Soul Eater Logo

Tuesday, May 21, 2013

Cerita Semasa Kecil - Sara (bukan nama sebenar)



"Pada suatu hari, Aisyah terjatuh depan kawannya;
Mariam yang melihat hanya mentertawakannya.
Aisyah menangis hiba;
pada esok hari Mariam terjatuh pula.

Allah Maha Melihat,
Allah Maha Mendengar,
Allah Maha Mengetahui,
Segala-galanya."

Mungkin inilah bait-bait lirik lagu nasyid yang aku pernah dengar 17 tahun lepas masa aku umur 6 tahun. Lagu ini dinyanyikan dengan rentak lagu 'Mary Had A little Lamb'. Dengar tiap-tiap pagi, semasa pergi ke sekolah Tadika Kemas kat K.L. Jalan apa aku tak ingat. Entah ada lagi ke tak Tadika tu sekarang ni. Apa yang aku ingat, sebelah Tadika tu ada bangunan enjin TNB. Entah apa ada kat dalamnya aku tak tahu, yang pasti mesin janakuasa yang sentiasa berderum macam bunyi air-cond. Mungkin reaktor kot. Oh ya, lagu nasyid ni tadi aku dengar kat rumah salah seorang penghuni flat tingkat yang paling bawah blok yang aku kena selalu lalu untuk ke sekolah. Untuk ke sekolah, kena melintasi satu blok flat perumahan. Dua tiga kali dengar, lagu tu pun melekat kat kepala otak aku sampai sekarang ni setelah berbelas-belas tahun lamanya. Lagi-lagi lirik dia yang terakhir tu : "Pada esok hari Mariam terjatuh pula."
Samalah macam lekatnya memori tentang lagu 'Negaraku' yang berkumandang dari RTM1 setiap jam 7.00 pagi dari rumah seorang pemandu teksi berbangsa India di baris blok yang sama. Rumah nombor 1 dekat hujung. Rumah yang buka lagu nasyid ni rumah no 7 tak silap aku.

Haha.. kuatnya ingatan seorang budak.

O.K, itu cerita pasal setiap pagi aku ke sekolah. Tapi post ni sebenarnya aku nak cerita pasal seorang budak perempuan yang aku lupa namanya. Sepanjang-panjang aku bersekolah dekat sekolah Tadika tu; dan sepanjang-panjang aku hidup. Cuma dua kali aku jumpa dia. Tapi kewujudan dia sangat terkesan kat memori aku sehingga kini. Tapi sayangnya, aku lupa nama dia.

Budaknya kecil (of course lah kecil kan, waktu sekolah tadika, ha ha...)
Tapi maksud aku, saiz badan dia kecil kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang bersekolah tadika waktu tu.
Dia kurus dan wajahnya berbentuk tirus.
Kulit dia cerah, rambut dia coklat keperang-perangan.
Kening dia lebih hitam berbanding warna rambut dia.
Kening dia menampakkan macam wajah dia sedih, tapi sebenarnya tidak.
Mata dia kecil. Mata hitam dia lebih besar berbanding yang putih buatkan dia nampak comel.
Tapi sebenarnya dia seorang yang ceria.

Oklah, aku namakan dia sebagai Sara since aku lupa nama dia... dan Sara bukan nama dia betul tau, sebab aku betul-betul tak ingat nama dia.
Ada dua peristiwa je sepanjang aku dengan Sara ni,


