Soul Eater Logo

Wednesday, December 21, 2011

♥~~~CINTA~~~♥ *post tentang cinta yang takkan terpadam lagi

 ada seseorang bertanya...apa itu cinta? 




sebenarnya aku dah malas nak jawab soalan ni, tapi oleh kerana aku telah terdiskusi soal ini... maka aku harus menjawab jua. (dulu aku pernah tulis entry bertajuk ~CINTA~ kat blog ni tapi telah dikecam hebat oleh beberapa pihak dengan sindiran dan kiasan. pihak2 itu xbersetuju langsung dengan pendapat aku tentang cinta LANTAKLAH! YANG PENTING AKU PUNYA POINT PASAL CINTA IS MORE TO ISLAMIC THEORY WALAUPUN AKU TULIS DENGAN CARA PALING SANTAI BESERTA RIAK!  
dan...entry itu telah aku padam untuk x menimbulkan sengketa)

pengertian cinta itu pelbagai dan subjektif. lain orang, lain pengertiannya, lain sudut pandangnya.
kalau ditanya pada tuan guru atau ustaz... maka ke arah keagamaan dan kerohanianlah jawabnya.
kalau ditanya pada anak kecil... maka, ringkaslah jawapannya.
ditanya pada anak muda yang baru puberti-masih bergejolak hormon mudanya....maka akan keluarlah ayat novelnya.. (haha!)

aku pernah sebutkan benda ni dalam entry yang aku delete dulu tu... daripada pelacur yang dipandang 'hina', sampailah pak ustaz yang dipandang 'mulia'... semuanya ada pandangan dan erti masing2.

secara peribadinya... aku juga masih mencari erti cinta. CINTA yang pelbagai... tapi manusia, bila disebut pada CINTA... fokusnya akan terjurus kepada apa yang paling dekat dengan mereka dan mereka sayangi - kerana cinta & sayang tak lari jauh antara kedua makhluk itu. (ya...cinta itu adalah makhluk Allah, aku pernah terbaca tentangnya...samalah macam NAFSU, pun makhluk Allah.)

dalam entry ~CINTA~ yang dulu, aku menolak kerelevenan cinta orang muda yang berlandaskan nafsu. (manalah aku tahu blog ni ada org baca dan terasa pedas cili itu... aku menulis kat sini hanya untuk ingatan dan catatan memori pada diri aku-nak follow, nak baca...hak masing2...aku pun xprivate blog ni).
*o.k! lupakan catatan dulu tu...aku dah delete dah pun.

berbalik pada cinta~~~ (aku cuba jawab... tapi ini bukanlah jawapan muktamad)
cinta bagi aku adalah sejenis perasaan yang lahir dalam hati manusia (bukan jantung ok! orang secara generalnya simbolikkan cinta ngan bentuk organ jantung kerana dipandang secara literal-semua orang tahu perasaan lahir dari hati-bukan jantung!) yang wujud sebagai tindakbalas (kimia!) apabila  seseorang individu itu tertarik dengan sesuatu bentuk (bentuk ni boleh jadi macam2-manusia,benda,haiwan,sukan...etc.) perkara yang dirasainya (guna keenam2 deria)  dan mengalami perasaan itu dalam satu tempoh masa dan perasaan kesukaan itu disertai dengan unsur-unsur kekaguman yang membuatkan individu itu rasa ingin tahu lagi (want to know more...) dan berada akrab (rasa ingin menjadi rapat dengan perkara tersebut) dengan sesuatu yang dicintainya itu.

mungkin definisi di atas berbunyi agak realis sikit kerna aku cuba mengungkapkan cinta serealiti yang mungkin tanpa apa2 perasaan dalam hati yang berjiwang-jiwang kerana jika bercakap guna hati-kadang2 bias dengan perasaan2 yang xperlu. so...inilah cinta bagi aku. (setakat ni...)

dan definisi cinta aku sebagai seorang realis... amat kena dengan real life aku yang juga selalu memandang perkara dalam sudut yang real walaupun aku sering saja berimaginasi tentang kehidupan sewaktu melukis komik dan menulis skrip atau berkarya. (bercinta dengan seorang realis, mereka jarang bercakap yang indah2 selain apabila diperlukan sahaja-satu bentuk kata cinta yang diucap adalah yang paling jujur dan xhipokrit walaupun amat rare didengar oleh pasangannya.)

ok...kalau aku jawab guna hati jiwang yang paling dalam pula, ia akan berbunyi begini :
cinta itu umpama pepasir putih bebutir di lautan sepi seindah malam bulan syahdu diemani mahligai kasih bla... bla... bla... kita berdua...
*annoyed tak!? haha

hmmm...psikoanalitik theory kalau xsilap aku meletakkan perasaan cinta ni dalam ruangan Id. jadi ya(!),,, cinta terletak di sudut hati paling dalam manusia.




