Soul Eater Logo

Monday, March 14, 2011

Melody Cinta Rhapsody (episod 1)


WOSSHHH~~~  WOOOSSSHHH~~~
Deruan  ombak  menghempas  pantai...berkali-kali,  berterusan...berulang.  Nada  kecamuk  yang  tidak  teratur  membentuk  satu  nada  pagi  yang  mengasyikkan.  Lagu  semulajadi  ciptaan  alam  yang  dinamakan - ombak.  Tatkala  ombak  menghampiri  batuan  besar  di  pantai  itu,  tiba-tiba  hayunan  arusnya  terganggu,  berpecah  menjadi  dua  aliran.  Disekat  oleh  juntaian  kaki  seorang  pemuda  yang  duduk  di  atas  batuan  itu.  Berpakaian  serba  putih.  Seluar  panjang  dan  baju  berlengan  panjang  yang  longgar...mungkin  sepasang  pijama,  tetapi  kelihatan  santai - sama  seperti  pakaian  tipikal  yang  mudah  dilihat  dipakai  di  pantai  oleh  kaum  Adam.
         Alunan  melodi  merdu  mendayu  keluar  daripada  muncung  serunai  buluh  yang  ditiupnya.  Not-not  halus  menari-nari  sebelum  lenyap  diterbang  angin...larut  ditelan  deruan  ombak.  Dari  jauh  kelihatan  not-not  itu  menju  matahari  yang  baru  tiba  memula  pagi  di  hujung  laut  yang  satu  lagi.  Mengecil  dan  larut  sebelum  ditelan  ombak...yang  terselamat,  terus  menuju  matahari,  dan  tak  siapa  tahu  apa  yang  terjadi  kepada  mereka.  Mungkin  kembali  ke  tempat  asalnya  dan  menjadi  lagu-lagu  di  dalam  syurga?
         Pagi  masih  hening.  Sunyi  daripada  bunyian  manusiawi.Yang  ada  cumalah  melodi  dari  seruling  pemuda  itu.  Dia  terus  memainkan  lagunya  dengan  khusyuk,  senada  deruan  ombak.  Lagu  Alam - katanya....  Tiba-tiba,  melodinya  terhenti,  mati.  Akan  tetapi,  deru  ombak  terus  memecah  pagi.  Ada  seseorang  di  belakangnya.  Memerhati.  Pemuda  itu  tidak  menoleh,  atau  bergerak  sedikit  pun  dari  posisinya.  Statik.  Akan  tetapi  intuisinya  kuat  mengatakan  bahawa  orang  yang  berdiri  memerhatikannya  meniup  seruling  sedari  tadi  adalah  seorang  wanita.  Bukanlah  telahannya  tepat  semata  kerana  dia  seorang  nujum  atau  ahli  silap  mata;  akan  tetapi,  bauan  wangi  wanita  menusuk  hidungnya - wangian  ros.  Tambahan  pula,  angin  memang  bertiup  dari  belakangnya  dan  bertiup  menuju  ke  pantai  di  hadapannya.  Lagilah  mudah  dan  kuat  bau  itu  melekat  di  hidungnya.
           "Siapa  awak?",  sapanya  mudah.  Ingin  tahu.
           "Awak  pula  siapa?",  suara  itu  membalas  dengan  soalan.
           "...(???)  what  the  hell...?,  aku  pulak  yang  kena  jawab.",  rungutnya  dalam  hati.  Protes  atas  jawapan  kurang  memberansangkan  yang  diterimanya.
            Akibat  tidak  puas  hati  dengan  jawapan  balas  yang  diterimanya,  pemuda  itu  menoleh  pantas.
ZASSS!!!
...  (suasana  sunyi  seketika)
Rambutnya  panjang  mengurai,  lembut  ditiup  angin...
Sepersalinannya  hitam  menawan,  juga  dipuput  bayu...
Baju  kurung  Teluk  Belanga  bersama  kain  yang  diangkat  separas  buku  lali  mengelak  pukulan  ombak  kecil  membasahi...di  tangan  kiri  yang  mengangkat  kain  itu,  sepasang  sandal  mencuri  ruang  tangan  untuk  bergantungan.  Tangan  kanannya  yang  putih  mulus  menyelak  rambut  yang  meliar  ditiup  angin.  Hampir  saja  menutup  mukanya.  Matanya  bewarna  hazel,  tepat  memandang.  Wajahnya  polos  tanpa  reaksi.  Kosong.  Suci.  Wanginya  pula  seperti  haruman  Malaikat  Subuh.
            Leher  sang  pemuda  pula  terkunci  kaku.  Matanya  terpukau  pada  apa  yang  dipandangnya.  Mulutnya  separa  terbuka,  terkejut.  Bukanlah  apa  yang  dilihat  pemuda  itu  sesuatu  yang  mengejutkan,  miracle,  ataupun  sesuatu  yang  menyeramkan  yang  bisa  menggugat  sukma  seorang  pemuda  di  pagi  hari.  Bukanlah  jua  yang  dilihatnya  itu  adalah  bidadari...atau  malaikat  subuh  (Ya!  Waktu  itu  memang  boleh  dikatakan  masih  subuh  akan  tetapi  gadis  di  depan  pemuda  itu  bukanlah  malaikat  subuh.  Mungkin  jawapannya  tepat  jika  ditanya  mengenai  wangian  yang  dipakainya - Malaikat  Subuh).

