Soul Eater Logo

Tuesday, December 23, 2014

Istikharah

"Saya dah buat solat istikharah. Saya mimpi, memang awaklah yang muncul dalam mimpi saya tu. Saya percaya awaklah jodoh saya, Insyaallah."

Dibaca : Saya harap awak boleh jadi Imam saya.


Dapat mesej dari dia macam tu, sebenarnya aku tak tahu nak balas apa. I was just like '...'

So, aku balas; "Insyaallah... ada jodoh; adalah."



*********************************************************************************



Tak lama lepas tu, selepas beberapa bulan; hubungan kami dilanda satu kemarau komunikasi yang panjang. Akhirnya aku terima pula mesej yang ini :


"Saya ingat, elok kita jadi kawan je lah."

"Kenapa?"

"Mak saya kata tak suka awak."

"..."



*********************************************************************************



Setelah beberapa saat, aku dapat ilham bahawa rupanya

"Mak saya tak suka awak.";   tu dibaca sebagai :

 "Sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan lelaki lain."


Aku : "Babi! Istikharah kunun!"






Friday, December 5, 2014

Jelik (II)

Ketika mencuba pakaian di pusat membeli-belah.


"Sayang, how do I look?"

"Bagai bulan dipagari bintang..."

"Ohhh... That's so sweet of you."

"Awak yang bintang tu".

Jelik

'Tak nak lah aku jadi kacak!", marah Payakun Paiman kepada Shawn Ahmad Ghazali apabila diajak mencuba krim pencuci muka di kaunter promosi percuma di pasaraya tersebut.

Payakun Paiman kemudiannya berlalu pergi. Dia tahu ajakan sahabat karibnya yang berdarah kacukan itu ikhlas. Cuma dia sahaja yang tidak ikhlas menerima keadaan dirinya sendiri. Apatah lagi di hadapan gadis promoter yang hanya tersenyum simpul apabila menerima kehadiran mereka berdua di kaunter itu pada awalnya.


Friday, November 28, 2014

Catatan Rapsodi Menentang Mimpi-mimpi Dunia : Sebuah Jurnal Peribadi Rapsodi Dari Medini. (Prolog)

Masa aku baru sampai ke bandar pelabuhan ni 3 tahun lalu; aku tak pernah dapat sesuaikan diri. Tak kiralah apa waktu. Dari pagi sampai ke malam, ada saja benda yang tak kena bagi aku. Terasa asing. Semuanya asing. Budayanya lansung berbeza dari tempat di mana aku berasal. Gaya percakapan, bahasa tubuh, cara kehidupan, pemahaman terhadap sesuatu benda... semuanya! Boleh kata semuanya berbeza. Meskipun orang-orang di sini bercakap dalam bahasa yang sama seperti di tempat asal aku; tapi dialeknya sedikit berbeza. Kadang-kadang ada perkataan yang lansung aku tak faham. Tapi lama-kelamaan... setelah beradaptasi, aku dapat menyesuaikan diri dengan semua tu.

Nama aku Rapsodi. Tak kiralah walau macamana pun ejaannya; sama ada Rapsodi, ataupun Rhapsodi... bunyinya tetap sama. Cuma kalau di sini sering saja jadi pertikaian; hanya kerana sekeping huruf yang menyebabkan perbezaan ejaan. Orang-orang di bandar ini panggil aku Rhap. Jadi mulai itu aku sertakan sekali 'H' dalam ejaan nama aku.

Bandar ini namanya Karamutiara di Farapatara. 'Karamutiara' - nama bandar ini. 'Di Farapatara' lebih kepada merujuk - '...of Farapatara'. Farapatara tu gelaran lain bagi negara ni. Bahasa lama tak silap aku. Fara tu maksudnya angin. Patara tu tapak kaki / laluan. Jadi bandar ni boleh kata maksud nama dia sebagai 'Pulau Mutiara di Tapak Kaki Angin' atau 'Pulau Mutiara di Laluan Angin'. Ohh, lupa! Karamutiara tu maksudnya Pulau Mutiara. Kara tu pulau. Contohnya yang paling dekat dengan Karamutiara ni ialah Karabapa dan Karagunjon (sebutan : Karagunhon). Apa saja pulau, disebut dengan perkataan 'Kara'. Itulah serba sedikit maklumat nama geografi di negara Farapatara ni. Macam aku cakap tadi, Farapatara ni nama lain atau gelaran saja. Nama rasmi negara ni ialah Melsonik.

Melsonik sebuah negara yang tergabung dari kumpulan beberapa buah bandar. Tujuh bandar di tanah besar dan tiga bandar di atas pulau termasuklah Karamutiara. Karamutiara adalah antara bandar paling hujung dalam jajahan takhluk Melsonik; selain Karagunjon. Ia telah melepasi garisan tengah di antara peradaban Timur dan Barat. Melsonik sendiri adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada dua peradaban iaitu timur dan barat. Maison, Pubulum, Agone, Riztopozoa, Chic (sebutan : Shick), Sevura, dan Karadil por Ter berada di bahagian barat manakala Karamutiara dan Karagunjon di bahagian timur. Bandar Kaihudongdoon (orang tempatan sebut Kaido saja) pula berada di tengah-tengah garisan ini. Maknanya Kaido sebahagiannya adalah timur dan sebahagiannya adalah barat. Budaya antara timur dan barat sudah bercampur berkurun lamanya di negara ini sehingga mencipta budaya baru yang tersendiri.

Aku? Aku berasal daripada Medini. Sebuah pekan kecil di bawah Empayar Adas (bersempena nama Raja Adas) yang terletak dibahagian timur dunia. Seorang budak ladang yang kerjanya memetik epal dan buah ciku ais. Yang gemar bermain tiup-tiup (alat muzik) di malam hari sambil melihat bintang-bintang. Tiada keluarga; sebatang kara. Yang ada cuma kawan-kawan dan seorang buah hati; Melodi namanya.

