Soul Eater Logo

Wednesday, May 22, 2013

Permainan Bodoh Dicipta Pendeta Riz

kipas - angin - satu
ayam - telur - ayam
labu - lemak - nasi
itik - berak - cangkung
dapur - arang - hitam
wau - bulan - penuh
cukai jalan - motor - buruk
pokok - goyang - sisi
wanita - pinggul - tulang
duduk - simpuh - santun


* sebenarnya ini satu permainan untuk uji minda jadi kreatif yang aku buat.

1st, senaraikan 10 benda yang terlintas dalam kepala korang.

2nd, senaraikan benda yang 1st terlintas dalam kepala korang bila korang tengok saja benda yang sebelumnya.

3rd, proses yang sama macam proses 2nd.

then, korang dapat nilailah dari hasil yang korang dapat. betapa besar or kecilnya benda2 yang ada dalam kepala otak korang.

-in b4, gua fail ayam- telur - ayam. maksudnya antara ayam dan telur... bagi gua benda lain dah takde perkaitan dah. 

Tuesday, May 21, 2013

Cerita Semasa Kecil - Sara (bukan nama sebenar)



"Pada suatu hari, Aisyah terjatuh depan kawannya;
Mariam yang melihat hanya mentertawakannya.
Aisyah menangis hiba;
pada esok hari Mariam terjatuh pula.

Allah Maha Melihat,
Allah Maha Mendengar,
Allah Maha Mengetahui,
Segala-galanya."

Mungkin inilah bait-bait lirik lagu nasyid yang aku pernah dengar 17 tahun lepas masa aku umur 6 tahun. Lagu ini dinyanyikan dengan rentak lagu 'Mary Had A little Lamb'. Dengar tiap-tiap pagi, semasa pergi ke sekolah Tadika Kemas kat K.L. Jalan apa aku tak ingat. Entah ada lagi ke tak Tadika tu sekarang ni. Apa yang aku ingat, sebelah Tadika tu ada bangunan enjin TNB. Entah apa ada kat dalamnya aku tak tahu, yang pasti mesin janakuasa yang sentiasa berderum macam bunyi air-cond. Mungkin reaktor kot. Oh ya, lagu nasyid ni tadi aku dengar kat rumah salah seorang penghuni flat tingkat yang paling bawah blok yang aku kena selalu lalu untuk ke sekolah. Untuk ke sekolah, kena melintasi satu blok flat perumahan. Dua tiga kali dengar, lagu tu pun melekat kat kepala otak aku sampai sekarang ni setelah berbelas-belas tahun lamanya. Lagi-lagi lirik dia yang terakhir tu : "Pada esok hari Mariam terjatuh pula."
Samalah macam lekatnya memori tentang lagu 'Negaraku' yang berkumandang dari RTM1 setiap jam 7.00 pagi dari rumah seorang pemandu teksi berbangsa India di baris blok yang sama. Rumah nombor 1 dekat hujung. Rumah yang buka lagu nasyid ni rumah no 7 tak silap aku.

Haha.. kuatnya ingatan seorang budak.

O.K, itu cerita pasal setiap pagi aku ke sekolah. Tapi post ni sebenarnya aku nak cerita pasal seorang budak perempuan yang aku lupa namanya. Sepanjang-panjang aku bersekolah dekat sekolah Tadika tu; dan sepanjang-panjang aku hidup. Cuma dua kali aku jumpa dia. Tapi kewujudan dia sangat terkesan kat memori aku sehingga kini. Tapi sayangnya, aku lupa nama dia.

Budaknya kecil (of course lah kecil kan, waktu sekolah tadika, ha ha...)
Tapi maksud aku, saiz badan dia kecil kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang bersekolah tadika waktu tu.
Dia kurus dan wajahnya berbentuk tirus.
Kulit dia cerah, rambut dia coklat keperang-perangan.
Kening dia lebih hitam berbanding warna rambut dia.
Kening dia menampakkan macam wajah dia sedih, tapi sebenarnya tidak.
Mata dia kecil. Mata hitam dia lebih besar berbanding yang putih buatkan dia nampak comel.
Tapi sebenarnya dia seorang yang ceria.