♥RIZ


Monday, December 19, 2011

HUBUNGAN SERIGALA



WATAK – WATAK  :

Romulus – Seorang  demi-god  yang  dibuang  ke  dalam  sungai  semasa  kecil.  Dibesarkan   
                   oleh  Ibu  Serigala  bersama  pasangan  kembarnya,  Remus.  Merupakan  seorang   
                    yang  licik  dan  pandai  berkata-kata.  Berusia  sekitar  17  tahun.

Remus – Adik  kembar  Romulus.  Dibesarkan  bersama  abang  kembarnya  dalam  kawanan 
               serigala.  Juga  merupakan  seorang  demi-god.  Perwatakannya  agak  kasar  dan 
               bengis  seperti  seekor  serigala.

Ibu  Serigala – Seorang  wanita  yang  disumpah  oleh  dewa  perang  Roman,  Mars  menjadi 
                        seekor  serigala  jadian.  Merupakan  ibu  susuan  yang  membesarkan  Romulus 
                         &  Remus.  Seorang  yang  tegas  dan  tetap  pendirian.





Setting  pentas  :  Di  dalam  sebuah  hutan  pada  waktu  tengah  malam.  Bulan  mengambang    
                             terang.  Ada  latar  sekawan  serigala  sedang  berehat  pada  backdrop.



(Romulus  sedang  bersandar  di  atas  seketul  batu  besar  sambil  merenung  bulan.  Tiba-tiba,  Remus  datang  menyapanya  tanpa  disedari.)



Remus  :  Saudaraku!  Ada  suatu  perkara  yang  mahu  aku  bicarakan  dengan  kau!
Romulus  :  (Terkejut.)  Apakah  halnya  saudara  kembarku  Remus,  Panglima  Serigala 
                    Hitam?  Begitu  pentingkah  sehingga  kamu  tidak  boleh  menunggu  hari  esok? 
                    Mengganggu  rehatku  di  malam  hari  begini?
Remus  :  Sejak  bila  pula  kaum  serigala  macam  kita  berehat  di  malam  hari?
Romulus  :  Aku  penat  Remus.  Kita  baru  sahaja  berperang  dengan  tentera  Raja  Amulius 
                    lewat  petang  tadi.  Sekurang-kurangnya,  benarkanlah  aku  berehat  sebentar  di 
                    bawah  bulan  terang  ini.  Biarlah  aku  melayan  pukauan  kilauan  kecantikan  Si 
                    Dewi  Bulan,  Luna.  Izinkan  aku  memuja  dan  memanggil  namanya.  (Romulus 
                    kemudiannya  melolong  ke  arah  bulan  seperti  seekor  serigala.)
Remus  :  Sudahlah  Romulus…  Luna  takkan  turun  jawab  panggilan  kau!  Hentilah   
                 bermimpi!  Lolongan  aku  yang  lebih  nyaring  pun  gagal  bawa  dia  turun.
Romulus  :  Jangan  cuba  pandang  rendah  kemampuan  aku  saudaraku!  Luna  lebih    
                    sukakan  suara  lunakku  berbanding  suara  garaumu  yang  seakan-akan  suara   
                    anjing  kurap  itu!
Remus  :  Aku  bukan  anjing  sial!  Aku  serigala!!!


(Remus  menampar  Romulus  dan  mereka  berdua  kemudiannya  saling  kejar-mengejar  dan  bergasak  seperti  dua  ekor  serigala  yang  sedang  bergurau  sambil  acah-mengacah  antara  satu  sama  lain.  Selepas  itu,  mereka  berdua  melolong  serentak  dengan  lolongan  yang  amat  panjang  sambil  mendongak  ke  arah  bulan.)


