Soul Eater Logo
Showing posts with label carut. Show all posts
Showing posts with label carut. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

Ke Hadapan Kekasih

Ke hadapan kekasih ku di masa hadapan,
bertenanglah.
Sabarlah menunggu.
Kerna aku pada hari ini sedang getir menongkah waktu.
Merempuh tembok-tembok halangan yang menolak aku ke belakang dalam zona waktu...
untuk tiba di titik bertemu kamu.



10/5/2018
6.12pm

Wednesday, September 6, 2017

Garis-garis lekuk

Garis-garis lekuk di tubuhmu itu
punya pelbagai cerita.

Cerita tentang kamu sebelum aku.

Bukan tentang aku.

Aku
tak gusar bertanya.

.

Wednesday, December 21, 2016

*tiada tajuk*

mimpi mungkin lebih panjang
lebih indah
atau diganggu anasir luar
entiti bangsat
aku hanya mengharapkan sang tenuk berlari
pada bintang-bintang
tiada apa
jika sukar kau cerca makilah si babi hipokrasi
buat pandai belang tinggi
egois siri perempuan gondolan


20 December 2012    5:07 a.m

Thursday, November 3, 2016

titiskan warna pada setiap hembusan nafas

terlepas segalanya
selamanya; yang indah nyata bukan milik kita
lupakanlah
tinggalkan lah kisah2 kelabu
kerna langit dah tak secerah dulu
pergilah angin ribut tinggalkan puing2 cinta semalam.
sendiri.

ungu - warna kesukaanmu
pernah juga kau pinta hijau
hingga aku terlupa seketika melukis langit2 warna hidupku - hitam
terbang kupu2 di kejauhan, terhuyung ditiup bayu

perginya kau di tangan yang mungkin lebih selamat,
tetap aku tak akan berhenti
titiskan warna pada setiap hembusan nafas
agar setiap bunga yang kau hinggap -
ada warna aku.

Sunday, July 17, 2016

jujurnya

jujurnya,
sewaktu menunggang motosikal,
aku masih lagi buat bunyi vroom vroom atas motor tu.

Walaupun motor memang dah ada bunyi.

apa punya sakai

Friday, December 18, 2015

Bridgett Jones pun kalah...

Kol mak, mak kat rumah kenduri. Tengah rewang. Sebenarnya entah ini yang keberapa kali bila aku kol mak kat rumah orang kenduri kahwin. Tengah rewang. Jadi aku matikan perbualan cepat2. Janggal plak rasanya. Seperti berbual dengan mak di khalayak ramai. Sedangkan aku kat rumah pun kalau bercakap dengan mak guna suara yang lembut2. Tak nak kedengaran orang lain. Kalau kat tengah awam lagi lah. Mak bebel aku diamkan je tak berbalas. Soal perempuan membebel ni, sebenarnya aku found its cute. Entahlah. Pada akhirnya aku pun tak ambik pusing apa yang dibebelkan tu. So aku selalu dengarkan aje dan gelak. Yelah, benda cute. Tapi yang anehnya masa kecil aku tension kot kalau mak aku bebel. Mungkin waktu dan perubahan kematangan buat kita pandang dari perspektif berbeza. So cerita dia, I hope I get a wife yang ada kriteria yang sama macam mak. Kuat berleter. Ini semua adalah demi tumbesaran anak2. But I mean, leteran yang baik lah. Yang membina. Sebab ada je perempuan yang leter bebel entah apa takde hujung pangkal. Siap tambah carut lagi kat hujung. Makanya anak2 akan ikut.

Ahhh.... Post aku ni aku rasa dah melalut. Sebab sebenarnya aku nak cerit pasal lain. Pasal buku yang aku baru baca tadi : A New Malaysian Essay vol 1. Aku baca esei tajuk Teroris Bahasa by Saharil Sanin which is my FB friend, also quite good and famous author.

