Setiap
orang mesti pernah
lalui peristiwa-peristiwa seram, aneh,
atau mistik sepanjang
hidup mereka. Tak
kisah lah apa
jenis pun peristiwa
itu, selagi ia
sukar dicerna oleh
akal rasional pastinya
akan menyimpan kenangan
untuk diingati. Tak pun
buat modal bahan
bercerita apabila berkumpul
dengan kawan-kawan. Begitu juga
dengan aku. Sepanjang hidup
aku, adalah beberapa
peristiwa aneh &
menyeramkan yang pernah
aku lalui sehingga
terpahat dalam ingatan
aku ke hari ini.
Maknanya, peristiwa tu
benar-benar terjadilah sehingga
aku benar-benar ingat
sampai ke hari
ini walaupun dah
lama berlaku. Kalau
orang bercakap pasal
cerita-cerita seram, mesti
terlintas di fikiran
: HANTU. Walhal,
kalau nampak accident
ngeri live depan
mata pun bagi
aku dikira seram
juga. Tapi setakat
ni, peristiwa seram
yang pernah jadi
kat aku mungkin
masih berkisar dengan
makhluk halus lah
kot yang juga
orang Melayu sering
sebut sebagai hantu.
Dalam penulisan aku
di bawah ni
aku tak menambah
unsur-unsur suspen sepertimana
perasaan-perasaan aku sewaktu
kejadian tu berlaku.
Aku cuba rasionalkan
cerita ni dan
hanya menyampaikan cerita – tak nak
transferkan rasa seram
tu kat orang
yang membaca. Sebab
sampai sekarang aku
masih lagi mencari
logik peristiwa-peristiwa yang
berlaku ke atas
aku itu.
1.
LINTASAN POCONG
Peristiwa ni
dah sangat lama
berlaku sampai aku
dah tak boleh
ingat lagi secara
detail tentang peristiwa
ni. Tapi yang
aku pasti, ia
berlaku pada bulan
Syawal. Ya… hari
raya pada waktu
malam. Waktu tu
aku masih kecil
lagi, mungkin sekitar
usia 6, 7, atau
8 tahun. Peristiwa
ni terjadi sewaktu
aku beraya di
rumah atok aku
di Batu Pahat,
Johor. Nak dijadikan
cerita, hari raya
ketiga atau keempat
kot... Suasana malamnya
dah tak berapa
meriah pada waktu
tu untuk bermain
bunga api atau
mercun sebab stok
bunga api &
mercun yang dibeli
oleh pakcik-pakcik aku
dah habis seawal
malam raya dan
raya pertama lagi.
Tambahan, waktu tu
jam dah agak
lewat juga sekitar
pukul 11 – 12 malam.
Sekitar peristiwa ini
berlaku, kampong atok
aku masa tu
takdelah semaju sekarang,
lampu jalan belum
ada; jalan depan
rumah pun masih
belum bertar dan
laman rumah masih
belum direnovate dan
dipenuhi dengan pokok
bunga kertas. Berbalik
kepada cerita tadi,
aku dan beberapa
orang sepupu aku
masih ada stok
bunga api yang
kami baru dapat
dari salah seorang
makcik kami, so
dengan kemaruknya sebab
tak puas main
bunga api lagi;
kami keluar juga
curi-curi ke laman rumah
malam-malam tu untuk
main bunga api
cucuh kat pelita
walaupun orang-orang dewasa
semua dah masuk
dalam tengok t.v
dan tidur ramai-ramai – pintu tingkap
semua dah ditutup.
Bila dah habis
main, mulalah sesi
mengarut bakar plastic
sampah, lidi bunga
api, dan kerengga
kat luar rumah.
Biasalah budak-budak. Sampailah
seorang sepupu aku
yang berpangkat kakak
suruh kami masuk
dan menakut-nakutkan kami
dengan mengunci pintu
rumah dari dalam.
Apalagi, sepupu aku
semua kelam kabutlah
takut punya pasal
dan ada seorang
sepupu aku ni
menangis sebab kena
kunci dekat luar.