Bagaimana aku boleh tercampak ke Karamutiara?
Itu... satu cerita yang lain pula.

Mungkin peta ni tak berapa tepat; tapi sekurang-kurangnya inilah serba sedikit yang aku ingat tentang kedudukan geografi antara Medini dan Karamutiara.

Saturday, November 22, 2014

Sesuatu yang entah.

Hujan... malam ni... entahlah.
Ada rindu yang terpendam
pada orang yang dah tiada.
Entahlah.

Orang yang telah pergi, meninggal.
Orang yang telah pergi - meninggal.

Satu : Pada orang yang nyawanya diambil tuhan.
Dua : Pada orang yang meninggalkan aku di saat aku kesal,susah.

Entahlah.
Aku tak sangka keduanya akan pergi meninggal (kan aku) dalam waktu yang hampir serentak - tiada jeda.

Satu : Aku sangka hayatnya panjang.
Dua : Aku tak sangka dia akan curang.

Entahlah.
Hayatnya manusia; tak panjang.
Hayatnya cinta; tak kekal.

Aku tak luah, ia hadir dalam mimpi sebagai igau.
Macamana aku nak buang igau-igau yang buruk sedangkan aku mengaku pada dunia aku tak pernah.

Entahlah.

Malu meminta pada tuhan. Supaya jauhkan igau buruk ini dari aku.
Kerana aku telah meminta terlalu banyak.
Entahlah.



Saturday, March 22, 2014

Fight yang Tak Perlu


Aku tak pernah fight untuk benda yang aku tak nak.
Sekali pun aku tak pernah.
Aku hanya fight untuk benda yang betul-betul aku nak saja.
Mati-matian.

Aku tak perlu sertai perang yang tak perlu.
Kerana aku tahu aku akan kalah.
Aku bukan Superman.
Aku rela jadi budak ladang bawa tractor seumur hidup daripada jadi superhero pujaan yang selamatkan orang.
Kalau diberi pilihan, Clark Kent pun tentu mahu jadi budak ladang yang biasa-biasa saja.

-Dilobotomi-
3 Okt. 2013, Penang

Hujan


Penang hujan sekarang.
Lewat petang. Seperti selalu lewat hari ini.
Dari tingkat 17 aku tengok langit, dan manusia-manusia di jalanan.
Kereta & motosikal meluncur laju atas jalan empat lorong. Laluan yang terpaksa aku susur ketika terik mentari.
Ketika waktu hujan, aku diamkan diri saja…
Berdiri di tepi tingkap; memerhati.
Meneliti kehidupan manusia.
Agaknya beginilah tuhan memerhati kejadian manusia di atas sana?

-Dilobotomi-
Penang, 6.40pm, 6 Okt. 2013.

MALAM INI MALAM 17


Malam ini malam 17
Malam yang biasa-biasa saja
Tanggal bulan ketiga setiap tahun
Detik 11.28 pagi kurang lebih kiranya
24 tahun sudah berlalu
Dari tanggal pertama tumpah darah di rumah ladang itu.
Tumpah darah.
Bukan jatuh dari pesawat Krypton – biarpun masih di tengah ladang.

Tanggal 17.
Berapa lama lagi aku akan hadapi tanggal 17 ini?
Saban tahun biasa-biasa saja.
Tiada yang istimewa.
Tak biasa juga andai berlaku yang luar biasa.
Bagi Jo Yang Biasa, ini sudah memadai.
Secukupnya.

Tanggal 17 paling indah?
Pada saat tanggal 17 yang ke-7.
Tiada kek cantik bunga merah pada saat itu.
Yang ada cuma pulut kuning berinti daging dibentuk mewah – macam kubah!
Air tangan ibu tercinta yang cuba cipta kelainan. Jadi ukiran indah si anak buat tanggal 17 tahun-tahun berikutnya.
Abadi.

Kasih ibu abadi.
Tanggal 17 untuk ibuku.
Ucapkanlah selamat dan panjang umur untuknya.
Andai umurnya panjang, bergandalah doa buatku.
Kerana doa dan ucap selamat panjang umur yang mujarab hanya dari dia :
Wanita mulia yang melahirkan aku pada tanggal 17.
Ibuku…


17 Mac 2014,
Penang.

Cerita Zon Seorang Kawan


Cerita Zon Seorang Kawan



Masa aku jumpa dia, aku dah terlambat. Dia dah jadi milik orang. Aku pula hanya orang biasa dalam kehidupan dia. Bukan siapa-siapa. Tak lama, kami berkawan. Aku ikhlas berkawan. Hanya kawan.
***
Bila masa dia kematian kekasihnya… dunia baginya gelap gelita. Tiada apa. Hanya aku yang ada di sisinya. Sebagai seorang kawan. Hanya kawan.
***
Kemudian saat hatinya terubat, dia luahkan cinta. Aku terima. Tak kata apa-apa. Kerana aku seorang kawan. Seorang kawan tentulah mahukan kawannya gembira lebih dari diri sendiri.
***
Sepanjang bercinta, aku berikan segalanya yang aku termampu. Langsung tak minta apa-apa. Ikhlas… sebagai seorang kawan; pencinta.
***
Semalam, saat dia putuskan cinta… aku sedar satu benda; dia juga mahu putuskan kawan. Aku tak kata apa-apa. Tapi hati tak boleh menipu. Dalam perjalanan pulang, mata aku berair. Tak tahu air mata kawan ataupun pencinta. Yang pasti, air mata seorang yang ditinggalkan.

***TAMAT***

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...