Aku & Sara 1

Aku masa tu umur 6 tahun. Dah dua tahun aku kat Tadika Kemas tu sebab aku masuk sekolah dari umur 5 tahun. Sara pulak masa tu umur 5 tahun. So, kira aku senior dialah. Pertama kali aku kenal Sara adalah melalui mak aku. Cerita dia macam ni, aku selalunya pergi dan balik sekolah sendiri sebab mak aku dah ajar aku berdikari dari masa umur 5 tahun tu. Cuma kadang-kadang je mak aku hantar dan ambil balik sekolah. Aku pun rasa tak jadi masalah sebab zaman tu tak banyak kes pedophile macam zaman sekarang ni nak biarkan anak-anak sengsorang, kan? Haha...
Jadi suatu hari tu, awal tahun 1996; hanya selepas beberapa minggu daftar sekolah. Mak aku tetiba jemput aku balik sekolah hari tu setelah sekian lama. Aku ingat lagi alasan waktu tu, mak aku kata dia pergi kedai Chandra beli kelapa (santan). So, alang-alang; jemput aku balik sekolah sekali. Kedai Chandra tu dekat sebelah sekolah aku je - kena lintas longkang besar - kedai pertama tempat aku beli layang-layang plastik 50 sen gambar Ultraman.
Waktu tu jam 1.00 tengahari. Mak aku pimpin tangan aku nak balik. Kami jalan balik sama-sama dengan seorang lagi mak cik dan anak dia. Mak cik ni muda lagi, sebab dia panggil mak aku kakak. Ibu muda tak silap aku, anak baru dua. Seorang masih bayi tinggalkan dekat rumah nenek dia jaga sebab nak amik anak sulung dia umur 5 tahun kat Tadika tu. Nama anak sulung dia tu lah Sara (bukan nama sebenar).

Kat situlah aku kenal Sara. Mak aku kenal mak Sara waktu tengah tunggu aku tadi. Diorang berbual-bual dan tak sangka pula jalan nak balik rumah kami sama. Waktu mak aku pimpin aku, aku tengok Sara yang dipimpin mak dia. Aku tengok dia - dia tengok aku. Aku ingat lagi muka dia masa tu : muka curiousity seorang budak kecil sebab masing-masing baru nak kenal. Terjungkit kaki dia sebab dia pendek bila mak dia tarik tangan dia.

Terjungkit juga sebab sebenarnya mak dia sengaja angkat tangan dia tinggi-tinggi.

Sampai je dekat rumah, mak aku pesan : Abang nanti kalau balik sekolah saing dengan Sara tau. Kesian dia sorang-sorang. Mak dia susah nak ambik dia selalu sebab kena jaga baby. Adik Sara kecik lagi.

Aku angguk faham je. Aku tahu kerisauan seorang ibu. Ibu Sara.



Aku & Sara 2

Aku balik sekolah macam biasa, sorang-sorang. Biasalah budak kecil, apa fikir pasal orang lain. Kadang-kadang mak aku tanya aku juga, "Balik dengan Sara ke?"
Aku just cakap, "Entah, tak nampak dia pun... Mak dia ambik kot."
Tapi menurut mak aku, memang ya... Biasanya mak Sara ambik sebab risaukan anak dia.

Dekat sekolah aku tak pernah jumpa Sara biarpun sekolah tu tak lah besar mana. Lagipun, murid-murid umur 5 tahun dan 6 tahun dipisahkan dan diasingkan. So, tak dapatlah aku jumpa Sara. In fact, aku lebih sibuk bermain dengan rakan-rakan sebaya.

Cuma entah satu hari tu macam mana aku boleh balik saing dengan Sara. Mak dia tak ambik dia hari tu. Sibuk barangkali. So, aku pun temankan dialah tetengah panas matahari tu. Kami lalu dekat belakang flat-flat perumahan waktu tu. Belakang 4 blok flat bertemu mencipta square. Dekat tetengah square tu ada 2 court sepak takraw. Aku ngan Sara balik menyusuri lorong di antara blok flat dan court sepak takraw. Jalanrayanya bertar dengar kerikil jenis yang besar-besar tu. Sakit juga kalau tak pakai kasut, pijak.

Aku main lari-lari masa nak balik tu. Biasalah, budak kecil. Sara pun sama. Lepas tu, aku tertinggalkan Sara dalam 5 meter jauhnya. Then, Sara jerit kat aku, "Awak! Awak janganlah lari laju-laju. Awak tunggulah kita. Kita tak boleh lari laju-laju macam awak."

