Setiap
orang mesti pernah
lalui peristiwa-peristiwa seram, aneh,
atau mistik sepanjang
hidup mereka. Tak
kisah lah apa
jenis pun peristiwa
itu, selagi ia
sukar dicerna oleh
akal rasional pastinya
akan menyimpan kenangan
untuk diingati. Tak pun
buat modal bahan
bercerita apabila berkumpul
dengan kawan-kawan. Begitu juga
dengan aku. Sepanjang hidup
aku, adalah beberapa
peristiwa aneh &
menyeramkan yang pernah
aku lalui sehingga
terpahat dalam ingatan
aku ke hari ini.
Maknanya, peristiwa tu
benar-benar terjadilah sehingga
aku benar-benar ingat
sampai ke hari
ini walaupun dah
lama berlaku. Kalau
orang bercakap pasal
cerita-cerita seram, mesti
terlintas di fikiran
: HANTU. Walhal,
kalau nampak accident
ngeri live depan
mata pun bagi
aku dikira seram
juga. Tapi setakat
ni, peristiwa seram
yang pernah jadi
kat aku mungkin
masih berkisar dengan
makhluk halus lah
kot yang juga
orang Melayu sering
sebut sebagai hantu.
Dalam penulisan aku
di bawah ni
aku tak menambah
unsur-unsur suspen sepertimana
perasaan-perasaan aku sewaktu
kejadian tu berlaku.
Aku cuba rasionalkan
cerita ni dan
hanya menyampaikan cerita – tak nak
transferkan rasa seram
tu kat orang
yang membaca. Sebab
sampai sekarang aku
masih lagi mencari
logik peristiwa-peristiwa yang
berlaku ke atas
aku itu.
1.
HILAIAN
MALAM
Malam tu,
aku sedang mengulangkaji
pelajaran di ruang
tamu. Jam sudah menunjukkan pukul
2 pagi. Aku
masih gigih cuba menyelesaikan
soalan Matematik Tambahan
yang tinggal lagi
2 page. Tapi,
macam yang korang
semua tahu… Satu
soalan add math
je biasanya ambil
masa yang lama
untuk diselesaikan. Tambahan
untuk aku yang
lembab matematik, aku
dengan mudah tertewas
menghadapi soalan tahap
form 4 ni.
Mata aku semakin
mengantuk dan fikiran
aku dah mula
melayang jauh menghadap
soalan di atas
meja. Namun, tiba-tiba
aku terasa seperti
namaku dipanggil. Aku
ada menoleh tetapi
aku buat tak
layan sebab aku
rasa aku mamai.
“Ahhh… sikit je
lagi ni, pukul
3 aku tidurlah;”
fikirku. Tak semena-mena,
aku terdengar satu
hilaian tawa yang
panjang. Panjang dan
mendayu-dayu macam dalam
satu nafas sahaja.
Tak putus-putus. Aku
yakin suara itu
datang dari luar
rumah. Dari atas
pokok rambutan yang
betul-betul ada depan
rumah. Aku tak
rasa itu suara manusia.
Perempuan gila mana
yang nak ketawa
mendayu-dayu macam tu
malam-malam. Tambahan pula
rumah kampung, pukul
12malam saja dah
habis semua gelap
orang masuk tidur.
Mulalah aku fikir
yang bukan-bukan dan
tahyul. Pengutusnya, aku
angkut semua kotak
pensel dan buku
masuk tidur – tak sempat
kemas. Terpaksalah aku
meniru jawapan member
lain esoknya. Lagipun,
takkan aku nak
bagi alasan tak
siap kerja sekolah
pasal kena ganggu
Pontianak kalau cikgu
tanya kan… Esoknya,
aku ceritakan apa
yang jadi malam
tu kat atuk
aku. Pak cik
aku yang terdengar
cerita aku menyampuk;
“Kalau aku, buka
tingkap… jengah. Pastu
sergah : Woi
kau nak apa
malam-malam ni ha!?”
Aku pun rasa
ada betulnya juga
cakap dia tu. Orang dok struggle nak SPM, Pontianak tu
dok baik punya kacau kita buat add math malam-malam. Dasar nak kena pukui.
2.
KAWAD GHAIB
Lagi beberapa
minggu aku nak
hadapi SPM masa
tu. Waktu tu
tahun 2007. Aku
dan 3 orang
rakan yang lain
diminta untuk menyertai
satu kem motivasi
antara pelajar-pelajar dari
Johor dan Melaka.