Romulus  :  Lihat  saudaraku!  Suara  aku  lebih  nyaring  daripada  suaramu!
Remus  :  Diam  Romulus!  (Meradang.)  Sudahlah…  aku  ada  benda  yang  nak  bincang 
                 dengan  kau.
Romulus  :  Mengenai  apa  saudaraku?  Mengenai  cintamu  terhadap  Luna  ke?  (Menyindir.)
Remus  :  Peperangan  kita  dengan  Amulius!
Romulus  :  (Terdiam.)  Kenapa?
Remus  :  Aku  sudah  mula  ragu  dengan  kemampuan  askar-askar  kita.
Romulus  :  Apa?  Masakan  begitu  Remus?  Aku  tak  pernah  mendengar  kata-kata  selemah   
                    ini  keluar  daripada  mulutmu  saudaraku.  Ke  mana  hilangnya  semangatmu? 
                    Bukankah  kau  yang  selalunya  paling  mabuk  darah  dalam  kawanan  kita? 
Remus  :  Aku  belum  hilang  semangat  Romulus!  Mabuk  darah  aku  juga  masih  ada!  Aku 
                 cuma  bimbang  kedudukan  askar-askar  kita.  Setiap  hari  bilangan  kita  semakin 
                  sedikit.  Walaupun  askar-askar  kita  ada  kuku  dan  taring  yang  tajam,  tapi  itu 
                  belum  mampu  untuk  melawan  tentera  Amulius.  Mereka  ada  busur,  perisai,  dan 
                   pedang.  Badan  mereka  dibaluti  besi  yang  melindungi  kulit.  Tentera  serigala 
                  aku  dah  tak  mampu  bertahan!  Terpaksa  saja  aku  arahkan  mereka  berundur 
                  seperti  peperangan  lewat  petang  tadi.  Kau  sendiri  tahu  kan? 
Romulus  :  Aku  faham  keadaan  ini  saudaraku.  Tapi  apa  yang  bisa  kita  buat  selain  terus 
                    menentang?  Sudah  beribu  utusan  dan  surat  rundingan  aku  hantar  kepada 
                    kerajaan  Alba  Longa  supaya  berhenti  memburu  kita.  Raja  Amulius  yang   
                    kejam  itu  masih  lagi  terus-terusan  memburu  kita.
Remus  :  Jahanam  si  tua  kutuk  Amulius!  Tak  henti-henti  susahkan  hidup  kita!  Takut  betul 
                 kita  akan  rampas  takhta  dia  macam  ramalan  pendeta.  Aku  dah  mati  kutu  untuk 
                 melawan.  Aku  tak  takut  mati  sebab  melawan,  aku  cuma  tak  nak  kalah!  Kalau 
                 kita  menentang  dengan  berperang,  kita  tak  mungkin  akan  menang.  Seluruh 
                 tentera  empayar  Alba  Longa  akan  menentang  kita
Romulus  :  Habis  tu,  apa  yang  kau  mahu  aku  lakukan  saudaraku?
Remus  :  Rundingan  terakhir…
Romulus  :  Rundingan  terakhir?
Remus  :  Kita  buat  rundingan  terakhir  dengan  Amulius.  Aku  jumpa  dia  depan-depan  dan   
                 bincang  dengan  dia  buat  kali  terakhir.  Walaupun  kita  tahu  yang  rundingan  ni   
                 akan  gagal,  tapi  ini  hanya  helah  kita  untuk  bertemu  dia  secara  depan-depan. 
                 Dan  jika  benar  rundingan  ni  gagal,  aku  sendiri  yang  akan  penggal  kepala  dia 
                 depan  askar-askar  dia  sendiri!
Romulus  :  Dan  kemudian…  kepala  kau  pula  yang  akan  dipenggal  askar-askarnya?!   
                    Tidak…  aku  tak  akan  benarkan  kau  pergi.  Aku  belum  bersedia  menerima   
                    kehilanganmu  saudaraku.  Kalau  macam  itu,  biarlah  aku  ikut  serta!
Remus  :  Bodoh!  Habis  tu,  siapa  pula  yang  nak  mengetuai  kawanan  tentera  serigala  dan   
                 puak  serigala  kita  kalau  betul-betul  aku  dibunuh?!  Macam  mana  pula  kalau  kita 
                 kena  perangkap  jika  pergi  berdua?  Sebab  tu,  salah  seorang  daripada  kita  saja 
                 yang  pergi.  Biarlah  aku  pergi!
Ibu  Serigala  :  Biar  aku  yang  pergi!  (Masuk  secara  tiba-tiba  daripada  belakang  dan   
                         memotong  perbualan  Romulus  dan  Remus.)
Romulus  &  Remus  :  Ibu!
Romulus  :  Apa  yang  ibu  perkatakan  ini?  Apakah  ibu  hilang  akal  atau…
Ibu  Serigala  :  Rom!  Biar  ibu  sahaja  yang  pergi.  Kalian  tak  perlu  risau 
                         atau  bertelagah.  Anakku  Rem,  tak  perlulah  kamu  cuba  menjadi  wira. 
                         Tenaga  dan  hayatmu  masih  penting  dan  diperlukan  dalam  puak  kita.  Biar  Ibu   