Oklah, aku namakan dia sebagai Sara since aku lupa nama dia... dan Sara bukan nama dia betul tau, sebab aku betul-betul tak ingat nama dia.
Ada dua peristiwa je sepanjang aku dengan Sara ni,


Aku & Sara 1

Aku masa tu umur 6 tahun. Dah dua tahun aku kat Tadika Kemas tu sebab aku masuk sekolah dari umur 5 tahun. Sara pulak masa tu umur 5 tahun. So, kira aku senior dialah. Pertama kali aku kenal Sara adalah melalui mak aku. Cerita dia macam ni, aku selalunya pergi dan balik sekolah sendiri sebab mak aku dah ajar aku berdikari dari masa umur 5 tahun tu. Cuma kadang-kadang je mak aku hantar dan ambil balik sekolah. Aku pun rasa tak jadi masalah sebab zaman tu tak banyak kes pedophile macam zaman sekarang ni nak biarkan anak-anak sengsorang, kan? Haha...
Jadi suatu hari tu, awal tahun 1996; hanya selepas beberapa minggu daftar sekolah. Mak aku tetiba jemput aku balik sekolah hari tu setelah sekian lama. Aku ingat lagi alasan waktu tu, mak aku kata dia pergi kedai Chandra beli kelapa (santan). So, alang-alang; jemput aku balik sekolah sekali. Kedai Chandra tu dekat sebelah sekolah aku je - kena lintas longkang besar - kedai pertama tempat aku beli layang-layang plastik 50 sen gambar Ultraman.
Waktu tu jam 1.00 tengahari. Mak aku pimpin tangan aku nak balik. Kami jalan balik sama-sama dengan seorang lagi mak cik dan anak dia. Mak cik ni muda lagi, sebab dia panggil mak aku kakak. Ibu muda tak silap aku, anak baru dua. Seorang masih bayi tinggalkan dekat rumah nenek dia jaga sebab nak amik anak sulung dia umur 5 tahun kat Tadika tu. Nama anak sulung dia tu lah Sara (bukan nama sebenar).

Kat situlah aku kenal Sara. Mak aku kenal mak Sara waktu tengah tunggu aku tadi. Diorang berbual-bual dan tak sangka pula jalan nak balik rumah kami sama. Waktu mak aku pimpin aku, aku tengok Sara yang dipimpin mak dia. Aku tengok dia - dia tengok aku. Aku ingat lagi muka dia masa tu : muka curiousity seorang budak kecil sebab masing-masing baru nak kenal. Terjungkit kaki dia sebab dia pendek bila mak dia tarik tangan dia.

Terjungkit juga sebab sebenarnya mak dia sengaja angkat tangan dia tinggi-tinggi.

Sampai je dekat rumah, mak aku pesan : Abang nanti kalau balik sekolah saing dengan Sara tau. Kesian dia sorang-sorang. Mak dia susah nak ambik dia selalu sebab kena jaga baby. Adik Sara kecik lagi.

Aku angguk faham je. Aku tahu kerisauan seorang ibu. Ibu Sara.



Aku & Sara 2

Aku balik sekolah macam biasa, sorang-sorang. Biasalah budak kecil, apa fikir pasal orang lain. Kadang-kadang mak aku tanya aku juga, "Balik dengan Sara ke?"
Aku just cakap, "Entah, tak nampak dia pun... Mak dia ambik kot."
Tapi menurut mak aku, memang ya... Biasanya mak Sara ambik sebab risaukan anak dia.

Dekat sekolah aku tak pernah jumpa Sara biarpun sekolah tu tak lah besar mana. Lagipun, murid-murid umur 5 tahun dan 6 tahun dipisahkan dan diasingkan. So, tak dapatlah aku jumpa Sara. In fact, aku lebih sibuk bermain dengan rakan-rakan sebaya.

Cuma entah satu hari tu macam mana aku boleh balik saing dengan Sara. Mak dia tak ambik dia hari tu. Sibuk barangkali. So, aku pun temankan dialah tetengah panas matahari tu. Kami lalu dekat belakang flat-flat perumahan waktu tu. Belakang 4 blok flat bertemu mencipta square. Dekat tetengah square tu ada 2 court sepak takraw. Aku ngan Sara balik menyusuri lorong di antara blok flat dan court sepak takraw. Jalanrayanya bertar dengar kerikil jenis yang besar-besar tu. Sakit juga kalau tak pakai kasut, pijak.

Aku main lari-lari masa nak balik tu. Biasalah, budak kecil. Sara pun sama. Lepas tu, aku tertinggalkan Sara dalam 5 meter jauhnya. Then, Sara jerit kat aku, "Awak! Awak janganlah lari laju-laju. Awak tunggulah kita. Kita tak boleh lari laju-laju macam awak."