Kami mewakili daerah
Batu Pahat masa
tu; 2 lelaki
dan 2 perempuan.
Perkhemahan selama 3
hari 4 malam
ni diadakan di
Hutan Lipur Sungai
Bantang atau nama
popularnya sering disebut
sebagai Bekok di
daerah Segamat Johor.
Hutan ni merupakan
antara pintu masuk
ke Taman Negara
Endau-Rompin. Lokasi ni
juga agak popular
lah tahap keangkerannya
berdasarkan cerita-cerita pelajar-pelajar yang
pernah berkhemah di
sini lagi-lagi beberapa
bulan sebelum tu
kecoh pasukan KRS
sekolah aku terkena
histeria selepas pulang
dari sini. Biasalah,
tempat bila dah
angker… macam-macam boleh
jadi. Adalah beberapa
cerita seram yang
aku dengar dari
kawan aku dan
beberapa peserta perkhemahan
sepanjang berkemah di
sini. Aku juga
ada mengalami beberapa
peristiwa aneh yang
kecil-kecil tapi aku
anggap biasa dan
tak berapa heran
sangat seperti terdengar
bisikan orang berbual
di dalam hutan,
kelibat jelmaan kawan
yang sebenarnya tiada
di situ, kelibat
lintasan terbang dan
sebagainya. Aku malas
nak bercerita hal yang
kelibat-kelibat ni pasal
ia mungkin boleh
jadi disebabkan imaginasi
aku sendiri dan
khayalan atau sebagainya.
So, aku lebih
suka bercerita tentang
sesuatu peristiwa aneh
yang betul-betul aneh
dan tiada keraguan
dari kewujudannya serta
diakui oleh satu
atau lebih pihak
akan keanehannya. Paling-paling
pun, kalau akal
logik aku tak
dapat mencerna dengan
minda waras dan
rasional akan sesuatu
peristiwa itu; maka
aku anggapnya aneh
dan paranormal. Ada
satu peristiwa ni…
jadi betul-betul masa
hari first kami
kat Bekok tu.
Malam first. Selepas
sesi ice breaking
apa semua dan
dibahagi-bahagikan kumpulan, kami
semua pun duduklah
dalam kumpulan masing-masing
dan dikehendaki buat
cheers kumpulan (LOL,
kalau camping je
mesti kena ada
cheers... sampai sekarang
aku tak tahu
apa fungsi terjerit-jerit tengah-tengah
hutan). Nak dijadikan
cerita, aku dan
member aku Amir,
diletakkan dalam kumpulan
yang berlainan. Waktu
tu aktiviti ni
berlaku sekitar jam
9 setengah malam
macam tu lah
lebih kurang. Tengah
masing-masing menunggu giliran
untuk buat cheers;
tiba-tiba Amir datang
kat aku dengan
seorang ahli kumpulannya yang
baru dia kenal.
Dia ajak aku
temankan dia ngan
member dia gi
toilet sebab dah
nak terkencing sangat.
Dengan terkepit-kepit dia
datang kat aku.
Aku pun sempatlah
sound dia, “Yang
ko tahan-tahan tu
kenapa? Dah lah tandasnya jauh.”
Ya, tandasnya memang
jauh dari tempat
perkhemahan kitorang dan
jalan menuju ke
tandas tu tiada
satu pun lampu
jalan. Gelap meredah
hutan. Tandasnya pula
korang bayangkan je
lah public toilet
yang dekat kawasan
reakreasi air terjun
punya macam mana.
Untuk ke tandas
tu, adalah juga
dalam 50 – 60 langkah
atau lebih. Lalu
denai-denai bertemankan satu
lampu picit, naik
turun jambatan pendek,
lalu akar pokok
kayu berselirat... akhirnya
sampai juga. Adalah
juga seorang dua
fasilitator yang jaga
sempadan antara kawasan
tapak perkhemahan dengan
kawasan hutan tu
tanya kami nak
ke mana... Tapi
kami main redah
je dengan laju
sambil cakap, “Tandas!”
dengan Amir dah
terbongkok-bongkok menahan kencing.
Dah hujung-hujung kata
dia. Sampai je
kat toilet, budak
dua orang tu
pun melepaskan hajat
dengan aku cuma
berdiri di luar
pintu toilet. Aku
tak ikut serta
sebab aku dah
kencing awal-awal lepas
solat Isya’ tu.