Dua tiga hari ni aku banyak membaca sebab gangguan jiwa. Haha, yalah, masalah hati, kerja, etc. Manusia mana yang tak lalu benda2 mcm tu. Sampai hampir terconsole dekat Amey. Benda yang aku tak pernah buat sebelum ni kalau apa2 masalah berkaitan hati. Cuma aku cakap, aku nak balik kampung. Nak tenangkan otak. Tapi sebenarnya kampung tu kalau bukan rumah mak aku dan rumah aku, takde apa yang tenang pun. Elok aku lari gi mana2 tempat yang takde orang kenal aku. Hirup udara baru.

Tapi eloklah, dalam waktu2 down macam ni aku banyak muhasabah diri, hati. Terperap dalam bilik baca buku kalau takde nak buat apa2. Sampai malam semalam aku terfikir nak belajar tajwid semula. Ataupun ilmu al quran. Yalah, rasa rugi pula. Lebih kurang sepuluh ke dua belas tahun lalu al quran tu kira hari2 aku baca. Baca pula siap lengkap bertajwid, berlagu, siap bertarannum. Guru mengaji pulak imam masjid. Tu belum kira hafazan lagi. Aku pun pelik sampai sekarang apa yang buat aku ni jenis terang hati. Mudah je serap ilmu2 al quran ni. Siap masuk pertandingan tilawah, dipanggil mengaji masa opening acara keagamaan. Itu dululah. Sebelum hati ini tercemar sikit2 dengan benda2 lagha. Duniawi. But still... Mana lagi kau nak dapat calon suami yang boleh ajar anak2 kau mengaji personally. Ada tu ada, tapi dah tak banyak.

Cisss. Termengarut lagi. Ini semua post Aisha Rafiqa punya pasal kat FB tadi. Aisha ni, klassmate aku. Klassmate tadika sampai darjah 2 kalau aku tak silap. Classmate-childhood friend masa kat tadika dulu. Haha.

Kalau nak mengembara dalam waktu dan ruang; membacalah! Aku teringat quote ni yang aku terbaca semalam. Betul lah. Tadi aku baca esei Saharil tu sebab nak mengembara sambil tenangkan fikiran dan hati. Lepas kita baca, biasanya kita nak menyampaikan, berkongsi ilmu. Sebab itu memang fitrah bila kita gain sesuatu intelectually. Jadi ada tendency nak bercakap dengan seseorang. Bila kol mak, mak rewang pulak.

Duh! Sebab tu aku melepak kat sini.
Terasa macam tengah menulis diari Bridgett Jones pun ada juga. =.=

Monday, December 14, 2015

Membeli Peluang

Tadi aku cuba beli peluang. Harga dia RM 21.20. Tu pun lepas aku tensi gila dengan macam2 lahanat punya masalah yang tiba-tiba wujud. Maksud aku, benda-benda simple yang secara pertamanya tak payah ada lalu dipanggil masalah. Kalau tahu hari ni pun aku nak tensi juga, awal-awal lagi aku dah bawa rokok dengan lighter. Kit kecemasan yang harus ada bila-bila masa aku tensi tahap gaban. Sebenarnya dah dari dua tiga hari lepas aku merokok sebab kerja yang bertimbun. Overload. Sebenarnya merokok bukanlah satu usaha buat aku hilang kusut dalam kepala ni. Tapi dengan act of smoke tu, aku sebenarnya cuba beli masa. Masa untuk bertenang.

Tadi sebelum masuk ofis aku dah topup dengan Zohor, sambil harap supaya okay. Lepas 2 hari tak tidur aku ingat dah cukuplah energi aku dan otak aku tenang semula. Tapi tidak, bos pun perasan energi aku low gila. Yang babinya lutut lembik masa naik tangga. Ter me lutut aku kat tangga. Muscle really rasa kosong macam otak. So aku g kedai beli energi drinks, ranger, ada gambar harimau. Luar kedai ada apek : " wahhh... Beli Tiger eh." Dia ingat aku beli tiger beer. Aku beli tiger energy drinks la apek! Tapi aku senyum je lah. Memang betul pun aku beli Tiger; cuma bukan beer tapi air tenaga. Cakap apek tu buat aku cepat-cepat cek tanda Halal. Yalah kot memang betul aku terbeli beer. Tapi ceritanya, peluang berharga RM 21.20 tu gagal.