Monday, March 7, 2011

riwayat hidup lelaki tiada bergambar

haha...cukup-cukuplah untuk isu kebodohan berteknologi aku. aku dah berjaya pun buat blog lagi satu...dengan keupayaan sendiri! ni link dia :  rizpfc.blogspot.com   ,,, Taman Tema Riz : ~Performance for Children / Teater untuk Kanak-Kanak. Blog ni adalah blog khas untuk subjek Teater Kanak-kanak under Dr. Aris bin Ahmad. Segala assingment,research,pandangan,kajian mengenai dunia kanak-kanak akan dipaparkan di sinilah. Aku juga akan selit-selitkan kisah hidup + pengalaman masa aku kanak-kanak kat blog tu. Mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku memang satu benda yang perlu walaupun zaman kanak-kanak aku tak lah seindah mana! Tapi...penting untuk aku mengenali diri aku yang sebenar, 80% personaliti orang dewasa dibenttuk pada zaman kanak-kanaknya...Oleh itu,siapa aku sekarang...dibentuk oleh apa yang aku lalui sepanjang hidup bergelar kanak-kanak. Kita dah lihat hasilnya...so, nak tau juga macamana proses yang berlaku sehingga membentuk AKU pada hari ini. Hmmm...tambahan pula,aku memang tiada simpan gmbar2 zaman aku kecik2 dulu.Ada la kot satu-dua...tapi boleh kata semuanya tiada lagi dlm simpanan aku. Aku mmg tak suka bergambar dari kecil (sebab aku tak kacak dan photogedik..haha) dan kurang berkemampuan untuk memiliki alatan yang dinamakan kamera (sebenarnya mampu, tapi oleh kerana kamera itu cuma kehendak dan bukan keperluan, jadi...tidak dibeli).
Cakap pasal gambar, baru aku perasan...blog ni tidak bergambar-stail buku teks sejarah STPM.So....adalah sikit ni gambar2 aku masa proses tumbesaran dan semenjak wujudnya HP berkamera.(tapi bukan gambar zaman kanak2)....haha,,,ok2.
Ni gambar masa Form 6 rendah tak silap aku. Bergambar dengan kerusi mangsa vandalisme..hahaha
Gambar kat BP Mall lepas ujian Munsyi masa mula2 nak masuk USM dulu.
Lepak tengah hujan ngan dak2 LPAC...tahun 2009 kot, petang tu hujan lebat...kitorang lepak kat Dataran YP, bawah pentas sambil makan London ChocoRoll...huhu....
Overnite kat Dataran YP...New Year 2009 tak silap aku.
Time ni lepak main video game kat rumah Gojen pas main futsal + aku ada skor...huhu
Pic dalam kereta Gen-2 uncle aku-masa ni...baru balik dari UiTM, Larkin...temuduga nak masuk UiTM course penulisan skrip.
Pic masa kerja kat Deli`france, Jusco, Wangsa Maju lepas habis SPM dulu.
Ni...gambar 1st show teater aku kat DTSP,USM tahun lepas.Pertandingan Ceritera Lestari,kitorang bawa teater bertajuk Mr. M...menang tempat pertama.

Saturday, March 5, 2011

THE TRUTH

KINI telah 5 Mac...Mac yang aku tunggu-tunggu,terutama sekali pada angka ke 17 nya dalam kalender.Kerana?...kerana hari itu aku dilahirkan ke dunia.Diberi peluang untuk keluar dari syurga,diberi form (jasad),dan kemudian balik semula ke syurga kalau aku tak jadi kacang lupakan kulit.Kalau jadi kacang lupakan kulit...ke nerakalah aku jawabnya....!Minta dijauhkan.
Ni post yang kedua dalam blog ni,setelah hampir 6 bulan.haha!apalah aku ni...
Tergerak untuk taip ni coz:
aku kena buat 1 blog baru khas untuk subjek Teater Kanak-Kanak.Blog tu nanti akan membincangkan hal-hal berkenaan teater kanak-kanak (psikologi,sosiologi,kajian...sbg).Jadi,aku pun nak buatlah...the problem is...bila aku nak buat blog baru guna e-mel lama,tak boleh.Sentiasa akan keluar blog yang ini.Dah tu...aku pun agak frust la coz tak tau nak wat macamana.Then, aku baca post lama aku kat blog ni-kebodohan aku dalam berteknologi.Menyetujuinya lantas mengakuinya melalui taipan ini: "Ya,saya memang bodoh teknologi!"....terpaksalah mintak tolong kat kawan-kawan pada akhirnya.
haha..hidup di dalam dunia di mana sesuatu itu menjadi penting...amat menyukarkan,lagi-lagi,kalau kita bukan semulajadi 'orang bidang itu'.Berkurun lepas,kesusasteraan pernah menjadi keutamaan seluruh dunia.Pernah dengar nama-nama seperti Socrates dan Plato?Zaman itu...memang merekalah juaranya.Bagaimana pula dengan orang yang tak semulajadinya 'orang sastera'?Memang ketinggalanlah mereka dalam dunia pada waktu itu kerana tak pandai bersastera...Kemudian,pada zaman falsafah,peperangan,seni....bertukar-tukar tokohnya mengikut kepentingan zaman.Maka muncullah nama-nama sepanjang zaman seperti Sun Tze,Leonardo Da Vinci,Herodotus,Julius Caesar,Umar Al-Khattab...dan sebagainya mengikut kepakaran mereka....dan pada abad baru ini,teknologi & sains memainkan peranannya dan menjadi 'bos' atau acuan kepada semua bidang-bidang lain di dunia.Maka,siapa yang tak pandai teknologi...akan ketinggalan berbanding orang-orang lain.Itulah nilai manusia mengikut zaman dan keperluan.
Jadi...apakah nilai diri anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...