Then, aku pun teringat mak aku pesan supaya jangan buli atau tinggalkan Sara. Mesejnya; sebenarnya mak aku macam suruh aku protect dia. Tersedar dengan salah sendiri, aku pun mengundur ke belakang dan jalan saing dengan Sara sebelah dia dengan rasa bersalah. Sara bercerita apa entah aku tak ingat. Mungkin sengaja cerita panjang-panjang supaya aku terikat dengan dia dan tak tinggalkan dia. Aku rasa dia tahu aku bosan jalan dengan dia. Dia memang aku nampak jenis budak yang boleh baca fikiran orang lain dan tahu reaksi. Tapi aku sumpah bosan jalan dengan dia waktu tu. Ye lah, bebudak lelaki kan... semuanya nak cepat. Semuanya nak berlari. Tapi dengan Sara, aku kena lambatkan pergerakan aku 10 kali ganda lebih lambat sebab nak saing berjalan dengan dia. Dalam aku dok mengelamun tu, aku tersedar bila kami dah sampai kat flat yang Sara tinggal. 1 blok dari rumah aku. Sebelum naik tangga tu, Sara cakap kat aku macam ni; "Lain kali, kita main lumba lari lagi eh?"
Aku terdiam je masa tu. Sepanjang perjalanan aku balik pun aku diam je. Satu hari tu sampai ke petang aku diam je. Rasa bersalah. Macam nak menangis pun ada. Tapi tak tahu kenapa. Rasa sayu.

Sebab...

Sara ni budaknya tak normal. OKU lah kot kalau orang sekarang cakap. Sara tak dapat berjalan macam bebudak lain sebab kaki dia tak normal. Aku tak tahu apa nama penyakit tu, tapi rasanya korang mesti pernah jumpa orang-orang yang sakit ni. Dekat kampung aku dulu pun ada satu.
Penyakit ni, kaki pesakit tu akan jadi lembik kat ankle dia. So, kaki dia akan terlipat ke dalamlah. Untuk berjalan, diorang akan gunakan side feet sebagai tapak kaki. Tapak kaki sebenar dah membengkok ke dalam. Pergerakan akan jadi lambat. Nak berlari memang payahlah. Lagi-lagi dalam kes Sara. Budak kecik, tulang masih tak kuat. Jadi dia mengadu akan rasa sengal-sengal dekat ankle tu kalau jauh berjalan. Sara juga pakai kasut dan stokin macam budak-budak normal. Tapi at the end, stokin dia bahagian ankle tu lah yang jadi tapak kasut. Aku tengok kotor dan hampir berlubang.

Start dari situlah aku jadi empati kat Sara. Aku terfikir apa perasaan dia bila dia tengok aku berlari laju macam tu. Aku tahu dia teringin; tapi dia juga faham dia tak boleh. Sebab tu lah aku rasa bersalah.
Aku juga rasa dia tahu dan faham kekurangan dia. Dia juga fasih pada reaksi orang terhadap kekurangan dia. Budak 5 tahun masa tu yang dah kena telan hakikat pahit persepsi manusia akibat kekurangan diri dia... Apa lagi yang lebih tabah dari itu?

Lepas hari tu, aku dah tak jumpa Sara lagi.
Dengar kata pun, mak dia yang ambil dia balik sekolah hari-hari.
Dekat sekolah pun aku tak pernah cari Sara. Budak Tadika kan, otak masih on-off - buat saja apa yang dia buat hari ni.
Tapi memori antara aku dengan Sara tetap bagi aku makna sampai sekarang ni.
Aku tak tahu kenapa, tapi sangat impact sebab peristiwa tu terkesan kat hati aku sampai sekarang ni walaupun dah jadi berbelas tahun lamanya.

Somehow, aku harap Sara hidup dengan bahagia dekat satu sisi dunia yang lain.
Mungkin dia dah berkahwin dan beranak? Siapa tahu.
Semoga dia sihat dan kekal hidup dengan tabah.