Monday, June 1, 2015

Carut

Kalau nak curi, curilah...
tapi jangan sampai tertangkap.

Kalau dah tertangkap, kena penjara dalam hati saya;
dah tak boleh keluar lagi.

Tuesday, May 12, 2015

Peribahasa Urban 1

Sudahlah kacak, ramai pengikut pula tu.

Keadaan ini bolehlah diumpamakan seperti Bagai Riz dan Pengikut Insta nya.

Tuesday, March 24, 2015

Mungkin

dua tiga hari yang lepas adalah mimpi.
mimpi yang indah.
sedikit anugerah dari tuhan yang turunkan sedikit kegembiraan untuk anak macam aku;
di hari lahirnya.
anak yang selalu sunyi, mati, dimamah kesepian.

tapi hari ini entah kenapa tiba-tiba aku kehilangan kata-kata.
kata-kata sudah habis atau ada benda yang tak boleh tercakapkan, entah...
keliru antara keduanya.
seperti biasa :

mati dalam perasaan sendiri.


selalu aku dah pesan pada diri sendiri : jangan bermimpi terlalu tinggi.
 jangan meminta terlalu banyak.
kerna jika apa yang kau pinta itu tak tertunaikan... kau akan kecewa.
hati kau akan jatuh pecah dan patah.
menjadi ranting-ranting yang rapuh, luruh.
aku tahu kau selalunya akan kuat.
dan kuat itu diterjemah dalam diam.
dan muka polos lolos seperti tak punya perasaan.

seperti tak punya kesakitan.

kau,
kau manusia yang tak berhak untuk bahagia.
mungkin?


Atau mungkin bentuk bahagia untuk kau terlahir dalam rupa asing beribu jauh batunya seperti di Marikh atau Jupiter?

Mungkin.

Sunday, March 1, 2015

Gadis Berhati Lucifer

Tak!
Mungkin aku diam kau menganggap aku redha.
Mungkin bila suara dikunci, rahsia dipasung, cerita ditutup; kau anggap aku terima semuanya dan kata : "Everything is okey."
"Aku O.K, dia O.K. Kami dah boleh terima seadanya."

Mungkin.

Tapi putaran hidup ini mudah : kalau kau tak 'fuck' orang, orang akan 'fuck' engkau.
Mungkin sekarang kau rasa engkau O.K, aku O.K sebab kau tak rasa ada apa-apa pun masalah. :)
Tapi realitinya mana ada masalah tu hilang dalam angin, perbuatan jahat itu lesap dalam thin air dan berubah menjadi vapour.

Dendam, memang aku tiada.
Cuma ya, dalam hati aku memang sejujurnya nak kau terima pengakhiran yang paling tak baik.
Pengakhiran yang paling engkau takkan lupa berlaku dalam hidup kau.
Mungkin bukan dari aku, tapi dari takdir.

Macam aku cakap tadi, setiap apa yang berlaku ada consequences nya.
Mana boleh kau tikam hati orang; lalu pergi dengan tersenyum macam takde apa-apa yang berlaku.
Kemudian cuba hidup bahagia, suci seperti malaikat... Kalaulah kau tu malaikat.

:)

Wednesday, January 28, 2015

Asal-Usul Jenama Fumakilla : Sebuah Sejarah yang memerlukan Citation.

Malam ni aku betul-betul berperang dengan nyamuk. Bertepuk-bertampar. Nyamuk-nyamuk ni dah makin banyak. Bercambah-biak. Dah tu bila kena asap dari ubat nyamuk dia tak lari pulak ke apa. Relax je... Siap buat 'peace' kat gua.

Lepas tu ada satu nyamuk betina jalur-jalur tu siap sound aku;

"Alaaa... bro, kitorang tak mainlah asap-asap ni bro. Old-fashion la lu ni."


