Soul Eater Logo

Sunday, April 14, 2013

bercinta dengan perempuan yang tak wujud

bercinta dengan perempuan yang tak wujud
dulu aku pernah bercinta dengan perempuan yang tak wujud
dia wujud sebenarnya dalam dunia nyata
tapi bukan untuk aku

perempuan yang tak wujud itu
dia cantik
manis
ayu
comel
paling ideal seluruh dunia
dia memahami
tak pernah merungut
rajuknya adalah syurga
tawanya adalah impian

perempuan yang tak wujud itu
sering juga bertukar
mengikut kadar perlunya

perempuan yang tak wujud itu

aku dah hilang dia

bukan kerana dia memang tidak wujud dan tidak akan wujud
kerana apabila ia benar-benar wujud
kita sedar yang dia sekadar mimpi
wujudnya akan membunuh mimpi-mimpi kita tentang wujudnya dia dalam ketidakwujudan

mungkin juga perempuan yang tidak wujud itu tidak akan pernah wujud
dan seeloknya begitu

aku pernah bercinta dengan perempuan yang tidak wujud
kini tidak lagi


2 comments:

  1. saya sgt suka baca entry nie...berulang kali membacanya...awk sgt talented...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi singgah... nukilan saya di sini saya tulis untuk diri sendiri di masa hadapan akan peristiwa2 yg prnah trjadi dlm hidup. gembira ada yg membaca. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...