Sara pun bukan nama sebenar dia... Tak kisahlah walau siapa pun dia sebenarnya, yang penting gadis kecil tu betul-betul hidup dalam lipatan memori aku.

~~~Ini cerita benar. Bukan fiksyen dari aku. :)

Sunday, May 19, 2013

Tanda.

ada satu tanda yang kau hilang.
kalau kau lihat bulan kau pasti nampak.
aku renung langit biru waktu tengah hari di sini.
adakah langitnya sama saat engkau di sana?
aku lihat kumulus berarak perlahan di sini.
apakah di sana sudah bertukar menjadi kumulunimbus?
berikan aku jawapan.

kalau angin yang bertiup ini sama.
pasti ia bawa haruman dirimu ke sini.
haruman nostalgia yang membawa seribu erti dan rasa.
pejamkan mata, lihatlah semua.
rasa bagai didakap kamu biar hanya harum bau.

di kaki langit ada pelangi.
berdiri indah di kelopak horizon.
pasti langit mendung saat itu.
udara lembab rintik menitik.
mustahil pelangi mekar di terik mentari.
kalau di kaki gunung air terjun, aku masih mahu percaya.

ini tidak, di balik senyum dan lirik mata kau.

Kekasih aku tak wujud, maksudnya dalam erti kata lain; hayatnya bukan di sini.

Kekasih aku tak wujud, maksudnya dalam erti kata lain; hayatnya bukan di sini.


Saturday, May 18, 2013

mamaiimai

selemah lemah hati... berbicara
mata merah dalam gelap bukan balik tingkap
perkataan ulung harus 'AAA~~~!' dalam kanji
atau hiragana janji faham
orang cerita pasal occult dia sibuk nak bercerita sama
ada Teletubies merah dari pandangan belakang bersanggul kecil
kekuda rumah atok di ruang tamu - hijau muda daun pisang bayang jam malam dua belas pagi
makhluk Digimon silih ganti dari sticker kilat2
terlalu mencuba memori recall dari komik bersilih ganti
jangan tanya pada ouija - nanti minta darah
sosej RM 3.00 sebatang minta kakak dibagi saja - macam RM 1.00 di hospital
adik jahat adik baik
atau abang jahat abang baik
serigala
kartun Disney ada tak Little Red Riding Hood?
pementasan kedua malam dibuat macam sampah saja
ada bunny bunuh diri
seksafon gabus atau gramafon gerdus?
bukan bicara Fahmi Reza atau bidalan stensil - budaya pop riot rebelan anak muda
pokok tapak itik dalam buku'buku sejarah lembab berbau hanyir
bukan hanyir darah pontianak blok D sekolah Dato' Seth
balik tingkap 2004 hampir senja usia 14
stapler putih atau biru ke universiti
entah nama apa
sepuluh malam hampir dua belas
tunggu di pondok menuju sunyi harapkan siapa
kenangan narapidana sel besi kosong
kenapa semua monster dalam bentuk kartun?
masih monster yang sama dengan kapsyen macam kamus; atau penulisan ilmiah nota kaki font 10'
kata kamus ia objek panjang dan bulat,
bundar barangkali
cirit besar
jelma pula matahari kartun
separuh. montaj terbang-terbang
pengaruh illusi tadi
tangan kera berbulu coklat
tengahari nangis kedap suasana
3 anak kongsi suasana
tak beribu bapa cari makna
dalam jam 5.00 janji nyata
montaj Disney pula - hitam putih
semuanya childhood memory
font
henti

Sunnah Baginya Hanya Topeng

seharusnya orang sebegitu dibunuh saja
ini bukan cerita tentang si polan atau si polan

bagi aku manusia hipokrit sebegitu harus dibunuh saja
bisa melahirkan munafik dua kali ganda
lagi elok aku rasa mereka2 yang distereotaipkannya sebagai murtad itu
akhirnya, ada juga menyumbang kepada masyarakat

engkau?

sampah lebihan saki-baki sosial
si kufur nikmat pemberian tuhan
tidak beretika sebagai masyarakat
hidup macam si bodoh tidak bertamadun menghadap skrin

kepala batu keras si bodoh sombong

terus luncai dengan mainan2 agamanya

 buanglah tanda2 suci kau tu
buat malu pada Muhammad saja.

pandai berlakon, dari syaitan berlagak malaikat
sekurang-kurangnya aku hanya di atas pentas

30 khutbah Jumaat pun tak akan sedar
kalau Jumaatnya itu dalam lena
sedang nyata dalam lena;
apatah lagi dalam jaga.
tuli saja khutbah itu air liur saja

pandai permainannya
jijik aku jijik
kaki kanan nak mengajar aku menyesal
manusia hipokrasi sebegitu akan terus hidup jijik

tiada penyesalan

super-ego hanya topeng

nafsu babi terusan celaka

sampai bila?