Eh,eh... Jalang betul nyamuk ni aku tengok. Siap guna bahasa bohsia lagi sound aku. Yang aku pelik nyamuk ni siap pandai bercakap lagi. Betul-betul berevolusi. Dah tu dia siap tambah lagi;

"... gua ni keturunan Raja Nyamuk tau. Nyamuk yang bunuh Raja Namrud. Gua tak gentar la;" ujar nyamuk betina tersebut yang digelar Nana Evans 2 oleh kawan-kawan nyamuknya.


Kalau betul lah dia cucu-cicit nyamuk yang bunuh Raja Namrud;  masak aku! Tok nenek dia dulu tu masuk ikut hidung Raja Namrud tu lepas tu pergi ke otak, hisap darah kat otak. Sampai mati tokoh Jahiliah tu.

Aku pasti yang masa tu hidung Namrud mesti licin takde bulu hidung. Tapi dengan izin Allah aku rasa semua ni terjadi. Dan aku rasalah, mesti atuk dia dah tersedut sekali beberapa cairan otak si Namrud ni tadi sebab tu keturunan nyamuk ni tadi special sikit; siap boleh bercakap lagi. Aku tak heran benda ni, pasal nyamuk ni evolusi dia agak power. Dari zaman prasejarah diorang dah wujud. Tahap survival tinggi. Masa zaman Denggi dan J.E lagilah. Ramai yang mati sebab diorang ni. Ini membuktikan yang bukan sahaja kepandaian Namrud yang diorang sedut, tapi sifat jahat dan memusnah sekali. Haram sungguh!

Aku bengang, aku panggil member aku Fuma suruh settle nyamuk betina ni tadi. Pasal Fuma ni lagi besar dari aku saiz dia. Antibodi dia pun lagi kuat. Lepas tu aku rasa kalau nyamuk ni masuk hidung si Fuma ni pun mesti gagal. Mati dalam hidung sebelum sampai ke otak. Pasal Fuma hidung dia panjang. Fuma ni seekor gajah.

Setelah aku janji manis kat Fuma nak belikan dia Din Dang dengan belanja lempeng pisang; Fuma pun setuju nak halau nyamuk-nyamuk ni tadi. Ya, dia berjaya. Dia pergi sembur racun serangga yang dia sedut guna hidung dia. Lepas tu sembur ke nyamuk-nyamuk Evans ni tadi. Mati semua. Tapi yang sedih tu lah... Fuma pun mati. Racun tu effect kat hidung dia walaupun dia bukan serangga. Dia kena kanser hidung 2 bulan lepas tu.

Lepas Fuma mati, aku tolong urus duit KWSP dia bersama-sama balu dia. Balu dia yang mintak tolong uruskan hal-hal mintak cop pesuruhjaya sumpah, beli setem berbayar apa semua. Dah tu, balu dia guna duit ni tadi buka kilang racun serangga; especially untuk bunuh nyamuk. Kitorang abadikan gambar Fuma kat kotak pembungkusan... sampailah sekarang.

In memory of my friend; Fuma the mosquito Killa.

Saturday, January 17, 2015

Jenazah Cinta

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Kenapa diam?"

"Entahlah. Tak tahu nak cakap apa. Takde topik."


Kemudian diam itu bersambung lagi. Buat beberapa detik seterusnya.


"Awak O.K ke?", aku pula yang pura-pura bertanya.


"O.K je... "(Senyum).

"Tadi kan, kat tempat kerja... ";

...lalu dia mula bercerita. Melalut-lalut... menerawang tinggi hingga ke ruang-ruang paling dalam sehingga ceruk yang tak pernah diteroka. Habis segala tatabahasa dan perbendaharaan katanya keluar dalam ceritanya itu. Dia menggunakan segala-sehabis daya kata dan bahasa untuk bercerita pada aku. Walaupun ceritanya itu cuma kisah biasa hal-hal di tempat kerja. Dia cuba menghidupkan suasana yang bungkam. Yang sunyi; sepi. Waktu itulah aku nampak kejujuran dalam matanya. Dia pamerkan sifat sebenarnya sewaktu bercerita itu. Tidak ditapis-tapis. Clumsy; cemerkap. Wanita comel seluruh dunia.

