Soul Eater Logo

Saturday, March 22, 2014

Fight yang Tak Perlu


Aku tak pernah fight untuk benda yang aku tak nak.
Sekali pun aku tak pernah.
Aku hanya fight untuk benda yang betul-betul aku nak saja.
Mati-matian.

Aku tak perlu sertai perang yang tak perlu.
Kerana aku tahu aku akan kalah.
Aku bukan Superman.
Aku rela jadi budak ladang bawa tractor seumur hidup daripada jadi superhero pujaan yang selamatkan orang.
Kalau diberi pilihan, Clark Kent pun tentu mahu jadi budak ladang yang biasa-biasa saja.

-Dilobotomi-
3 Okt. 2013, Penang

Hujan


Penang hujan sekarang.
Lewat petang. Seperti selalu lewat hari ini.
Dari tingkat 17 aku tengok langit, dan manusia-manusia di jalanan.
Kereta & motosikal meluncur laju atas jalan empat lorong. Laluan yang terpaksa aku susur ketika terik mentari.
Ketika waktu hujan, aku diamkan diri saja…
Berdiri di tepi tingkap; memerhati.
Meneliti kehidupan manusia.
Agaknya beginilah tuhan memerhati kejadian manusia di atas sana?

-Dilobotomi-
Penang, 6.40pm, 6 Okt. 2013.

MALAM INI MALAM 17


Malam ini malam 17
Malam yang biasa-biasa saja
Tanggal bulan ketiga setiap tahun
Detik 11.28 pagi kurang lebih kiranya
24 tahun sudah berlalu
Dari tanggal pertama tumpah darah di rumah ladang itu.
Tumpah darah.
Bukan jatuh dari pesawat Krypton – biarpun masih di tengah ladang.

Tanggal 17.
Berapa lama lagi aku akan hadapi tanggal 17 ini?
Saban tahun biasa-biasa saja.
Tiada yang istimewa.
Tak biasa juga andai berlaku yang luar biasa.
Bagi Jo Yang Biasa, ini sudah memadai.
Secukupnya.

Tanggal 17 paling indah?
Pada saat tanggal 17 yang ke-7.
Tiada kek cantik bunga merah pada saat itu.
Yang ada cuma pulut kuning berinti daging dibentuk mewah – macam kubah!
Air tangan ibu tercinta yang cuba cipta kelainan. Jadi ukiran indah si anak buat tanggal 17 tahun-tahun berikutnya.
Abadi.

Kasih ibu abadi.
Tanggal 17 untuk ibuku.
Ucapkanlah selamat dan panjang umur untuknya.
Andai umurnya panjang, bergandalah doa buatku.
Kerana doa dan ucap selamat panjang umur yang mujarab hanya dari dia :
Wanita mulia yang melahirkan aku pada tanggal 17.
Ibuku…


17 Mac 2014,
Penang.

Cerita Zon Seorang Kawan


Cerita Zon Seorang Kawan



Masa aku jumpa dia, aku dah terlambat. Dia dah jadi milik orang. Aku pula hanya orang biasa dalam kehidupan dia. Bukan siapa-siapa. Tak lama, kami berkawan. Aku ikhlas berkawan. Hanya kawan.
***
Bila masa dia kematian kekasihnya… dunia baginya gelap gelita. Tiada apa. Hanya aku yang ada di sisinya. Sebagai seorang kawan. Hanya kawan.
***
Kemudian saat hatinya terubat, dia luahkan cinta. Aku terima. Tak kata apa-apa. Kerana aku seorang kawan. Seorang kawan tentulah mahukan kawannya gembira lebih dari diri sendiri.
***
Sepanjang bercinta, aku berikan segalanya yang aku termampu. Langsung tak minta apa-apa. Ikhlas… sebagai seorang kawan; pencinta.
***
Semalam, saat dia putuskan cinta… aku sedar satu benda; dia juga mahu putuskan kawan. Aku tak kata apa-apa. Tapi hati tak boleh menipu. Dalam perjalanan pulang, mata aku berair. Tak tahu air mata kawan ataupun pencinta. Yang pasti, air mata seorang yang ditinggalkan.

***TAMAT***

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...