Subjek yang paling aku suka sepanjang di alam persekolahan adalah subjek Sejarah.
Tak tahu kenapa, subjek tu dekat dengan diri aku.
Mungkin kerana ianya berkenaan cerita,
skrip hidup seseorang,
kenangan masa lalu,
memori...
Ya,
aku suka mendengar cerita masa lalu.
Autobiografi.
Sirah.
Jenis karangan yang paling aku suka semasa belajar subjek Bahasa Melayu di sekolah dulu.
Subjek yang paling aku suka dengar semasa di sekolah agama dulu.
Ia mengasyikkan.
Menghayatinya umpama kembali ke masa silam
bersama orang-orang itu,
merasakan situasi itu,
pada waktu itu.
Dua perkara yang sama tak akan terjadi.
Masa tak akan kembali.
Tak akan berputar.
Persetankan teori-teori Einstein tentang lohong masa.
Kerelatifan masa.
Ia tak akan...
terjadi.
Jika masa boleh diulang kembali,
tak akan wujudnya sejarah.
Tak adalah pelajaran...
dan tak ada pengajaran.
Tiadalah istilah :
Taubat Nasuha.
...dan tak adalah subjek yang aku cintai itu.
Maka tak tercatatlah di sijil
PMR
SPM
STPM
aku...
A Sejarah!
Jom tengok sedutan dokumentari tentang Sejarah Lombong Bijih Timah Long Jaafar di Perak lakonan semula ahli-ahli LPAC. : p
* ni sebenarnya video yang aku rakam masa gotong-royong membersihkan tapak Dataran Pra-U SMK Dato' Seth masa tahun 2009 dulu. Masa tu, tapak tu baru nak didirikan. Well...kami-kami ni lah yang melakukan upacara 'Pecah Tanah' Dataran tu lepas Majilis Maulidurrasul, lepas rewang berihkan pinggan mangkuk apa semua. Sebab tu pakai baju melayu. Panas-panas. Waktu tengah hari. Dengan berenjatakan cangkul apa semua. Maka terdirilah Dataran yang serba indah itu. Dan ianya sudah menjadi SEJARAH.

No comments:
Post a Comment