aku harap dia terusan mati sebelum ejakulasi.
biar selamat tak terlahir 2 generasi.
munafik baruan.

Tuesday, May 14, 2013

tetiba aku...

tetiba aku terasa nak menulis blog
sebab tetiba aku rasa nak maki orang
akibat tetiba aku jadi tak ikhlas
sebab bukan tiba2 tapi sengaja si bodoh tu buat perangai babi

kalau hak orang, buat cara hak orang
jangan tahu guna buang merata
perah habis macam harta kau punya
guna dinar emas mak bapak kau yang kerja nak mati sebab percaya harapan yang kau jual

sudah 3-4 tahun, kau bermula semula
jual harapan baru setelah gagal dengan sebab bangang2
bajet innocent padahal pengikut agenda setan
dari kotor bersih yang asas sampailah mandi berhadas

ikut sunnah2 nabi jual fakta kata dakwah katanya
pakai jaket peronda tetap kalimah Allah pertegakkannya
senyum2 sedekah nampak amoi tayang peha terjugil mata
kalau ajak ke kelab malam
satu jam sudah hilang teruna agaknya

banding2 agama kalau jumaat cuba lawannya kita
siapa paling hebat paling jaguh jejak setan empunya

tapi aku takpe nampak kultus syaitan tapi hati ada jinggle

rasa mahu bunuh atau ubat guna2
buli sampai mati tidak cepat sampai lali

buto buto pak hang pak hang
aku cakap bukan kau fasih utara
bajet duduk lama. kautim

burung hantu tengok cermin ... ada lansing.if i had dream of me. fuck you !
khayal kepala buto ni semua sebab kau a s d

buto laknat lah kalau kau take ofir. kerja shitbraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sudah muntah yang belakang ikut sama. nikharom..... haron.....


*ntah apa aku mengarut time ni. menulis time bengang + mamai + macam2 lagi lah. Aku rasa ini penulisan aku yang paling tak rasional dari kotak luar sedar. tapi aku tak nak padam sebab tak adil rasanya aku padam. aku berhak meluah juga kot rasa absurd ni untuk tatapan diri sendiri. sementara itu, korang abaikan je lah carutan2 maki kat situ. benda luar sedar kan... haha

Tuesday, May 7, 2013

Cerita Pandir Pergi Perang



Ada suatu hari tu di satu daerah, angin peperangan saudara kian hampir dengan khabar berita yang kurang enak. Berita-berita buruk pihak musuh ada saja yang mencabar kewarasan para pejuang. Komander dengan bila-bila masa sahaja akan melancarkan serangan. Bala tentera musuh turut sudah bersedia di sisi yang satu lagi. Arahan menyatakan yang mereka akan menyerang pada waktu dinihari.

Pandir, salah seorang pejuang dalam koloni tentera itu turut sama bersedia. Perisainya dipersiap, jenteranya diperkuat, tenaganya diisi penuh, mukanya dicalit celoreng pendekar. Dia kini pantang dicabar. Terusik sedikit hatinya; maka ranaplah seluruh wilayah musuh. Senyuman juga sudah menjadi racun pada dirinya. Tiada secalit kedamaian pun mampu menembusi kulitnya. Hatinya mahu bunuh saja. Demi perjuangan kepada bangsa & agamanya. Kalau boleh Pandir mahu berada di barisan hadapan biarpun dia bukanlah jeneral atau pemimpin tertinggi. Agamanya itu yang penting... harus dipertahankan. Kalah peperangan ini bermaksud kalahlah agamanya secara total. Bangsanya akan dipijak-pijak biarpun musuh mereka asalnya bersaudara. Asal sudah perang, saudara pun jadi kafir.

Tapi tiba saatnya untuk menyerang; tatkala semboyan sudah berbunyi; waktu hatinya meronta-ronta dengan api perjuangan... Pandir ditahan dari terus mara.

Dia masih belum solat Subuh lagi.


*Lepas tu, dia pun buka baju perang... ambil wudhu, solat... hati dah tenang; baru pergi jihad. Baru dia sedar yang tadi itu bukan jihad, tetapi benci. Baru dia sedar yang misal kata dia mati, perjuangan dia entah apa nilainya sebab dia pun tak pasti apa yang dia perjuangkan.

O.K, cerita ni tak best.  =.=

Monday, May 6, 2013

Bangsa Kamu. Bukan Bangsa Orang Lain.



Hari ini 6 Mei 2013... Sehari selepas PRU13. Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 13. Hanya datang 5 tahun sekali bagi rakyat Malaysia menentukan siapakah kerjaan mereka. Aku tidur jam 7.00am tadi selepas Subuh kerana menunggu keputusan penuh pilihanraya. Mengharapkan satu perubahan. Namun tak berjaya. Harapkan perubahan berlaku pula pada yang lama. Tapi macam tak nampak... mungkin makin teruk ada. Perubahan apa yang aku maksudkan? Tak lain tak bukan, usaha menyatukan bangsa Malaysia. Atau yang sering jadi buah mulut 5 tahun kebelakangan ini : 1 Malaysia.