Tapi sayang, segala puji itu hanya terbungkam di hati.
Ada sejuta lagu untuk dia, puisi agung hanya untuknya, lukisan mahakarya yang aku lukis untuknya.
Tapi tak sempat dipersembah.

Asalnya menunggu masa matang untuk dipersembah semuanya: satu-per-satu.

Tapi sayang, kini ia hanya jadi memorabilia sepi. Yang kertas bait-bait lagu dan sajak itu jadi artifak kekuningan. Menunggu masa untuk dibakar - bila dapat kekuatan.



*********************************************************************************



Saat menjauh tu, aku kata;

"Tunggulah."


Tapi persoalan 'tunggulah' itu dia tak dapat baca dengan sempurna. Dia tak tahu yang aku tengah merancang dengan sempurna - sebaik mungkin - untuk jadikan dia wanita terbahagia seluruh dunia. Dan hanya tunggu sedikit masa saja untuk fasa yang terakhir. Sama macam masterpiece-masterpiece yang aku ciptakan untuknya : telah bersedia cukup lama, hanya tunggu saat yang betul saja untuk dipersembah dengan cara yang paling sempurna.

Silap aku juga, aku tak pandai berkata-kata bila berhadapan dengan dia. Kosa kata aku selalu tersekat walau yang nak diperkata itu berselirat gumpal menunggu luah. Oleh itu, dia gagal memahami.



*********************************************************************************



Tapi betullah; "Kun Faya Kun!"

Saat akhir, dia tarik diri.
Dia tak sanggup tunggu lagi; padahal dah lama bertahan, tapi tiba-tiba saja berhenti?
Tentulah... Keputusan yang sebesar itu tentunya ada katalis.
Tapi tak kisahlah apa pun katalisnya, keputusan tetap di tangan dia.
Tapi akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti menunggu dan beralih arah.
Mungkin dia nampak dah takde maknanya menunggu + dah ada pelabur janji yang lain sebagai katalis. Tapi apa yang dia tak nampak ialah dia hanya perlu sedikit masa saja lagi : langkah kaki lagi sebelah - dan segala apa yang dia impikan tercapai.

Tapi aku tak kata apa-apa. Tak memujuk. Diam. Lebih diam.
Aku cuma percaya dia. Percaya. Percaya.

Percaya. Percaya.

Dah dua kali... aku percaya.
Yang berhenti percaya sekarang ni adalah dia.

Aku kata pada diri;

"...aku tak marah, tak benci, tak cakap apa-apa. Sebab aku percaya pada tuhan : lama sebelum aku letakkan kepercayaan pada kau. Jadi bila kau pergi dan berhenti percaya pada mimpi-mimpi indah yang kita cuba bina; aku tak kata apa-apa. Sebab aku redha."

Tapi itulah... semua ini hanya dalam hati. Dia tak mungkin mendengar.

Mati.
Akhirnya aku mati dengan perasaan sendiri.



*********************************************************************************



Selamat tinggal mimpi-mimpi dunia!
:)



*********************************************************************************



16 Januari 2016


B. PAHAT - Polis menemui mayat seorang lelaki berusia 20an dalam keadaan sempurna di sebuah padang bola sepak sekitar kawasan taman perumahan di sini. Lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui bersama sebuah kotak kasut hitam yang mengandungi beratus pucuk surat dan nota tulisan tangan yang mengandungi bait-bait sajak dan puisi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Noor Rizuwan Zolkepli berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dari laporan awal forensik di lokasi kejadian. Beliau juga menolak kes ini adalah perbuatan jenayah atau bunuh diri berikutan tiada penemuan objek berbahaya ataupun tanda-tanda kecederaan yang boleh mengakibatkan kematian.

"Kami percaya mangsa meninggal dunia secara semulajadi. Namun bedah siasat tetap akan dilakukan bagi mencari punca kematian," katanya.

<<Klik sini untuk berita penuh.>>
<<Berikutnya : Ifa Raziah Nafi Beli Dildo.>>



*********************************************************************************



"Tuan, forensik kata laporan bedah siasat budak hari tu yang mati kat padang dah siap."

