Aku hidup dalam gelap dan dunia yang tiada bunyi. Aku bergerak, melangkah, berlari mengikut dia di mana sahaja dia berada. Di mana ada dia, di situ ada aku. Aku mengikut tanpa soal, tak kira walau setiap langkah yang dia lakukan itu kadangkala mengheret aku ke ruang-ruang sempit yang basah dan hanyir. Biarpun aku lesap dengan hadirnya cahaya, namun aku bukanlah si hitam pembawa kegelapan meskipun itulah yang sering mereka gelarkan aku, kegelapan. Hei, kau dengar tak rungutan aku ni? Tengok, tiada respon. Kata-kata aku dalam sunyi, macam mana dia bisa mendengar? Tambahan pula, aku biasanya ditinggal di belakang… biarpun kami bersambungan. Aku ada tapi tak ada bagi dia. Aku makhluk yang tak penting tapi wujud. Ya, akulah bayang-bayang!

No comments:
Post a Comment