Soul Eater Logo

Wednesday, February 20, 2013

RAHASIA



aku ini jarang meluah… kerna bagi aku andai isi perut sekalipun yang diluah, rasanya tetap sendiri yang merasa.
aku jarang berkongsi… kerna bagi aku sedalam mana pun erti perkongsian itu tetap hanya akan jadi cerita-cerita sahaja pada akhirnya.
aku jarang berkata… kerna aku telah sedar sebakul cercaan padanya tetap tidak mengubah cela yang telah berlaku.
bagi seorang perahsia sedalam aku harus bijak dicungkil isi hatinya. pendekatan harus betul agar ikhlas aku luahkan. cerita-cerita yang bisa kita manfaatkan bersama meskipun ia tetap hanya cerita. rahsia paling dalam adalah rahsia tentang rahsia. umpama kotak Pandora yang duduk dalam sebuah kamar rahsia di balik pintu almari. rahsia tentang rahsia adakalanya sesuatu yang patut dilupa sahaja, kerna bisa menghadirkan sejuta luka dari suka merungkai rahsia. sesuatu tahu itu tidak semestinya indah. ada tahu yang terpaksa dibisukan saja. ada tahu yang harus dilupakan. kerna kadangkala tahu itu boleh jadi bahaya. tahu itu bukannya ilmu. tetapi yang berilmu itu semestinya tahu. tetap juga yang rahsia itu tadi, tak terlepas dari tahunya yang Rabb…  

SATU ORANG, DUA KEHIDUPAN


sudah lama tidak menulis tentang rasa atau bait kata perihal jiwa. namun jari ini hanya bisa berkait tatkala di hati terasa ada beban yang tak dapat tertanggung.makanya, hanya tulisan yan dapat meluahkan… jadi tempat curahan pada diri sendiri yang akan datang. biar sesiapa jua yang membaca hanya aku fahami apa isi hati tatkala ini. kerna kekadang aku bisa merasa apa yang diri lalu merasa. hei! diri yang sedang membaca di masa hadapan, kenanglah saat ini!

terasa berat bila kadangkala kita terpaksa menjalani dua kehidupan berbeza. boleh dikatakan melalui… kerana fasa itu sekejap cuma. yang satu di sana, yang satu di sini. esok yang satu di sini ditinggalkan untuk menjalani yang satu di sana. satu orang, dua kehidupan. maka watak dan peranannya harus juga berbeza agar tidak tersasul melakon tugas. hadir dalam dua situasi berbeza. itulah indahnya. namun seringkali berat hati bagai ada rindu yang memanggil.
                                                                                                          19 feb 2013 4.47am




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...