Kami pun beramai-ramailah tolak
pintu ke dalam
agar terbuka dan
aku masa tu
ikut tolak juga.
Semua sepupu aku
masa tu tolak
pintu bersungguh-sungguh dari
luar dengan muka
mengadap ke pintu.
Cuma aku sorang
je yang menolak
dengan membelakangkan pintu.
So, badan aku
menghadap ke depan,
ke jalanraya. Jalanraya
waktu tu gelap
sebab takde lampu
jalan. Cuma bahagian
yang betul-betul bertentangan
dengan pintu rumah
atok aku saja
ada cahaya dari
lampu kalimantang di
atas pintu bahagian
luar – betul-betul atas kepala
kami yang sedang
gigih menolak pintu
sebab nak masuk.
Dan… peristiwa seramnya
berlaku di sini:
Sewaktu sedang menolak
tu, betul-betul aku
nampak ada satu kelibat,
sebenarnya bukan kelibat
lagi; tapi betul-betul
nampak sekujur tubuh
berbalut putih yang
orang sebut-sebut sebagai
pocong melintas. Dia
muncul dari dalam
gelap, melompat selangkah
lebih kurang 2-3
kaki jarak lompatannya;
melalui kawasan jalan
raya yang terkena
curahan cahaya lampu
depan pintu, dan
kemudian hilang dalam gelap
semula. Aku apa
lagi, terus menjerit
lah time tu;
“Pocong! Pocong!” Tak
lama baru sepupu
aku yang mengunci
kami dari dalam
buka pintu. Lepas
masuk, aku terkedu
teruslah cuba ingat-ingat
balik apa benda
yang aku nampak
tadi tu kan…
Seumur hidup aku
masa tu, aku
memang tak pernah
nampak orang dikafankan
ataupun pocong. Aku
tahu tu pocong
pun pasal dengar
orang-orang tua berceita
pasal fizikal hantu
pocong sebelum peristiwa
tu. Yang lagi
angkernya, aku sorang
je nampak pasal
semua sepupu aku
sibuk menolak pintu.
Nak tahu macam
mana rupa pocong?
Well… mungkin korang
pernah dengar orang
bercerita, tapi ni aku bagitau
macam mana rupa
fizikalnya hantu pocong
yang aku nampak
tu : Dikapan macam
orang Islam yang
telah meninggal dunia.
Diikat kat kaki,
pinggang dan atas
kepala. Mukanya tak
nampak dan turut
ditutup dengan kain
kapan. Kainnya putih
bersih dan fizikalnya
tak lah sebesar
mana seperti kebanyakan
lelaki terutama pada
bahagian bahu – bahunya tak
lebar. Namun apa
yang aku deskripsikan
ini adalah berdasarkan
pengalaman lampau dan
mungkin telah dibayangi
imaginasi. Siapalah yang
akan percaya dengan
cakap budak 7 – 8 tahun
kan?
Mungkin beginilah rupa pocong itu (paling kiri).
2.
MISTERI
TONG GAS DISERET
Selalu kita
dengar cerita-cerita orang
diganggu oleh bunyi-bunyian
aneh yang dilakukan
oleh makluk-makhluk ghaib.
Cerita rumah lama
bunyi macam ada
orang tapi sebenarnya
takdelah… cerita dengar
bunyi tapak kaki
tapi takde oranglah…
bunyi orang ghaib
nyanyi karaokelah… macam-macam!
Dari aku kecik
aku pun selalu
dimomokkan dengan cerita-cerita
macam ni especially
dari majalah misteri
(dan kini jadi
majalah sembang gebang) – Mastika. Tapi,
aku tak pernah
pula sangka aku
berpeluang melalui pengalaman
yang sama. Peristiwa
ni takdelah seram
mana pasal ia
berlaku pada waktu
siang tapi kalau
difikir-fikirkan balik, meremang
juga bulu roma.
Cerita berlaku pada
tahun 2001 kalau
tak silap aku.
Masa tu aku
sekolah rendah lagi
darjah 5 Harapan
di sebuah sekolah
kampung di Johor.