Aku bangun lambat... melanggar Zohor. Sambil disulami mimpi2 syaitan. Anehnya bukan pasal keputusan PRU13. Tapi pasal perkara yang menyulami PRU13. Sangat2 menghimpit hati aku. Apa dia ? RASICM.

Rasicm adalah perkara yang menyulami PRU13 dengan momokan Cina akan mengambilalih kuasa Melayu. Dan Cina itu digambarkan melaui parti DAP dan Melayu itu BN. Aku sebenarnya malas nak tulis pasal parti atau pilihanraya kerana aku tidak turun mengundi. Aku golongan yang 20% rakyat Malaysia itu. Sejujurnya, aku tak percaya yang demokrasi wujud di Malaysia... sekurang2nya dalam soal pemilihan wakil rakyat, buat masa ini. Mungkin lagi 50 tahun prosesnya akan lebih telus dan jujur. Siapa tahu?

Mungkin juga akan ada yang label aku pro pembangkang. Maaflah, aku juga tidak pro mana2 parti. Tapi ya, kadangkala aku terberat sebelah sedikit ke pembangkang. Tapi bukan kerana propaganda mereka yang menarik hati aku, tapi propaganda pihak lawan yang kadangkala terlalu dangkal dan memberi kesan backfire kepada aku sehingga tercetus empati pada pembangkang. Sebab itulah, orang kata... nak berpolitik harus bijak dan matang. Takut kesan macam ini terjadi kepada pengundi atas pagar. Banyak yang aku  nak kata pasal PRU, tapi ia bukanlah topik yang aku suka nak sembangkan. Post ini sepatutnya berkisar pada racism.

Aku dibesarkan di sebuah pekan yang bernama Yong Peng. Ya, Bahasa Cina. Maksudnya Bandar Aman. Rumah nenek aku pula di Kampung Melayu. Bila dicantumkan, Kampung Melayu, Yong Peng. Nampak tak? Bagaimana yang Melayu itu dan Cina bergabung? Harmoni bukan?

Tapi yang kelakarnya, itu hanya pada nama. PRU13 semalam hanya ada 2 parti bertanding di kawasan ini : DAP vs BN. Kedua2 wakil parti adalah dari kaum Cina. Ya, dah kawasan majoriti penduduk Cina, mestilah wakil rakyatnya Cina. Ya, tak? Aku juga sempat berseloroh kepada seorang saudara yang tanya; kenapa tak balik mengundi? Aku cakap, DAP ke BN ke yang menang... wakilnya tetap Cina. Aku sengaja berseloroh begitu kerana aku tahu ada sedikit sifat rasis di dalam hatinya.

Keputusan yang aku sendiri tak jangka, DAP menang kali ini. Mengambilalih Yong Peng dari BN. Aku turut yakin yang BN akan menang lagi, tapi sebaliknya terjadi. Tapi bukanlah sesuatu yang pelik, kerana menurut sumber, DAP pernah juga menang di sini. (Wallahualam, aku tak periksa detail).

Ok, DAP menang itu bukan soalnya. Apa yang menarik hati aku ialah status2 update di FB dalam kalangan pengundi Melayu di Yong Peng. Semuanya rata2 berbunyi begini:

"Sial cina DAP menang, pijak kepala orang Melayu lah lepas ni!"

"Korang dah nampakkan permainan cina? Melayu Yong Peng makan pasir je laa."

"Aku tak halalkan hasil orang Melayu yang undi DAP."


Are you kidding me? Dah zaman bila ni korang hidup? Ni tahun 1970 ke? Pasca Mei 1969?

Aku tak nak cerita pasal peristiwa Mei 1969 dan isu rasisnya yang sengaja dibangkitkan. Sejarah biarkan sejarah sama ada ia benar atau tidak. Yang aku tertarik, kenapa... kenapa ada orang2 muda dalam kalangan Melayu yang seusia dengan aku, sebaya dengan aku...generasi millenium percaya lagi yang Cina nak bunuh Melayu disebabkan : RASISME???

Ok, kalau kau cakap dia nak tindas kau sebab diorang memang jahat dan ada rekod jenayah bunuh dan dendam nak bunuh korang aku percaya... Tapi nak tindas kau atas asas apa? Diorang ni rasist?

Rasisme ni hanyalah satu assumption ataupun tanggapan kita kepada satu pihak kepada pihak yang lain. Rasisme ini sama wujudnya semenjak terciptanya konsep Negara Bangsa. Errr, sejarah Form 5 ada cerita pasal Negara Bangsa. In fact, aku tak nak terangkan panjang2 pasal rasisme. Taiplah saja kat Google, macam2 korang jumpa. Ilmu tu perlu dicari dan bukan berdasarkan assumption. Aku just nak luahkan pasal kepelikan aku ni... Kenapa... generasi baru... kita rasis?

