Ada suatu hari tu di satu daerah, angin peperangan saudara kian hampir dengan khabar berita yang kurang enak. Berita-berita buruk pihak musuh ada saja yang mencabar kewarasan para pejuang. Komander dengan bila-bila masa sahaja akan melancarkan serangan. Bala tentera musuh turut sudah bersedia di sisi yang satu lagi. Arahan menyatakan yang mereka akan menyerang pada waktu dinihari.
Pandir, salah seorang pejuang dalam koloni tentera itu turut sama bersedia. Perisainya dipersiap, jenteranya diperkuat, tenaganya diisi penuh, mukanya dicalit celoreng pendekar. Dia kini pantang dicabar. Terusik sedikit hatinya; maka ranaplah seluruh wilayah musuh. Senyuman juga sudah menjadi racun pada dirinya. Tiada secalit kedamaian pun mampu menembusi kulitnya. Hatinya mahu bunuh saja. Demi perjuangan kepada bangsa & agamanya. Kalau boleh Pandir mahu berada di barisan hadapan biarpun dia bukanlah jeneral atau pemimpin tertinggi. Agamanya itu yang penting... harus dipertahankan. Kalah peperangan ini bermaksud kalahlah agamanya secara total. Bangsanya akan dipijak-pijak biarpun musuh mereka asalnya bersaudara. Asal sudah perang, saudara pun jadi kafir.
Tapi tiba saatnya untuk menyerang; tatkala semboyan sudah berbunyi; waktu hatinya meronta-ronta dengan api perjuangan... Pandir ditahan dari terus mara.
Dia masih belum solat Subuh lagi.
*Lepas tu, dia pun buka baju perang... ambil wudhu, solat... hati dah tenang; baru pergi jihad. Baru dia sedar yang tadi itu bukan jihad, tetapi benci. Baru dia sedar yang misal kata dia mati, perjuangan dia entah apa nilainya sebab dia pun tak pasti apa yang dia perjuangkan.
O.K, cerita ni tak best. =.=

No comments:
Post a Comment