3, 2016

titiskan warna pada setiap hembusan nafas

terlepas segalanya
selamanya; yang indah nyata bukan milik kita
lupakanlah
tinggalkan lah kisah2 kelabu
kerna langit dah tak secerah dulu
pergilah angin ribut tinggalkan puing2 cinta semalam.
sendiri.

ungu - warna kesukaanmu
pernah juga kau pinta hijau
hingga aku terlupa seketika melukis langit2 warna hidupku - hitam
terbang kupu2 di kejauhan, terhuyung ditiup bayu

perginya kau di tangan yang mungkin lebih selamat,
tetap aku tak akan berhenti
titiskan warna pada setiap hembusan nafas
agar setiap bunga yang kau hinggap -
ada warna aku.

Semalam Saja

Semalam saja aku benarkan
kau singgah inap ke hati ku

Dan hati ini, tiada apa
Tak dimiliki siapa-siapa

Ucapkanlah selamat tinggal
Aku tak mahu, kau ada lagi
di sini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...