Then, aku pun teringat mak aku pesan supaya jangan buli atau tinggalkan Sara. Mesejnya; sebenarnya mak aku macam suruh aku protect dia. Tersedar dengan salah sendiri, aku pun mengundur ke belakang dan jalan saing dengan Sara sebelah dia dengan rasa bersalah. Sara bercerita apa entah aku tak ingat. Mungkin sengaja cerita panjang-panjang supaya aku terikat dengan dia dan tak tinggalkan dia. Aku rasa dia tahu aku bosan jalan dengan dia. Dia memang aku nampak jenis budak yang boleh baca fikiran orang lain dan tahu reaksi. Tapi aku sumpah bosan jalan dengan dia waktu tu. Ye lah, bebudak lelaki kan... semuanya nak cepat. Semuanya nak berlari. Tapi dengan Sara, aku kena lambatkan pergerakan aku 10 kali ganda lebih lambat sebab nak saing berjalan dengan dia. Dalam aku dok mengelamun tu, aku tersedar bila kami dah sampai kat flat yang Sara tinggal. 1 blok dari rumah aku. Sebelum naik tangga tu, Sara cakap kat aku macam ni; "Lain kali, kita main lumba lari lagi eh?"
Aku terdiam je masa tu. Sepanjang perjalanan aku balik pun aku diam je. Satu hari tu sampai ke petang aku diam je. Rasa bersalah. Macam nak menangis pun ada. Tapi tak tahu kenapa. Rasa sayu.

Sebab...

Sara ni budaknya tak normal. OKU lah kot kalau orang sekarang cakap. Sara tak dapat berjalan macam bebudak lain sebab kaki dia tak normal. Aku tak tahu apa nama penyakit tu, tapi rasanya korang mesti pernah jumpa orang-orang yang sakit ni. Dekat kampung aku dulu pun ada satu.
Penyakit ni, kaki pesakit tu akan jadi lembik kat ankle dia. So, kaki dia akan terlipat ke dalamlah. Untuk berjalan, diorang akan gunakan side feet sebagai tapak kaki. Tapak kaki sebenar dah membengkok ke dalam. Pergerakan akan jadi lambat. Nak berlari memang payahlah. Lagi-lagi dalam kes Sara. Budak kecik, tulang masih tak kuat. Jadi dia mengadu akan rasa sengal-sengal dekat ankle tu kalau jauh berjalan. Sara juga pakai kasut dan stokin macam budak-budak normal. Tapi at the end, stokin dia bahagian ankle tu lah yang jadi tapak kasut. Aku tengok kotor dan hampir berlubang.

Start dari situlah aku jadi empati kat Sara. Aku terfikir apa perasaan dia bila dia tengok aku berlari laju macam tu. Aku tahu dia teringin; tapi dia juga faham dia tak boleh. Sebab tu lah aku rasa bersalah.
Aku juga rasa dia tahu dan faham kekurangan dia. Dia juga fasih pada reaksi orang terhadap kekurangan dia. Budak 5 tahun masa tu yang dah kena telan hakikat pahit persepsi manusia akibat kekurangan diri dia... Apa lagi yang lebih tabah dari itu?

Lepas hari tu, aku dah tak jumpa Sara lagi.
Dengar kata pun, mak dia yang ambil dia balik sekolah hari-hari.
Dekat sekolah pun aku tak pernah cari Sara. Budak Tadika kan, otak masih on-off - buat saja apa yang dia buat hari ni.
Tapi memori antara aku dengan Sara tetap bagi aku makna sampai sekarang ni.
Aku tak tahu kenapa, tapi sangat impact sebab peristiwa tu terkesan kat hati aku sampai sekarang ni walaupun dah jadi berbelas tahun lamanya.

Somehow, aku harap Sara hidup dengan bahagia dekat satu sisi dunia yang lain.
Mungkin dia dah berkahwin dan beranak? Siapa tahu.
Semoga dia sihat dan kekal hidup dengan tabah.

Sara pun bukan nama sebenar dia... Tak kisahlah walau siapa pun dia sebenarnya, yang penting gadis kecil tu betul-betul hidup dalam lipatan memori aku.

~~~Ini cerita benar. Bukan fiksyen dari aku. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...