Aku dok perhatikanlah
keadaan hutan waktu
tu. Gelap. Legam.
Tak nampak apa-apa.
Bayang pokok dengan
hitam tanah pun
macam dah bersatu.
Memang ada cahaya
bulan sikit tapi
tak mampu terangi
lantai hutan. Tambahan
petang sebelumnya hujan
lebat sewaktu kami
sampai. Aku dok
lah main suluh-suluh
guna torchlight henpon
kakak aku yang
aku tukar pakai
(henpon ada torchlight).
Aku dok suluh
satu dataran berdekatan
toilet ni. Dataran
bertar sebesar 3
court badminton ni
sebenarnya adalah pintu
masuk ke kawasan
air terjun tu.
Kalau waktu siang,
jadi tempat parking
kenderaan polis hutan.
Tak lama lepas
aku main suluh-suluh
tu, Amir dengan
member baru dia
ni tadi pun
keluar dari tandas.
Kitorang pun sambil
jalan slow-slow, sambil
borak-boraklah ambil masa
sikit sebelum ke
tapak aktiviti. Maklumlah,
orang baru kosongkan
tangki kencing... mesti
nak bagi selesa
sikit. Dari dataran
yang kami lalui
tu, betul-betul sebelum
kami nak masuk
ke kawasan hutan
balik (kawasan yang
tak bertar), tiba-tiba
kami dengar ada
orang bagi command
kawad. Commandnya tak
jelas dan bunyi
seperti bergema-gema. Kami
berpandangan sesama sendiri.
Tapi aku takde
rasa apa-apa yang
pelik di situ.
Selepas tu, terdengar
pulak tapak kaki
sekumpulan orang berderap.
Macam hentak kaki
sewaktu berkawad. Kemudian
berjalan pulak. Bunyinya
seragam dan bergema.
Kitorang cuba juga
tengok-tengok dekat dataran
tu kot-kot ada
polis hutan ataupun
fasilitator yang buat
latihan malam-malam ni.
Ditenung-tenung jauh dalam
gelap dataran tu,
takde satu orang
pun kat situ.
Lagipun, apa kejadah
berkawad dalam gelap
tengah-tengah malam? Namun
begitu, suara command
kawad tu tetap
didengari serentak hentakan
kaki yang bergema.
Kitorang masing-masing cuma
terdiam je berpandangan
sesama sendiri. Hairan.
Kemudian aku bersuara,
“Agaknya fasilitator lah
tu kawad sedia
untuk aktiviti hari
esok.” Aku cuba
menyedapkan hati dan
berandaian memang ada
orang berkawad dalam
gelap tu cuma
jauh sikit dan
kami tak nampak.
Kemudian Amir balas,
“Bukan semua fasi
tadi memang kena
kumpul sekali ke
dekat tapak atas?”
Tanpa ada jawapan
balas, kami cepat-cepat
balik ke tapak
aktiviti. Sampai je
dekat tapak aktiviti,
kami ditegur oleh
2 orang fasilitator
yang mula-mula tadi
tegur kami sewaktu
nak ke tandas.
Salah seorangnya pakai
songkok haji dan
dipanggil ustaz oleh
kawan baru Amir
tu. Ustaz tu
tanya, “Ada dengar
apa-apa tak tadi?”
Aku jadi hairan.
Amir pula menjawab
pertanyaan tu dengan
soalan, “Ada fasi
berkawad ke tadi?”
“Kitorang dengar bunyi
orang berkawad tadi
dekat sana.” Aku
mencelah. Ustaz tu
hanya tersenyum sambil
buat muka macam
baru troll orang...
tak menjawab soalan.
Kami pun blah
lah dari situ
dan join aktiviti.
Esoknya, aku dengar
daripada Amir; kawan
baru dia yang
bersama-sama kitorang malam
tadi tu kata bahawa menurut
ustaz dia; bunyi
yang kami dengar
malam tu bukanlah
bunyi manusia sebab
memang tiada siapa
pun yang berkawad
sewaktu kejadian itu
terjadi. So, persoalannya... siapa
yang tengah berkawad
tu sebenarnya? *Teori konspirasi
kata tenuk yang berkawad.
3.