Hari tu hari
Sabtu, ada kokurikulum.
Selepas ko-k tamat,
aku kena stay
kat kantin pasal
ada tusyen B.M
dengan seorang cikgu.
Memandangkan murid yang
datang tusyen tu
pun tak ramai
(dalam lebih kurang
6 orang), makanya
pembelajaran hari tu pun dibuat
di kantin sekolah. Turut
serta 2 orang
member aku yang
menyebok stay kat
kantin lepas ko-k
tu pasal tak
nak balik rumah
lagi. Jam masa
tu dah lebih
kurang 1p.m. Cikgu
pun bagilah kitorang
satu latihan objektif
dan tinggalkan kitorang
sekejap untuk ke
bilik guru. Masing-masing
pun tekunlah buat
dan kawan aku
2 orang yang
tak terlibat dengan
tusyen ni tadi
sibuk menimbang bola
takraw kat kantin
tu juga. So,
lepas habis je
latihan tu aku
buat; aku pun joinlah diorang
sekali sementara menunggu
cikgu datang. Kitorang
rentangkan bangku kantin
sebagai net konon-kononnya. Budak
perempuan yang lain
pun dah siap
kerja agaknya dan
berborak sesama sendiri.
Sedang asyik masing-masing
dengan hal masing-masing, tiba-tiba
kami semua terhenti
dan terdiam disebabkan
kedengaran satu bunyi
yang sangat kuat.
SREEETTT~~~ bunyi seperti
sesuatu benda besi yang amat
berat diseret. Pada
mulanya kami buat
tak endah lah.
Kemudian berbunyi lagi,
kali ni lebih
panjang dari tadi
macam semakin jauh
jaraknya. Masing-masing terdiam
dan berpandangan sesama
sendiri. Kami mula
bertanya sesama sendiri
tentang bunyi tersebut
dan dari arah
mana dia datang.
Kemudian, bunyi tu
datang lagi. Panjang
dan merenggiut. Bunyi
besi berlaga lantai.
Kami simpulkan yang
itu bunyi tong
gas diseret. Kami
tambah hairan. Setahu
kami, kami sahaja
yang ada disitu
dan kami pasti
bunyi tu datang
dari kantin juga
kerana sebelah kantin
itu adalah padang
dan kedudukan kantin
tu tidak terlindung
apa-apa bangunan yang
boleh diandaikan bunyi
tu datang dari
tempat lain. Tambahan,
bunyi tong gas
ditarik tu betul-betul
dekat! Macam jaraknya
tak sampai 5
meter dari kami.
Beberapa detik kemudian,
bunyi tu berhenti.
Aku dan kawan-kawan
aku tadi cubalah
menyiasat dari mana
arah bunyi tu
datang. Tak lama
bunyi tu kembali
dan apabila kami
amati, ia datang
dari dalam kawasan
tempat memasak kantin
yang dikunci. Kami
pun chek lah
pintu belakang kot-kot
ada orang masuk.
Negatif. Dimangga dari
luar. Tengok bayang-bayang
ikut celah bawah
pintu pun macam
takde apa yang
bergerak. Last sekali,
kami mengintai ikut
lubang kunci. Kami
nampak hanya ada
2 biji tong
gas. Tapi tong
gas tu langsung
tak bergerak sedangkan
bunyi tu masih
kedengaran. Jelas dan nyata
dari balik pintu.
Kawan aku ada
juga memanggil-manggil kot-kot
ada orang dekat
dalam bilik tu,
langsung tiada jawapan.
Kami semua mulai
seriau. Tak lama
bunyi tu berhenti
sendiri sebelum cikgu
kami datang dan
terkejut dengan cerita
kami. Apalagi, dia
pun suruh kami
berkemas dan pulang
sambil berkata; “Patutlah
jaga cakap kadang-kadang
malam-malam dengar macam
ada orang makan-makan
kat kantin ni.”
Kalau beginilah rupa hantu yang tarik
tong gas tu, aku pun nak...
tong gas tu, aku pun nak...
No comments:
Post a Comment