Soul Eater Logo

Saturday, March 22, 2014

Cerita Zon Seorang Kawan


Cerita Zon Seorang Kawan



Masa aku jumpa dia, aku dah terlambat. Dia dah jadi milik orang. Aku pula hanya orang biasa dalam kehidupan dia. Bukan siapa-siapa. Tak lama, kami berkawan. Aku ikhlas berkawan. Hanya kawan.
***
Bila masa dia kematian kekasihnya… dunia baginya gelap gelita. Tiada apa. Hanya aku yang ada di sisinya. Sebagai seorang kawan. Hanya kawan.
***
Kemudian saat hatinya terubat, dia luahkan cinta. Aku terima. Tak kata apa-apa. Kerana aku seorang kawan. Seorang kawan tentulah mahukan kawannya gembira lebih dari diri sendiri.
***
Sepanjang bercinta, aku berikan segalanya yang aku termampu. Langsung tak minta apa-apa. Ikhlas… sebagai seorang kawan; pencinta.
***
Semalam, saat dia putuskan cinta… aku sedar satu benda; dia juga mahu putuskan kawan. Aku tak kata apa-apa. Tapi hati tak boleh menipu. Dalam perjalanan pulang, mata aku berair. Tak tahu air mata kawan ataupun pencinta. Yang pasti, air mata seorang yang ditinggalkan.

***TAMAT***

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...