Tidak ada apa apa lah lagi di hati ini
melainkan luka mendalam
diakibatkan perihal perempuan perempuan
yang mencarik carik isinya hingga tinggal harapan pun hanya isi yang hancur
Tidak ada apa apa lah lagi di minda ini
tatkala segala idea dan perancangan sudah dizombifikasi mimpi mimpi ngeri yang tak pasti
perihal hidup masa mukanya hanya cebisan cebisan zarah kekecewaan
Tidak ada apa apa lah lagi di diri ini
selain suara ibunda di kejauhan
yang sentiasa berpesan pesan dengan kebaikan dan titip doa
yang sentiasa tahu mahu anakandanya harus kuat
berdiri juga aku di bawah lembayung kenangan ayahanda yang telah pergi ke alam baqa bertemu tuhan
ayahanda yang faham benar isi hati putranya
yang lemah dibunuh cinta para perempuan.

No comments:
Post a Comment