Soul Eater Logo

Monday, March 16, 2015

Badut misteri duduk dalam balang kaca, dia nampak merpati patah sayap.

dua tiga penggal ni otak aku macam dilobotomi - diinjak-injak macam span.
meski dari dulu pun aku merasakan begitu :
dunia selalu asing - aku duduk dalam balang kaca.

life event turns to be unexpected bila mana ada merpati patah sayapnya; jatuh dari pokok - aku tak sempat sambut.
merpati warna putih : menangis tepi tingkap.
aku tak pandai balut luka, jadi balutan aku agak kasar.
harap bila dah sembuh dia terbang semula.
mencari dahan lain untuk hidup bahagia.

tapi jika dia jatuh lagi dan lagi...
aku harap waktu tu aku ada di sisi untuk menemani.

dengan lawak badut kelas A.

lawak yang orang tak faham. lawak yang misteri.
misteri macam tulisan ini.
misteri macam aku(?).

tapi yang soalnya misteri itu akan hilang keterujaannya bila misteri terungkai.
saat semua misteri terlerai, siapa-siapa pun akan tinggalkan aku.
kerana aku sudah tidak menarik lagi.

saat itu akan duduk kembali dalam balang kaca.
memerhati mereka hidup bahagia.
sedang aku : dilobotomi otaknya!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...