Soul Eater Logo

Monday, August 6, 2012

kembali tidak rasional

hari ni aku gundah... mimpi ngeri yang datang beberapa tahun dulu kini menghantui kembali. mimpi hitam yang hampir meranapkan seluruh zaman kanak2 ku. kembali menuntut perhatian setelah lama dilupakan. wataknya tetap sama, cuma keadaannya sudah berbeza. kalau dulu aku berada di kedudukan yang paling bawah, kini aku berada di kedudukan yang teratas. namun situasinya tetap sama biar aku di bawah atau di atas; aku tetap mangsa. realitinya, bila berada di atas tuntutannya lebih besar. kau harus menyelesaikan segalanya. diharapkan. mujur ada kata penyedap dari bonda yang kata itu tidak apa... kita selesaikannya bersama. dia juga rasa keperitan yang sama. awan hitam yang sama. semua kami merasa... sekeluarga. hingga satu saat kami terpaksa pasrah dan redha. menelan detik2 hidup yang tinggal bersisa. aku juga begitu... lebih perit mungkin. tidak! adik lah yang terperit. dia tak mengerti apa. tiada kasih. tiada cinta.

sukar difahami. mungkin dimengerti. penulisan ini hanya tempat aku meluahkan rasa yang terbuku di hati. tak perlu simpati. aku benci simpati. kalau ada di antara kalian yang terbaca... ini dongeng semata. kerna yang betul hanya aku yang rasa. luahan ini juga hanya untuk aku. dari aku untuk aku. biar setelah bertahun... aku masih mengerti apa yang aku simpulkan.

kata belit bermadah tak ikut nada. bukan nak bagi faham biar tak faham. bukan nukilan cuma luahan tak perlu difaham. kadang2 bahasa id tak siapa mengerti. biarpun pakar psikologi sendiri. mungkin simptom dapat mereka baca.mungkin...

tiga rangkap dapat ditangkap gundah di hati susut akhirnya. kembalilah aku ke alam realiti cuba mendefinisi kembali apa yang ku tulis. kadang2 bahasa logik mentertawakan bahasa id yang terbuku. memang... logik takkan pernah terima. mereka cuma pandai tertawa. begitulah lumrahnya. wujud mereka hanya untuk rasional. hanya untuk survival... mandiri. kerana kita tahu... yang gila itu minoriti. kalau ia menjadi majoriti, ia dianggap realiti. hiduplah kita dalam gila yang dirasionalkan, dan rasional yang digilakan. ironi bukan? manusia memang begitu... sebenarnya tiada yang rasional. semuanya emosional. hanya takdir menunggu masa...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...