                         sahaja  yang  pergi  bertemu  dengan  Raja   Amulius.  Jika  gagal  berunding,  akan  ibu                            
                         laksanakan  apa  yang  dirancang  kamu  itu  wahai  anakku.      
 Romulus  :  Apa  yang  menyebabkan  ibu  berfikir  yang  saya  akan  benarkan  ibu  pergi   
                    sedangkan  Remus  pun  tidak  saya  izinkan?
Ibu  serigala  :  Aku  tak  perlukan  keizinan  dari  siapa-siapa,  anakku  Romulus!  Aku  tak 
                         perlukan  keizinan  daripada  kamu  ataupun  Remus  walaupun  kamu  berdua 
                         anak  susuanku  yang  aku  lindungi  daripada  kecil.  Aku  juga  tak  perlukan 
                         keizinan  siapa-siapa  sepertimana  ketika  aku  berkeras  membawa  kamu 
                         berdua  masuk  dalam  kawanan  puak  serigala  sewaktu  kamu  masih  bayi. 
                         Aku  juga  tak  perlukan  keizinan  siapa-siapa  untuk  bersuara  lantang 
                         menentang  keganasan  dan  penindasan  yang  dilakukan  dewa  perang  Mars  ke 
                         atas  orang-orang  kampung  kami  suatu  ketika  dahulu.  Dan  aku  juga  tak 
                         perlukan  keizinan  siapa-siapa  untuk  membuat  pilihan – sama  ada  meminta 
                         maaf  dan  menjadi  gundik  Mars  sebagai  hukuman  atas  kelantanganku;  atau 
                         disumpah  menjadi  serigala  jadian  seumur  hidup.
Romulus  :  Kami  faham  benar  dengan  sifat  tegas  ibu  itu…  Tapi  kami  tak  sampai  hati 
                    membiarkan  ibu  pergi.  Itu  umpama  membunuh  ibu  dengan  cakar  kami 
                    sendiri, ibu!  Kami  tak  mungkin  biarkan!
Remus  :  Betul  tu  ibu!  Biar  saya  saja  yang  pergi!  Saya  ada  cakar  dan  gigi  yang  kuat   
                 macam  serigala  jantan  yang  lain.  Malah  lebih  kuat!  Saya  juga  pandai  bermain 
                 belantan  dan  pedang;  sama  hebat  macam  manusia  lain.  Biar  saya  saja  yang 
                 pergi  ibu!
Ibu  Serigala  :  (Pause.)  Apakah  sebenarnya  kamu  berdua  memandang  rendah  kemampuan   
                           ibu?  Aku  belum  cukup  tua  dan  uzur,  kamu  tahu?  Aku  boleh  saja  masuk   
                           ke  kawasan  musuh  atau  istana  Raja  Amulius  dengan  tenang.  Menggoda   
                           seluruh  isi  pengawal  istana  agar  terpikat  dengan  kecantikanku  di  siang   
                           hari,  kemudian  menerkam  dan  membaham  tengkuk  Raja  Amulius  yang 
                           kejam  itu  dengan  gigi  dan  rahangku  yang  kuat  lagi  tajam  ini  pada  malam 
                           hari…  apabila  aku  telah  bertukar  menjadi  serigala.  Biar  tersembur  seluruh 
                           singgahsana  dengan  darah  hanyir  dan  gema  pekikan  si  Amulius  durjana 
                           tu!
Remus  :  Ibu…
Romulus  :  (Memotong  percakapan  Remus.)  Membujur  lalu,  melintang  patah.  Saya  tidak 
                     boleh  menghalang,  namun  saya  juga  tidak  boleh  membenarkan  ibu  pergi…  
                     Saya  faham  benar  dengan  sifat  ibu.  Apa  yang  ibu  cakap,  ibu  akan  buat. 
                     (Memujuk.)  Namun  ibu,  izinkanlah  saya  menghantar  beberapa  ekor  panglima   
                      turut  ikut  serta  bersama  ibu…  Biarlah  Tok  Kelabu  Liberius,  Lycanus,  dan 
                      Lupercus  Si  Perang  ikut  sama  sebagai  pengawal  dan  pendamping  ibu.
Ibu  Serigala  :  Tak  perlu  anakku  Romulus.  Mereka  hanya  akan  menyulitkan 
                          rundingan.  Aku  lebih  suka  perkara  ini  dilakukan  dengan  tenang  dan 
                          lembut;  dengan  penuh  godaan.  Hanya  wanita  sahaja  yang  dapat  melakukan   
                          perkara  seperti  ini.  Kami  faham  benar  dengan  cara  yang  sebegini. 
                          Kecantikan  yang  membunuh!