Kalau kau seorang pak cik yang lumpuh kakinya sebab kena tembak dengan komunis cina zaman darurat dulu... atau kau seorang wanita 40an yang pernah kena rogol dengan lelaki cina... atau kau pekerja yang kena tindas dengan bos cina... atau at least, kau dulu samseng sekolah dan seteru kau Ah Beng yang jahat gila... Aku maafkan kau jadi rasis. Tapi itu pun tidak bermakna yang semua Cina itu jahat! Yeah... at least, kau ada alasan untuk jadi rasis. Kami semua faham, dan kau memang perlukan rawatan. LOL.

Tapi kau ni generasi baru! Makan pakai kau tak pernah susah! In fact, kerajaan dah bagi kau macam2 keistimewaan BUMIPUTRA yang bangsa lain tak pernah dapat. Dan kau takde pengalaman kena tindas dengan bangsa lain. So, apa asas kau nak membenci orang lain atas dasar dia tu CINA? So, kalau dia cina mix melayu atau cindian macamana? Benci sikit2 sebab dia tak 100% cina? Atau sebab dia tak makan babi? This is what i hate atmost : Sentimen. Orang Melayu kita suka main dengan sentimen. Membenci orang lain juga atas sentimen. Tiada asas.

Kalau satu bangsa tu kuat, tiada siapa yang akan tindas. Tapi nak jadi kuat, hentikanlah paranoid pada bangsa lain dan fikirkan cara sendiri macamana untuk maju. Kebencian takkan jadi catalyst pada kemajuan korang.

Berbalik pada Yong Peng... Dia sialkan DAP sebab DAP cina, tapi halalkan BN walaupun wakil rakyat diorang cina jugak. Ada beza ke cina DAP dengan cina BN? Cina BN tak makan babi ke? Atau Cina BN hamba Melayu? LOL... Aku juga dah mainkan sentimen. Khas untuk Melayu yang singgah baca.

Yong Peng... sebuah pekan yang majoritinya Cina. Kita Melayu hidup berjiran dengan Cina dari dulu. Tak payah hujah banyak. Beli barang saja di kedai cina. Sebelum PRU elok saja berkawan... Tiba2, time pilihanraya terus jadi musuh? Kenapa? Ada orang yang taburkan sentimen ke? Siapa? Parti politik?

Ada antara yang update status2 berunsur rasisme tadi adalah kawan2 aku sendiri. Tak rasa bersalah ke pada kawan2? Time berkawan rapat gila macam adik beradik kandung biarpun dia tu Cina, kamu Melayu dan mereka India. Tapi bila soal ketuanan Melayu disentuh, kamu terus lupa yang dia tu Cina... dia tu manusia... dia tu juga punya ada hati yang perlu dijaga.

Lagi kelakar mereka yang update status2 begini adalah mereka yang cukup makan pakainya, aku simpulkan sepatutnya tidak terbit isu mereka dengan bangsa lain. Orang tak pernah sentuh mereka. Jadi, apa hak yang mereka pertahankan? Dalam bentuk apa?

Tambah kelakar mereka ini juga dalam kalangan yang berlumba2 buat Gwiyomi dan pencinta2 K-POP, peminat2 Hollywood dan drama Kantonis serta muzik2 Jepun dan tulisan2 Eropah... Jadi, siapa mereka ini yang mereka sendiri puja2? Melayukah?

Aku terfikir juga mereka Melayu kan seseorang itu pada agamanya. Macam yang perlembagaan maktub bahawa Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu. Tapi sepatutnya mereka cermin sendiri sambil bertanya;
Islamkah aku?
Islamkah perbuatanku?
Islamkah sifat rasis ku?

Tak kira walaubagaimanapun aku mencari punca, tentang wujudnya sifat rasisme dalam kalangan generasi muda am nya, dan penduduk Yong Peng khususnya... aku tak jumpa justifikasi yang agung. Benarlah, rasisme itu tiada punca. Ia hanya anggapan, sangkaan buruk.

Dua tahun lalu aku pernah buat research pasal orang Melayu Pulau Pinang - kupasan tentang sikap mereka - pandangan hidup mereka - yang merangkumi timeline sejarah yang panjang - juga menyentuh sedikit pandangan mereka pada bangsa lain. Pokoknya, aku faham dilema dan pandangan mereka terhadap bangsa lain. Mungkin aku perlu buat research juga tentang Melayu2 Yong Peng ini?

Ada teman suruh aku buat teater pasal rasisme.
Ya, aku dah buat setahun lalu : Malaysia 1.0
Tapi teater saja takkan mudah menghakis rasisme dalam kalangan penduduk Malaysia ini kerana tebal dan berkaratnya rasisme itu sudah semacam bontot kuali. Diperturun dari generasi ke generasi tanpa ada asasnya. Tanyalah budak muda sekarang; Kenapa membenci cina? Mesti jawapan yang keluar adalah berdasarkan apa yang mereka dengar2, diberitahu dan anggapan liar.