"Dah tu? Bagilah kat Tuan Hisham! Aku dah suruh dia handle."

"Ada benda pelik Tuan."

"Apa dia?"

"Roh dia hilang!"

"Tak kelakar. Kalau aku suruh kau jilat kasut aku bagi kilat baru kelakar."

"Jantung dia... kata Dr. Cheng, jantung dia takde!"

"Curi organ?"

"Takde kesan bedah! Itu yang peliknya. Kata Dr. Cheng macam hilang sendiri!"

"Pelik kes ni... Panggil paderi! Cepat!"

"Nak buat apa Tuan?"

"Itu baru kelakar!"



*********************************************************************************



"Pergi matilah dengan syair, lagu, dan sajak-sajak engkau tu.
Jantung... hati kau... tulang rusuk kiri atau apa-apa saja sebenarnya tak berbaloi untuk perempuan macam tu. Saat aku diarahkan tarik nyawa kau, aku tarik je. Masa tu hanya amal kau je yang mampu tolong kau dalam perjalanan seterusnya. Bukan cinta kau. Bukan perempuan tu. Faham?"


yang benar,

Izrael.


*********************************************************************************








Friday, June 14, 2013

AKU BUNUH SEMUA YANG KU SUKA

sayu…
ku bunuh…
rasa…
binasa

bila sudah tiba masanya
aku bunuh semua yang ku suka
langkah kanan
tarik belakang
hunus depan
tikam belakang

bila sampai waktunya
aku buat semua yang ku rasa
hancur badan
pukul rata
injak tanah
pecah sama

deras stamina






Thursday, June 13, 2013

sambal sotong versi jepun

hari ini adalah sarkis
cerita-cerita indah komedi cinta khayalan bualan nukilan manusia rekayasa saja-saja buat dunia
Fugue dalam C Minor dan lagu-lagu piano
entah apa erti klasikal janji tertawa
ada satu khemah muzik sufi terhenti
batal caci maki tanpa sebaran berita khalayak tak pasti

kura-kura mencari cinta
biar lambat tapi abadi
cintanya lembab tapi kukuh
buat sang isteri pasti terasa hangatnya dalam rumah yang dakap hangat bersama bahagia

ia bukan ilusi
ia adalah janji

saat sang pangeran robot cuba cari-cari cinta bidadari rock,
dia sudah lama sebenarnya tahu yang bidadari itu juga asalnya manusia
cuma dipuja-puja jadi dewi saja

cerita dewa juga tidaklah terkesan sangat
sudah dua malam tapi ceriteranya hampir berjuta abad

ada anak melayu lelaki cuba jadi cina,
oh ya... jadi perempuan juga
kejap, jepun mungkin.

tertawa aku bersama-sama...senyum lebar bahagia dah lama tak dirasa
sahabat.



Saturday, June 8, 2013

Aku Dari Kota Lama



Dari Kota Lama
aku catitkan tinta
melukis kenangan mencatat peristiwa

Dari Kota Lama
aku palitkan rasa
sejuta cinta dan juga cita

dari bodoh kian haus
jadi pandai macam luncai
dari sakit berpanas azab
jadi bebal sedingin besi

kalau ada satu rasa yang mahu diluah
pastinya rasa dari kota lama yang akan ku ludah

saat nak tinggalkan kota baru ini
saat seperti aku tinggalkan jejak pada kota lama

hidup aku bukan untuk dikenang
jejak aku bukan untuk diikut
langkah aku takkan jadi tempat berpaut
hanya parut yang akan tersangkut

cerita dari kota lama tinggal cerita dari kota lama

aku dari kota lama biarkan saja tinggal di kota lama.

Wednesday, May 22, 2013

Permainan Bodoh Dicipta Pendeta Riz

kipas - angin - satu
ayam - telur - ayam
labu - lemak - nasi
itik - berak - cangkung
dapur - arang - hitam
wau - bulan - penuh
cukai jalan - motor - buruk
pokok - goyang - sisi
wanita - pinggul - tulang
duduk - simpuh - santun


* sebenarnya ini satu permainan untuk uji minda jadi kreatif yang aku buat.