(Ibu  Serigala  terus  berlari  keluar  daripada  pentas.  Remus  kemudiannya  berdiri  di  sebelah  Romulus  sambil  memerhati  ke  arah  Ibu  Serigala  yang  berlari  keluar.)


Remus  :  Sekarang  macam  mana  ni  Romulus?  Ibu  dah  pergi.
Romulus  :  Kau  pergi  panggil  Tok  Kelabu  Liberius,  Lycanus,  dan  Lupercus  Si  Perang. 
                    Arahkan  mereka  ikuti  jejak  ibu  daripada  jauh!
Remus  :  Kalau  setakat  mengekor  saja,  lebih  baik  aku  sahaja  yang  buat!


(Remus  berlari  keluar  daripada  pentas  ke  arah  yang  sama  semasa  Ibu  Serigala  keluar  daripada  pentas.)


Romulus  :  Remus!  Saudaraku  Remus!  Nanti  dulu!


(Romulus  mundar-mandir  kerisauan  mengenai  keselamatan  Ibu  Serigala  &  Remus.  Kemudian,  Romulus  juga  keluar  pentas  ke  arah  yang  sama  seperti  Ibu  Serigala  &  Remus.  Cahaya  fade-out  dan  kemudian  black-out.)






KARYA  :  RIZ (HAKCIPTA TERPELIHARA) 5.30A.M 19 DEC 2011
*Alba Longa

Sunday, December 18, 2011

Dia ♥ 'DIA' komplot (!)

hari-hari menghadap imejan si kecil yang pernah aku 'suka-dalam-diam' dulu pada ruang legar muka buku membuatkan aku lesu terasa bodoh. tambahan pula senyuman hangat yang ada dulu dah tiada makna kini. setiap sapaan hai (!) dan kata2 comel juga sudah tak jalan lagi... huh!
mungkin fokus katanya pada apa yang dikejar kini - umpama ucaptama dusta aku lemparkan ketika dia lemparkan kata 'suka-dalam-diam' pada aku dulu. satu hipokrasi yang aku kesalkan kini kerana cuba menidakkan perasaan sendiri atas nama ego kerana tak mahu kalah pada egonya wanita. memandang kecil atas ketertinggian ego si kecil itu. kononnya dia fokus pada apa yang dikejar kini, mungkin betul... atau kata-kata itu cuma satu jalan keluar untuk melarikan diri daripada aku dan satu alasan untuk berhenti berfikir pasal aku kerana masing-masing sudah mula menuju ke satu dunia baru pada ketika itu (?). manusia memang suka menjadi escapist dan malasnya sehingga selalu meletakkan soal jodoh itu jua pada tangan orang lain-dalam konteks ini, kami lebih suka merujuk kepada tuhan yang Esa.
tambah jahanam bila ada jarum2 cinta (!) daripada seorang lalang. yang kadangkala menjadi teman peneman bicara, kadangkala jarum halus berdusta. tak serap apa-tak beri apa. dunia dalam dunianya sahaja. cuba jadi cermin tapi kaca. sama putih tapi tajam sifatnya. alhamdulillah lebih dia dari aku. itu anugerah tuhan kepadanya. aku tumpang gembira. tapi adakalanya melihat dunia di bawah telapak kakinya dan aku di celah jari kakinya-tak dihirau aku atau yang lain. kita sama2 manusia sama punya kelebihan dan mata sendiri. bukan mahu menerima atau hormati aku, tapi sekurang-kurangnya cernalah aku sebagaimana aku mencerna kamu. bukankah itu fungsinya talian ini (?) namun, apa yang paling aku kesalkan adalah...

Tuesday, December 13, 2011

dari RIZ untuk RIZ

RIZ 1 : HAi RIz!
RIZ 2 : HaI RiZ balik!
RIZ 1 : Kau tengah buat apa?
RIZ 2 : update blog. Kau pula tengah buat apa?
RIZ 1 : Baca post blog yang RIZ update semalam.
RIZ 2 : RIZ??? aku lah tu!
RIZ 1 : eh! jangan lupa...aku juga.
RIZ 2 : anyway... Blog RIZ tulis tu untuk sapa?
RIZ 1 : untuk RIZ.
RIZ 2 : dari RIZ... untuk RIZ?
RIZ 1 : yalah! untuk kita!
RIZ 2 : eh kejap,, tadi kau cakap untuk RIZ?
RIZ 1 : yalah! untuk RIZ..kita kan RIZ!
RIZ : oh ye.. aku dah lupa.

Ooo~~~ ayah dia dah meninggal lama, lepas tu... GF dia pula tinggalkan dia.

Pernah dengar lagu Adrenalin by indie band Melastik Bintang??? 
(aku rasa pernah kot...coz pernah hit dulu kat radio)
sebenarnya aku xde nak cerita apa kat kau RIZ, aku cuma nak kongsi `bout 1 song ni kat kau.
lagu ni aku selalu dok main kat handphone 2-3 minggu ni... (dan aku rasa kau pun perasan sebab kau adalah aku, takkanlah aku dengar...kau tak dengar pula! lupa ke? ... yang kita ni doopleganger!)
ok,,, tapi lagu tu bukan lagu Adrenalin yang kau dok selalu jammed ngan gitar angin dulu tu, tapi lagu raya yang bertajuk Aidilfitri Tanpamu... pernah dengar kan?   (RIZ 2 : pernah!) :p


kekasih tinggalkan diriku... 
ayahku sudah pergi lama
yang ada hanya ibunda, pelita, dan malam yang gelap...
pelita, dan malam yang gelap gelita 


tapi tak mengapa, kerna ku percaya tuhan itu ada
selalu temaniku dan percaya cinta sempurna pada hamba-Nya yang miskin hina

