sudah lama tidak menulis tentang rasa atau bait kata perihal
jiwa. namun jari ini hanya bisa berkait tatkala di hati terasa ada beban yang
tak dapat tertanggung.makanya, hanya tulisan yan dapat meluahkan… jadi tempat
curahan pada diri sendiri yang akan datang. biar sesiapa jua yang membaca hanya
aku fahami apa isi hati tatkala ini. kerna kekadang aku bisa merasa apa yang
diri lalu merasa. hei! diri yang sedang membaca di masa hadapan, kenanglah saat
ini!
terasa berat bila kadangkala kita terpaksa menjalani dua
kehidupan berbeza. boleh dikatakan melalui… kerana fasa itu sekejap cuma. yang
satu di sana, yang satu di sini. esok yang satu di sini ditinggalkan untuk
menjalani yang satu di sana. satu orang, dua kehidupan. maka watak dan peranannya
harus juga berbeza agar tidak tersasul melakon tugas. hadir dalam dua situasi
berbeza. itulah indahnya. namun seringkali berat hati bagai ada rindu yang
memanggil.
19 feb 2013 4.47am

No comments:
Post a Comment