1st, senaraikan 10 benda yang terlintas dalam kepala korang.

2nd, senaraikan benda yang 1st terlintas dalam kepala korang bila korang tengok saja benda yang sebelumnya.

3rd, proses yang sama macam proses 2nd.

then, korang dapat nilailah dari hasil yang korang dapat. betapa besar or kecilnya benda2 yang ada dalam kepala otak korang.

-in b4, gua fail ayam- telur - ayam. maksudnya antara ayam dan telur... bagi gua benda lain dah takde perkaitan dah. 

Saturday, May 18, 2013

mamaiimai

selemah lemah hati... berbicara
mata merah dalam gelap bukan balik tingkap
perkataan ulung harus 'AAA~~~!' dalam kanji
atau hiragana janji faham
orang cerita pasal occult dia sibuk nak bercerita sama
ada Teletubies merah dari pandangan belakang bersanggul kecil
kekuda rumah atok di ruang tamu - hijau muda daun pisang bayang jam malam dua belas pagi
makhluk Digimon silih ganti dari sticker kilat2
terlalu mencuba memori recall dari komik bersilih ganti
jangan tanya pada ouija - nanti minta darah
sosej RM 3.00 sebatang minta kakak dibagi saja - macam RM 1.00 di hospital
adik jahat adik baik
atau abang jahat abang baik
serigala
kartun Disney ada tak Little Red Riding Hood?
pementasan kedua malam dibuat macam sampah saja
ada bunny bunuh diri
seksafon gabus atau gramafon gerdus?
bukan bicara Fahmi Reza atau bidalan stensil - budaya pop riot rebelan anak muda
pokok tapak itik dalam buku'buku sejarah lembab berbau hanyir
bukan hanyir darah pontianak blok D sekolah Dato' Seth
balik tingkap 2004 hampir senja usia 14
stapler putih atau biru ke universiti
entah nama apa
sepuluh malam hampir dua belas
tunggu di pondok menuju sunyi harapkan siapa
kenangan narapidana sel besi kosong
kenapa semua monster dalam bentuk kartun?
masih monster yang sama dengan kapsyen macam kamus; atau penulisan ilmiah nota kaki font 10'
kata kamus ia objek panjang dan bulat,
bundar barangkali
cirit besar
jelma pula matahari kartun
separuh. montaj terbang-terbang
pengaruh illusi tadi
tangan kera berbulu coklat
tengahari nangis kedap suasana
3 anak kongsi suasana
tak beribu bapa cari makna
dalam jam 5.00 janji nyata
montaj Disney pula - hitam putih
semuanya childhood memory
font
henti

Sunnah Baginya Hanya Topeng

seharusnya orang sebegitu dibunuh saja
ini bukan cerita tentang si polan atau si polan

bagi aku manusia hipokrit sebegitu harus dibunuh saja
bisa melahirkan munafik dua kali ganda
lagi elok aku rasa mereka2 yang distereotaipkannya sebagai murtad itu
akhirnya, ada juga menyumbang kepada masyarakat

engkau?

sampah lebihan saki-baki sosial
si kufur nikmat pemberian tuhan
tidak beretika sebagai masyarakat
hidup macam si bodoh tidak bertamadun menghadap skrin

kepala batu keras si bodoh sombong

terus luncai dengan mainan2 agamanya

 buanglah tanda2 suci kau tu
buat malu pada Muhammad saja.

pandai berlakon, dari syaitan berlagak malaikat
sekurang-kurangnya aku hanya di atas pentas

30 khutbah Jumaat pun tak akan sedar
kalau Jumaatnya itu dalam lena
sedang nyata dalam lena;
apatah lagi dalam jaga.
tuli saja khutbah itu air liur saja

pandai permainannya
jijik aku jijik
kaki kanan nak mengajar aku menyesal
manusia hipokrasi sebegitu akan terus hidup jijik

tiada penyesalan

super-ego hanya topeng

nafsu babi terusan celaka

sampai bila?

aku harap dia terusan mati sebelum ejakulasi.
biar selamat tak terlahir 2 generasi.
munafik baruan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...