*bait2 lagu ni amat bermakna bagi aku (entah mengapa),, selalu aku putarkan walau bukan musimnya...
  oleh band : Melastik Bintang - Aidilfitri Tanpamu mp.3
  secara peribadinya, lirik dia sangat menyentuh jiwa. tambah pula dengan melodi lagu ni yang slow gila...
  ok,, kat bawah ni lah melastik bintang! saja tak nak letak pic diorang tengah berposing coz cool gila(!) naik jeles aku coz impian sendiri untuk          buat band tergendala.
Nah! video lirik lagu ni : Aidilfitri Tanpamu by Melastik Bintang


DEWI... aku berdiri di sini. (!)

dewi... ku berdiri di sini
menanti, sedia kau hulurkan tangan mu
ku hulur bahu buat tidurmu
buat lena hilang kusut mu

dewi... ku berdiri disini
termenung menantikan mu
tak pasti apa fikir mu
aku tetap berdiri

tak berganjak, tak bergerak
terus kusut dalam hati yang layu...

hari ku... tanpa diri mu
bagaikan mendung berarak seribu
dibiar kelam tak terusik
hanya sesekali dia terdetik

hati ku... tanpa hadir mu
bagaikan taufan diam tersendu
berombak dalam tak terpancar
hanya sepatah tak terluah

tak terkata, tak terucap
terus bisu dalam nada yang sayu...


