Soul Eater Logo

Thursday, September 2, 2010

2 SEPTEMBER - I`M A BLOGGER BOY.

2 September...hari inilah,kata-kata inilah,saat inilah,ayat inilah,skrin inilah....jadi apa yang aku catat sebagai pembuka ruang maya aku ni - Blog aku: Riz;Aku Lihat,Aku Lalu.Aku tak pernah ada benda seumpama ini,inilah yang pertama.Sejarah(yang mana bagi orang lain bila aku berkata begini,mereka akan fikir:"Kolotnya budak ni!").Tapi itulah realitinya.Tak semua manusia terkejar-kejar dengan apa yang disebut sebagai TEKNOLOGI.Aku juga begitu...apa yang penting bagi sebahagian orang,tak penting bagi aku.Aku akui,aku antara golongan yang lambat dalam hal-hal berkaitan teknologi,gadget,mikrocip,komputer,RAM,desktop,3G,laptop,Nokia, .... dan benda-benda yang seumpamanya.Aku bukan sengaja tak mahu ikut arus perdana,tapi memang dari kecil aku dah begitu...lebih suka menulis menggunakan tangan daripada menaip(misalnya)-yang akhirnya menghasilkan tulisan tangan yang cantik, boleh dibaca & pelbagai jenis mengikut tujuan penulisan.Bentuk Archetype yang lebih pelbagai dari yang ada dalam komputer!Pernah juga aku ditertawakan oleh rakan satu sekolah kerana tidak mengetahui nama model telefon bimbit yang disebutkannya.Sampai sekarang pun aku tak tahu model jenis apa telefon bimbit tu...yang aku tahu,surname nya: Nokia.Itulah,kita sering bercakap mengenai teknologi itu,teknologi ini...saling terkejar-kejar dengan sesuatu yang baru(kerana teknologi kini dilihat sebagai trend & lebih kepada nilai fesyen berbanding fungsi asalnya).Sampai kita lupa bahawa ada sesetengah golongan langsung tidak memerlukannya atau ada kaitan dengan teknologi yang kita bangga-banggakan itu...
Oh Ya!  Mengenai Aku Lihat,Aku Lalu ni...ini sebagai ruang untuk aku bermonolog,mengekspresi,meluahkan...apa-apa perkara yang aku lalu seharian dalam kehidupan ni,pengalaman...tempat aku meluah rasa,idea,perasaan dan apa-apa lagi lah yang berkaitan.Untuk tatapan aku sendiri,TERUTAMANYA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...