KAWAN TERAPUNG
Cerita ni berlaku masa aku
baru 1st year masuk university. Peristiwa berlaku masa cuti semester
antara semester 1 nak masuk semester 2. Pada waktu tu, satu show teater
berlangsung waktu cuti. Aku terlibat sebagai pelakon dalam show itu. Semua
pelakon diberikan tempat tinggal di hostel yang telah kosong kerana
student-student lain balik bercuti. Pelakon-pelakon lelaki satu blok, perempuan
satu blok. Keadaan university waktu tu sangatlah lengang kerana hampir 80%
student balik cuti. Begitulah juga dengan hostel tempat kami ditempatkan.
Tambah mengganggu masa minggu orientasi aku dimomokkan dengan pelbagai cerita
hantu di blok ini. Ada 5 student masa tu. 1 bilik 2 orang, so... ada seorang
pelakon ni duduk bilik sengsorang. Dia senior aku, pelajar tahun akhir. Tak
silap aku, kami berkampung untuk pementasan tu lebih 2 minggu. Mula-mula, aku
duduk 1 bilik ngan member aku. Tapi lepas tu berlaku sedikit konflik, aku
pindah pergi bilik senior aku ni. Memandangkan dia duduk sorang dan baik dengan
aku; aku pindah gi bilik dia. Lagipun aku lebih selesa dengan dia walaupun
bilik dia kecil sikit kerana berada betul-betul di penjuru tingkat 3. Setiap
hari kami berlatih untuk pementasan tu lebih kurang 12 jam. Dari sebelas pagi
hingga sebelas malam. Pada hari-hari terakhir tinggal di hostel tu, aku dan
senior aku ni tidur lewat. Kadang-kadang subuh lepas solat baru kami tidur.
Menurut dia, dia dah biasa macam tu semenjak dia alami gangguan makhluk halus
setahun yang lepas. Aku pun takde masalah memandangkan aku sendiri dah tahu hal
kesihatannya sebelum ni yang merosot teruk akibat diuji dengan gangguan makhluk
halus. Bagi aku, dia orangnya alim... maka ujian yang datang tu tentulah
banyak. Nak dijadikan cerita, waktu tu dalam pukul 3 pagi. Aku dan dia masih
berborak-borak topik yang sama – keadaannya yang masih diganggu makhluk halus.
Waktu tu, dia duduk bersila atas katil. Aku pula duduk menghadap laptop atas
meja belajar sebelah tingkap. Selama kami tinggal bersama, dia tak pernah buka
tingkap pada waktu malam – bertutup langsir. Katanya, dia tak suka angin malam
dan gangguan mungkin boleh datang dari luar ikut tingkap pada waktu malam. Aku
hormati keputusan dia tanpa rasa seram atau sejuk. Sambil berbual-bual tu,
makin lama aku rasa keadaan makin lain macam. Panas ada, sejuk pun ada. Jam
menunjukkan pukul tiga. Secara tak sengaja aku buka lah langsir dan tingkap;
sebab panas! Bila dah buka tingkap tu, aku menolehlah kembali pada senior aku
ni yang masih bersila di atas katil untuk meneruskan perbualan. Sebaik aku
toleh, jantung aku macam nak gugur jadinya. Dalam beberapa saat sewaktu aku
menoleh kearah dia tu, senior aku ni umpama terapung di udara. Kedudukannya
masih sama – bersila. Namun, keadaan di sekeliling dia 360˚ tu gelap habis. Legam. Takde satu cahaya pun menembusi walaupun
waktu tu sepatutnya kami diterangi dengan 2 lampu meja. Itu yang membuatkan dia
seolah-olah terapung. Mata aku macam tertutup. Legap. Hanya Nampak dia saja.
Aku pun terkejut lantas cepat-cepat menoleh ke depan dan beristighfar sambil
mengurut-ngurut dada. Senior aku tu pun bertanyalah’ “Kenapa?” Tapi aku tak
terus jawab, tenangkan hati aku dulu dalam lebih kurang seminit dua. Kemudian,
aku terus nak tutup tingkap kat sebelah aku. Sewaktu menarik langsir tulah...
aku terasa seperti diperhatikan dari luar. Senior aku kata, mungkin aku kena
kacau dengan makhluk halus yang cuba menggugat dia tu. Sebab tu lah dia suruh
tutup tingkap. Keadaan menjadi sunyi beberapa minit sebelum aku berani bersuara
semula. Kami tidur lepas solat subuh pagi tu. Senior aku tu dengarnya masih
lagi berubat dan semakin beransur pulih. Aku doakan yang terbaik untuk dia...
Insyaallah.
Bukan... bukan begini gayanya kawan aku yang terapung tu.
No comments:
Post a Comment