Soul Eater Logo

Sunday, May 29, 2011

THE PAST - THE FUTURE

Bila tengok pic diri sendiri baru aku perasan. . . ya, aku dah dewasa rupanya; seorang lelaki dewasa dalam pic itu adalah aku. baru aku sedar macam ni rupanya jadi dewasa. persoalan yang selalu bermain di minda aku semasa berumur 12 tahun terjawab... "macamana rasanya jadi orang dewasa?" - itulah soalannya


dari dulu lagi...aku sentiasa fikir ke hadapan. berimaginasi, apakah yang akan berlaku pada tahun-tahun seterusnya...berangan.

"macamanalah rupa isteri aku nanti?"
"aku kerja apa ek bila dah besar nanti?"
"aku akan tinggal kat mana bila dah dewasa?"

inilah antara persoalan2 nya...kadangkala ia berbentuk cerita, atau angan2...
yang kadangkala mendatangkan ilham hinggakan terbentuknya idea-idea komik, skrip, lukisan, lirik dan sebagainya. and guess what... toilet lah tempat aku selalu dapat ilham.haha!

kadangkala, ianya macam deja vuu. misalnya, pada umur aku 12 tahun, berlangsungnya World Cup 2002 (Piala Dunia)  yang masa tu kalau tak silap aku, Brazil yang menang. semasa detik-detik enjoy menonton piala dunia tu... aku terfikir,,, World Cup ni hanya berlangsung selama 4 tahun sekali. Jadi, next worl cup akan berlaku pada tahun 2006 - so, masa tu umur aku akan jadi 16 tahun! jadi, aku pun mulalah membayangkan kehidupan aku di umur 16 tahun tu dan cuba membandingkan adakah aku di umur 16 tahun nanti masih menikmati rasa yang sama menonton world cup macam waktu sekarang ni (masa 12 tahun).
then. . .
masa pun berlalu pantas... 
2006...world cup kat German tak silap aku,,,yang jadi champion masa tu pun German. jadi, semasa world cup 2006, aku menonton match2 tu la...dan seumpama deja vuu,,,aku merasakan kembali apa yang aku rasa masa 4 tahun lepas- masa berumur 12 tahun. dan aku berkata dalam hati- "owh,,,macam ni rupanya rasa tengok world cup bila dah berumur 16 tahun." umpama mission accomplished akibat melalui mesin masa - aku berjaya merasai satu rasa dan pemikiran yang sama pada masa yang berbeza : the past, and the future...biarpun jarak kedua-dua tempoh itu untuk dicapai amat lama masanya.namun,bila kita sudah set satu pemikiran...dan pemikiran itu dapat dicapai...ianya satu perasaan yang sangat aneh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...