*entah apa yang aku merepek... lahir dari id yang paling dalam

Monday, October 10, 2011

DOPPELGANGER - sebuah naskhah pentas


DOPPELGANGER
KARYA  :  NOOR  RIZUWAN  BIN  ZOLKEPLI


Qorin  2  :  Selamat  tengahari  Qorin.
Qorin  1  :  Selamat…  Eh?  Macamana  kau  tahu  sekarang  ni  sudah  waktu  tengahari?
Qorin  2  :  Tengoklah  matahari  tu!  Tegak  meninggi  di  atas  kepala;  dan  rasai  kepanasan  di 
                  bawah  telapak  kaki.  Memang  sudah  waktu  tengahari!
Qorin  1  :  Betul  juga.  Aku  tak  perasan.  Sudah  lima  hari  aku  berjalan  di  padang 
                  pasir  ini.  Aku  terlalu  letih  dan  dahaga  sampai  sudah  tak  dapat  membezakan 
                  antara  siang  dan  malam,  pagi  dan  petang.  Yang  ada  dalam  fikiran  aku 
                  hanyalah  tanah  lapang  yang  kosong  dan  cuaca  panas.
Qorin  2  :  Aku  faham.  Aku  pun  sudah  lima  hari  berjalan  di  padang  pasir  ini.  Bezanya, 
                 aku  lebih  lasak  daripada  kau.  Jadi,  aku  masih  sedar  akan  setiap  perubahan 
                 yang  berlaku.
Qorin  1  :  Begitu…  Tapi,  apa  yang  menghairankan  aku;  macam  mana  kau  tahu  nama 
                 aku?  Lagi  satu,  ke  mana  sebenarnya  arah  tujuan  kau  merentasi  padang  pasir 
                 ini?
Qorin  2  :  Aku?  Aku  sedang  menuju  ke  arah  Barat.  Kau  pula?
Qorin  1  :  Aku  menuju  arah  yang  bertentangan.  Timur.  Apa  yang  kau  cari  di  Barat?
Qorin  2  :  Berhijrah.  Aku  mengharapkan  kehidupan  yang  lebih  baik  di  Barat  dan 
                  meninggalkan  segala  keburukan  dan  masalah  yang  telah  aku  cetuskan  di  Timur.
Qorin  1  :  Pelik?  Tujuan  kita  sama.  Tapi  aku  ingin  nasihatkan  kau  sedikit  perkara.
Qorin  2  :  Apa  dia?
Qorin  1  :  Kehidupan  di  Barat  bukanlah  bagus  sangat.  Mungkin  kau  akan  sengsara  di 
                  sana.
Qorin  2  :  Kenapa  pula  kau  berkata  begitu?
Qorin  1  :  Barat  adalah  sebuah  tempat  yang  membangun.  Kota-kotanya  dibina  oleh 
                  gugusan  bangunan  pencakar  langit.  Kehidupan  di  sana  berjalan  dengan  pantas 
                  sehingga  kau  tidak  mampu  menikmati  hidup.  Tambahan  pula,  manusia  di  sana 
                  bukanlah  jenis  yang  bermanis  muka  dan  murah  senyuman.
Qorin  2  :  Tapi  aku  dengar  Barat  adalah  tempat  untuk  mengejar  impian.  Segala  cita-cita 
                  akan  tercapai  di  sana.
Qorin  1  :  Cita-cita  kau  akan  tercapai  sehinggalah  kau  sendiri  yang  memusnahkannya. 
                  Permulaan  yang  baik  di  Barat  tak  semestinya  menjanjikan  pengakhiran  yang 
                  sempurna.  Setelah  kau  berjaya  di  sana,  kau  akan  mula  lupa  diri  dengan 
                  menindas  orang  lain  dan  melakukan  pelbagai  kerosakan  yang  akhirnya  akan 
                  menjerat  engkau.
Qorin  2  :  Itu  ke  yang  berlaku  pada  kau  dan  menyebabkan  kau  ingin  berhijrah  ke  Timur?
Qorin  1  :  Ya.
Qorin  2  :  Kalau  begitu,  pilihan  yang  kau  buat  ini  pun  bukannya  pilihan  yang  tepat.
Qorin  1  :  Maksud  kau?
Qorin  2  :  Timur  pun  bukannya  satu  tempat  yang  baik  untuk  dituju  untuk  membina  hidup 
                  baru.  Hidup  di  Timur  banyak  cabarannya  dan  kau  akan  mudah  tewas  di  sana. 
                  Timur  adalah  sebuah  tempat  yang  aman  damai  dan  penduduknya  saling  tolong-
                  menolong  antara  satu  sama  lain  dalam  masyarakat  desa.
Qorin  1  :  Baguslah  kalau  macam  tu!
Qorin  2  :  Tapi  Timur  adalah  satu  tempat  yang  amat  daif.  Kau  tidak  akan  dapat  hidup 
                  mewah  di  sana.  Mereka  tidak  kenal  apa  itu  intan  dan  permata.  Kadangkala, 
                  pada  musim-musim  tertentu;  keperluan  untuk  hidup  begitu  menekan  dan 
                  senyuman  manis  yang  kau  terima  tadi  akan  bertukar  menjadi  salam  berdarah 
                  demi  kelangsungan  hidup.
Qorin  1  :  Kenapa  sampai  begitu  teruk  ia  bertukar?  Dari  senyuman  yang  manis  kepada 
                  salam  berdarah?
Qorin  2  :  Manusia  tak  mampu  mengubah  persekitaran.  Mereka  harus  melakukan  pelbagai 
                  perkara  mengikut  keperluan  alam.
Qorin  1  :  Tapi  pada  pendapat  aku,  semua  itu  boleh  dielakkan.
Qorin  2  :  Bagaimana?
Qorin  1  :  Dengan  mengubah  persekitaran.  Jadi,  mereka  tak  perlu  lagi  menurut  sahaja 
                  keperluan  alam  yang  mendesak  itu.
Qorin  2  :  Maksud  kau?  Aku  masih  tak  faham.
Qorin  1  :  Kita  bangunkan  Timur  yang  daif  itu.  Jadikannya  sebuah  kota  maju  dengan 
                  bangunan-bangunan  pencakar  langit.  Kita  tambah  segala  kemudahan  yang  perlu 
                  supaya  tidak  ada  lagi  orang  yang  saling  berbunuhan  demi  memenuhi 
                  kelangsungan  hidup.
Qorin  2  :  Jadi,  itu  yang  akan  kau  lakukan  sekiranya  tiba  di  Timur  nanti?
