Soul Eater Logo

Sunday, December 18, 2011

Dia ♥ 'DIA' komplot (!)

hari-hari menghadap imejan si kecil yang pernah aku 'suka-dalam-diam' dulu pada ruang legar muka buku membuatkan aku lesu terasa bodoh. tambahan pula senyuman hangat yang ada dulu dah tiada makna kini. setiap sapaan hai (!) dan kata2 comel juga sudah tak jalan lagi... huh!
mungkin fokus katanya pada apa yang dikejar kini - umpama ucaptama dusta aku lemparkan ketika dia lemparkan kata 'suka-dalam-diam' pada aku dulu. satu hipokrasi yang aku kesalkan kini kerana cuba menidakkan perasaan sendiri atas nama ego kerana tak mahu kalah pada egonya wanita. memandang kecil atas ketertinggian ego si kecil itu. kononnya dia fokus pada apa yang dikejar kini, mungkin betul... atau kata-kata itu cuma satu jalan keluar untuk melarikan diri daripada aku dan satu alasan untuk berhenti berfikir pasal aku kerana masing-masing sudah mula menuju ke satu dunia baru pada ketika itu (?). manusia memang suka menjadi escapist dan malasnya sehingga selalu meletakkan soal jodoh itu jua pada tangan orang lain-dalam konteks ini, kami lebih suka merujuk kepada tuhan yang Esa.
tambah jahanam bila ada jarum2 cinta (!) daripada seorang lalang. yang kadangkala menjadi teman peneman bicara, kadangkala jarum halus berdusta. tak serap apa-tak beri apa. dunia dalam dunianya sahaja. cuba jadi cermin tapi kaca. sama putih tapi tajam sifatnya. alhamdulillah lebih dia dari aku. itu anugerah tuhan kepadanya. aku tumpang gembira. tapi adakalanya melihat dunia di bawah telapak kakinya dan aku di celah jari kakinya-tak dihirau aku atau yang lain. kita sama2 manusia sama punya kelebihan dan mata sendiri. bukan mahu menerima atau hormati aku, tapi sekurang-kurangnya cernalah aku sebagaimana aku mencerna kamu. bukankah itu fungsinya talian ini (?) namun, apa yang paling aku kesalkan adalah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...