Tiada asas.
Manusia dah hilang contact.
Pada asasnya, mereka hanya hidup dalam dunia idea yang diceritakan ibubapa & masyarakat mereka yang rasis.
Mereka tak pernah melalui peristiwa yang rasis itu pun...

O.K, teater tak cukup kuat. Apa kata kita buat filem?
Sudah! Namron dah buat! Filem indie Gadoh.
Tapi apa yang aku perhatikan, budak Melayu kita hanya akan ingat dialog ini : "Cina makan babi!"
At least Melayu macam aku tersentak jugalah dengan kata2 Cina dalam filem tu : "Melayu bodoh pun boleh masuk universiti."
Ada sesetengah Melayu yang masih tak sedar keistimewaan dah bersama diorang selama ni, tapi sendiri tak ambil... sibuk terus-terusan salahkan orang lain.

Aku juga dulu, hidup dalam idea rasis.
Tapi aku tersedar setelah berlakunya dua peristiwa...
yang aku tak rasa nak kongikan di sini sebab terlalu indah ukhwah itu.

Ya... Kadangkala wujud juga syak wasangka aku pada bangsa lain. Tapi selalunya bukan berasaskan sifat rasisme lah. Biasanya berasaskan kepada baik jahat human nature itu sendiri. Tak kisahlah yang kita syak wasangka itu bangsa apa, kalau dah jahat... jahat jugalah. Hatta bangsa kita sendiri.

Kita sering syak wasangka bila dua teman bangsa cina berbual dengan bahasa ibunda mereka dan kita rasa tersisih kerana berada di situ. Kalau kita fikir mereka tengah bercakap buruk pasal kita, memanglah akan wujudkan syak wasangka. Bersangka baik sajalah macam yang Islam ajar walaupun memang betul pun diorang tengah mengumpat kita. Sebenarnya dilema kita adalah kita takut dengan perkara yang kita tidak tahu. Macam hantu. Kita tak tahu hantu tu macam mana, so kita takut. Dengan kawan bangsa Cina, kita tak faham mereka cakap apa... so kita syak yang bukan2. Ambil lah ikhtiar untuk belajar bahasa mereka kalau dah terdesak sangat. Kalau nak tahu sangat, just tanya.

Bertanya.
Perbuatan ini taboo tau dalam masyarakat Melayu.

Setahun lepas aku duduk satu bilik dengan seorang student dari Ipoh selama setahun sampailah aku silap isi borang dan kena tukar roomate. LOL
Kalau orang tanya, kau satu bilik dengan siapa?
Aku cakap ngan budak Ipoh, aku tak cakap dengan budak Cina.
Sebab nanti orang tarik muka, dan beri tanggapan buruk dekat aku sekali.
Nanti dalam otak mereka, dengan aku-aku sekali makan babi.
(Oh ya! Ini bukan tanggapan aku. Ia memang benar berlaku.)

Sepanjang setahun itu kami banyak belajar dan berdialog tentang bangsa dan agama masing2.
Banyak perkara baru aku belajar tentang bangsa dia dan agama dia.
Banyak juga persoalan dia tentang bangsa aku dan agama aku terjawab.

Sebenarnya,
apa yang anak muda generasi aku kurang kini adalah dialog.
Dialog dengan bangsa lain.

Meanwhile, 1 Malaysia yang diagung-agungkan itu tetap tinggal slogan...
Sama lah macam Wawasan 2020,
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Malaysia Truly Asia... tiada makna pada akhirnya.

Sebab kalau kamu betul pegang Gagasan 1 Malaysia itu,, sudah tidak ada sifat rasis dalam diri kamu.
Ironinya, insan yang laungkan slogan itu jugalah insan yang labelkan PRU13 sebagai 'Chinese Tsunami' - satu term yang juga rasis bagi sesetengah pihak.


"Secara jujurnya, aku takut dengan racism yang tak pernah padam ini. Lagi menakutkan, generasi baru yang sebaya aku juga turut percayakan racism ini sedangkan mereka juga hidup dan berbaik2 dengan bangsa lain. 
Aku tak salahkan sesiapa. Aku salahkan sistem pendidikan... dan diri mereka juga sendiri kerana masih tidak celik. 

Dalam Cina ada orang jahat, dalam Melayu juga ada orang jahat. India juga. Yang jahat itu adalah mereka yang racist. Macamana kita nak harapkan orang terima kita sedangkan kita masih syak wasangka pada orang. 
Ya... racism adalah 1 penyakit bangsa. 
Bangsa kamu. Bukan bangsa orang lain."     
- Riz (FB) Mei6, 2013.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...