Qorin  1  :  Ya!
Qorin  2  :  Baguslah!  Tapi  itu  tetap  tak  dapat  mengubah  tekad  aku  untuk  berhijrah  ke 
                  Barat.
Qorin  1  :  Kau  teruskan  sahajalah  niat  kau  untuk  ke  Barat  itu.  Aku  tidak  akan 
                  menghalang.  Tapi  apa  yang  akan  kau  buat  di  sana  nanti?
Qorin  2  :  Mengejar  cita-cita  aku  untuk  hidup  mewah.
Qorin  1  :  Itu  aku  tahu.  Tapi  bagaimana  caranya?
Qorin  2  :  Aku  akan  lakukan  sepertimana  perkara  terbaik  yang  aku  buat  di  Timur  dahulu, 
                 merompak.  Tambahan  pula,  aku  dengar  orang-orang  di  Barat  kaya-kaya  belaka.
Qorin  1  :  Memang  bagus  cara  kau  itu.  Tapi  aku  nak  bagi  kau  satu  nasihat  lagi.
Qorin  2  :  Nasihat  lagi?  Baiklah,  apa  dia?
Qorin  1  :  Kalau  kau  nak  merompak  di  Barat,  kau  tidak  boleh  menggunakan  cara 
                  rompakan  seperti  di  Timur.  Cara  rompakan  di  Barat  amat  berbeza.  Mereka 
                  tidak  lagi  menggunakan  senjata  atau  melakukannya  secara  terang-terangan 
                  kerana  cara  ini  akan  memudahkan  mereka  tertangkap  dan  gagal.
Qorin  2  :  Habis  tu  bagaimana?  Itulah  cara  merompak  sebagaimana  aku  lakukan  di 
                   Timur.
Qorin  1  :  Tetapi  di  Barat,  mereka  merompak  menggunakan  sistem.  Mereka  melakukannya 
                 secara  tersembunyi  dan  halus.  Tiada  kekerasan  namun  hasilnya  amat  lumayan. 
                 Dalam  sekelip  mata,  berjuta-juta  ringgit  telah  masuk  ke  dalam  akaun  kau.
Qorin  2  :  Sebegitu  hebat?  Bagaimana  kau  tahu  ini  semua?
Qorin  1  :  Aku  juga  perompak.  Aku  seorang  perompak  di  Barat,  namun  modus  operandi 
                  aku  berlainan  sedikit.
Qorin  2  :  Bagaimana  kau  melakukannya?
Qorin  1  :  Aku  melakukannya  menggunakan  kuasa  yang  ada  pada  aku.  Aku  melakukan 
                  penyelewengan  wang,  pecah  amanah,  rasuah  dan  sebagainya.  Perkara-perkara 
                  seperti  ini  juga  dipanggil  sebagai  merompak  di  Barat.
Qorin  2  :  Begitu…  Jadi,  kau  ni  pun  rupa-rupanya  adalah  perompak.  Tak  sangka  pula 
                   boleh  bertemu  di  tengah-tengah  padang  pasir  ini.
Qorin  1  :  Ya…  Mungkin  kebetulan.  Tapi,  dari  tadi  kau  masih  tak  menjawab  satu 
                   daripada  soalan  aku.
Qorin  2  :  Apa  dia?  Soalan  yang  mana?
Qorin  1  :  Macam  mana  kau  boleh  tahu  nama  aku?
Qorin  2  :  Soalan  yang  itu?  Macam  ni,  sebenarnya  aku  ni  adalah  engkau;  dan  engkau 
                  adalah  aku.  Begitulah  caranya  bagaimana  aku  boleh  tahu  siapa  kau  dan  apa 
                  nama  kau!
Qorin  1  :  Aku  tak  faham.
Qorin  2  :  Aku  adalah  kau,  dan  kau  adalah  aku!
Qorin  1  :  Masih  tak  faham…  Tapi  bagaimana?  Adakah  aku  sedang  berhalunisasi  di 
                  tengah-tengah  padang  pasir  yang  panas  ini?
Qorin  2  :  Tak…  kau  tak  berhalunisasi.  Sebenarnya,  aku  ni  adalah  doppelganger  kau.
Qorin  1  :  Doppelganger?
Qorin  2  :  Ya!  Doppelganger!  Kita  sama  tapi  tak  satu.
Qorin  1  :  Maksudnya,  kau  adalah  aku  dan  aku  adalah  kau.  Tapi  kita  tak  sama?
Qorin  2  :  Ya!  Kita  bukan  kembar  seiras,  adik  beradik  atau  refleksi  dalam  cermin  tetapi 
                  kita  adalah  individu  yang  sama  dalam  dua  jasad  yang  berlainan.  Dan  kita  juga 
                  bukan  klon.
Qorin  1  :  Ada  juga  perkara  macam  ini  di  dunia?  Tapi,  kenapa  sebelum  ni  aku  tak 
                  pernah  bertemu  dengan  kau?
Qorin  2  :  Aku  kan  berada  di  Timur  sedang  kau  berada  di  Barat.
Qorin  1  :  Betul  juga.
Qorin  2  :  Ada  lagi  satu  perkara  yang  aku  rasa  kau  perlu  tahu.  Mengikut  mitos 
                   sesetengah  budaya;  jika  doppelganger  bertemu…  salah  seorang  daripada 
                   mereka  yang  lebih  rendah  tuahnya  berbanding  yang  satu  lagi  akan  mati  atau 
                   ditimpa  malang  serta  sial  seumur  hidup.
Qorin  1  :  Tapi  kita  sudah  bertemu  di  sini.  Di  tengah-tengah  perjalanan  menuju  hidup 
                  yang  baru.
Qorin  2  :  Ya,  dan  hanya  salah  seorang  sahaja  daripada  kita  yang  akan  berjaya.
Qorin  1  :  Itu…  biar  takdir  sahaja  yang  menentukan.
Qorin  2  :  Ya,  biar  takdir  yang  menentukan.  Marilah  kita  meneruskan  perjalanan  masing-
                  masing.
Qorin  1  :  Baiklah,  selamat  jalan  doppelganger!  Semoga  kau  yang  mati  dahulu!
Qorin  2  :  Selamat  jalan  doppelganger!  Semoga  hidup  kau  dirundung  sial!



* INI ADALAH SKRIP 10 MINIT KARYA AKU - RIZ. HAKCIPTA PENUH MILIK AKU. SO, JIKA ADA SESIAPA YANG TERTARIK UNTUK MEMENTASKAN TEATER NI, BOLEHLAH E-MAIL DULU KAT  rizprahara@mail.com UNTUK MINTA KEBENARAN KE...APA KE. SANGAT BERBESAR HATI JIKA DIBERI KOMEN2 YANG MEMBINA. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...