Soul Eater Logo

Thursday, March 28, 2013

MEMORI ITU AGAKNYA DATANG DALAM BENTUK ANGIN


Suatu hari nanti kita hanya tinggal memori bagi orang-orang di sekeliling kita kini.
A bercakap tentang B yang dah lama pergi. C pula merindui D yang pernah hadir dalam hidup dia.
Biar apa pun kesan yang kita tinggalkan ke atas orang-orang disekeliling kita; baik atau jahat.
Pasti akan menjadi memori yang dikenang.
mungkin juga sesetengah orang akan dilupuskan dari memori orang lain. tapi dari sudut lain, mungkin dia disanjung.

Jack The Ripper… siapa dia?
Orang ingat dia walau dah berdekad. Walau siapa pun dia dah jadi tak penting. Tapi memori tentang apa yang dia dah buat terus wujud.
Mungkin suatu masa nanti kita akan berjumpa teman lama ketika di university dulu dan kemudian duduk-duduk bersembang mengenai memori yang lepas-lepas. Walaupun orang dalam memori tu bukanlah sesiapa pun dia.

Aku juga  kadangkala didatangi memori-memori orang yang aku cinta suatu masa dulu. Juga orang yang mencintai aku.
Tapi orang yang aku benci…lazimnya aku lupakan saja.

Kadangkala ada orang-orang biasa di sekeliling kita yang terus dilupakan sehingga sampai suatu masa tiada siapa pun mengingati dia. Seolah-olah dia tak pernah wujud di muka bumi ini. Kasihan.

Carl Gustav Jung… Baru semalam aku baca buku mengenainya oleh Anthony Stevens. Jung, tak nak orang ingat dia sebagai memori semasa mudanya. Dia seorang introvert. Mengasingkan diri dari dunia bukanlah perkara yang asing bagi aku. Aku faham apa yang dia rasa semasa fasa umur kami sama… mungkin era dan situasi yang berlainan. Tapi akhirnya Jung diingati seluruh dunia setelah bertahun-tahun kematiannya . Dia juga jadi memori bagi orang-orang yang menyanjunginya.

Memori juga adalah satu benda indah yang aneh. Ia datang dan bagi kau mimpi-mimpi palsu yang lepas-lepas. Yang pernah beri kau satu rasa nyaman… tapi meninggalkan kau dengan rasa rindu.
Tatkala aku disinggahi memori indah dengan orang yang aku cinta pada suatu masa lepas, aku jadi rindu.
Kadangkala terasa aneh bila dua manusia yang paling rapat hati dan jiwanya menjadi dua entiti asing setelah dimakan zaman dan ketika.

Ada juga masa-masanya aku teringin kembali ke masa itu.
Tapi walau apa pun caranya kita cuba menghidupkan memori itu… kita akan gagal.
Orang yang ada depan mata kita kini bukan orang yang sama yang ada dalam memori itu biarpun dialah orang itu.
Manusia berubah.
Kalau aku boleh statik kan figura cinta hati aku di saat dia begitu menginginkan aku pada waktu itu menjadi bentuk wanita ideal bagi aku seluruh hidup… aku akan lakukan.
Tapi kita juga tahu, kalau kau hidup dalam memori lepas… kau sebenanya pengecut. Tak realistik sehingga tidak mahu ke depan.
Dari sudut lain, aku rasa ianya jalan selamat. Hidup selama-lamanya dengan benda terindah yang pernah berlaku dalam hidup kita.

Aku rindu dengan masa lalu.
Aku rindu dengan dia.
Aku rindu dengan rasa yang dipendam.
Aku rindu dengan rasa yang tak terluah.
Aku rindu dengan saat ketika kami sama-sama naïf.
Aku rindu dengan saat ketika kami sama-sama meneroka dunia.
Aku rindu ketika kami tahu apa itu maknanya mencuba.
Aku rindu saat kami sama-sama luka.
Aku rindu saat kami sama-sama mencari.
Aku rindu dengan satu tempoh statik yang dipendam masa.
Aku rindu dia.
Aku rindu aku
di masa lalu.
Aku rindu saat itu…

Aku rindu angin.

Tak nampak, tapi kita rasa.

Memori.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...